Sunday, 16 December 2018

Tahniah -PT3 2018


Alhamdulillah.. 
Terima kasih Ya Allah..
Tahniah buat puteriku Dan sahabat2nya atas keputusan PT3 2018 yang sungguh cemerlang.. . doa mama Dan papa akan selalu  mengiringimu..  SPM 2020 menanti kakak.. yeah.. u can do it my lovely  princess... InsyaAllah Semoga kakak akan  terus berjaya  di dunia Dan akhirat.. amin.. 









MY best Friend 💕


"Jangan Hanya Memandang Rezeki Itu Hanya Wang Semata, Kerana Sahabat Yang Baik Juga Rezeki Yang Allah Berikan." #HaveaWonderfullWeekend 🕖📽️😍 
Terima kasih  kerana menjadi  sahabat yang baik  tetap setia  disisi  suka Dan duka..saat sahabat lain  berlalu  pergi  dia tetap  setia  di sisi  memberi sokongkan  Dan kekuatan. 
Terima kasih.. #Alhamdulillah.  Semoga persahabatan  kita sampai ke syurga  InsyaAllah.  





Thursday, 1 November 2018

Dalam RedhaNya



HATI ,bahagian paling sukar difahami.Bila bibir mengukir senyum,belum tentu dia bahagia.Bila air matanya mengalir tanpa dipaksa,belum tentu dia derita.Hati itu sukar difahami bahasanya.Kadang menghegeh mencari ruang,menebar rasa yang lama terpendam,mencari ruang untuk menyembuh dek luka semalam.Luka semalam yang belum terbaiki,jangan kau simpan diam-diam dalam dada.Luahkan satu-satu dalam sujudmu yang lama.Moga jiwamu yang kekeringan membasah semula dalam redhaNya."

Disini kisah kita

Entah kenapa namamu begitu sukar  untuk  aku  hapuskan.. hatiku hancur.. air mataku mengalir tanpa ku pinta.  Kenangan itu menerkamku.  Tersenyumlah  engkau disana.. bahagialah engkau disana.. doaku  selalu  mengiringimu .

Andai suatu hari  kau  singgah  disini.. senyumlah  kerana disinilah  tertulis  kisah kita yang berliku.  Bahagialah, dan jangan paksa aku untuk melupakanmu.. biarkan  rasa itu hilang  dengan  sendirinya  dan akhirnya akan menjadi sebuah kenangan. .

Andai dapat ku undurkan waktu

Waktu itu terus berjalan dan pergi dengan meninggalkan segala seribu cerita dalam kehidupan kita. Ada suka, duka, pahit, manis,tangis,dan tawa. Itulah warna warni  dalam kehidupan  kita..    pasti ada yang melemparkan keluhan  dan penyesalan. Argh .. seandainya  dapat ku undurkan waktu.. ingin aku memperbaiki semua kesilapanku, tapi  kini  segalanya telah berlalu. Tiada guna lagi seribu atau beribu ribu sesalan  kerana waktu akan tetap berjalan dan tidak akan berhenti walau sedetik. Yang pasti  jam akan terus berputar, sesekali  kita akan menoleh melihat  hari hari yang pernah kita lewati, dan kita hanya bisa mengenang kembali nostalgia yang telah kita tinggalkan. Cerita yang indah Pada masa lalu membuatkan  kita ingin kembali ke detik itu.. bibir kita terukir  sebuah senyuman,bahagianya kita saat itu.  .. namun saat  hadirnya  cerita duka yang pernah membuatkan  kita menangis,kita pasti ingin kembali untuk memperbaiki kesilapan  dan kekhilafan  kita. Tapi...... ternyata  waktu itu  takkan  dapat kita ulangi  dan peristiwa yang pahit itu tak mungkin dapat  diperbaiki.

Biarlah masa terus berlalu, tak perlu  disesali  lagi kerana semua itu tak mungkin dapat diulangi.  Jadikan diri kita lebih baik dari semalam.. masa akan terus berjalan  tanpa hentinya  Dan perjalanan  hidup kita pasti akan terhenti bila tiba pada noktahnya.  Dan dalam hidup kita  ini tiada manusia yang sempurna,  antara sedar atau tidak pasti sahaja ada kesilapan.

Hargailah masa masa yang Ada dn akan datang,usah disesali  Dan tangisi  lagi  kerana waktu itu akan terus berlalu Dan semakin hari semakin menjauh.  Setiap perkara yang terjadi pasti Ada hikmahNya.. 

Ingatlah waktu yang indah Dan manis adakalanya  akan melekakan kita, tapi  kesedihan  dan kepahitan itulah yang akan membuatkan kita mengenal kekurangan diri Dan akan sentiasa mengingatkan diri kita untuk menjadi yang lebih baik dari semalam . 





Geng Mset

Alhamdulillah... persahabatan  Kami masih berkekalan  hingga  kini.. . Jauh  dimata dekat di hati.. 

Ukhwah itu bukan letaknya pada manisnya ucapan dibibir  atau pada indahnya pertemuan,tetapi dalam ingatan seseorang  kepada temannya dalam doanya  
(Iman Al-Ghazali)