Sayang
Rindu padamu berlabuh di kamar hatiku.
Menyelimuti resah, membelai gelisah.
Entah mengapa semakin aku ingin
melupakan dirimu semakin rindu itu
memeluk gelombang jiwaku.
Semakin aku ingin membuang namamu jauh dari
ingatanku, semakin menghujan kenangan
menerpa memenuhi relung benakku.
Semakin aku ingin membenci dirimu,
semakin kunci cinta itu mendakap kukuh
di pintu hatiku.
Wahai Yang Membolak Balik Hati….
damaikan aku dari terus mengelojak cinta
padanya. Aku tidak sanggup berbicara
dengan angin, merenung senyum bulan
dan memeluk kawanan hujan. Aku menyoal
diri.Apakah salah jika aku menyintaimu ?
Apakah salah ? Sedangkan engkau yang
entah di mana… tidak mengetahui bunga
cintaku sudah lama bertunas mekar.
Debunga cintaku merimbun dedaunan
penuh kehangatan.
Aku ingin kau tahu
bahawa aku mencintaimu,
tapi aku tidak tahu bagaimana harus memulakan.