Wednesday, 22 January 2014

Berhati-hatilah dengan orang disekeliling kita... No one can be trust... oopss ....

Assalamuailaikum...

lamanya tak updated blog .. malam ni tetiba teringat kan blog yang agak lama aku tinggalkan angkara kesibukan melanda di office. Awal tahun semuanya sibuk apatah lagi dengan sambutan perayaan cina tidak lama lagi.. cewah mcm aku lak yang nak beraya hehee...

Apa yang aku nak contengkan malam nih.. pernah tak terfikir ??? Kenapa sesetengah orang mudah sangat percaya dari mulut orang lain.. .. . Hm.. memang tidak dinafikan hidup kita didunia ini, kita tak boleh lari dari mendengar perkara-perkara seperti ini kan kan kan... mendengar cakap-cakap orang mempunyai unsur-unsur mengumpat,, cacian.. dan hasutan.. tanpa kita sedar boleh membawa kepada fitnah dan juga persekitaran yang tidak baik betul tak.. apatah lagi perkara seperti ini seandainya berlaku di tempat kerja.. pastinya akan bermasam muka, tidak bertegur sesama sendiri... Memang pun orang tua2 kata mulut orang tak boleh ditutup , makin di tutup makin menjadi-jadi pulak ... adesss... mcm mana tu yer??? 

Allah dah kurnikan kita akal dan fikiran untuk kita berfikir sebelum bertindak.. bagi aku plak kalau perkara seperti ini berlaku di persekitaran aku .. aku lebih suka mengambil langkah mendiamkan diri.... Pengalaman mengajar kita agar lebih berhati-hati. 

Di  dalam hidup yang penuh  mencabar ini, kita jangan mudah percaya kepada orang lebih-lebih lagi jika orang itu   baru kita kenali. Hati manusia tidak sama. Bak kata orang rambut sama hitam hati lain-lain. Tapi sekarang ni rambut pun dah banyak tak sama.Bermacam-macam warna rambut kita dapat lihat.Jika di zaman dahulu kala kita hanya lihat orang berambut hitam sahaja.Cuma bila umur dah meningkat tua yang hitam akan bertukar menjadi putih. Kalau ada rambut yang berwarna perang pun untuk orang mat salleh kata orang. Jadi sedangkan rambut yang warna hitam pun mudah di tukar warna ini kan pula hati manusia. okayy... daaaa........