Sunday, 27 October 2013

Maafkan Aku

 



 Maafkanlah aku
Jiwa ku  keliru 

antara dirimu dan dirinya
Aku sepi tanpamu
Bila kau semakin menjauh

Sebenarnya
Aku terlanjur menyayangimu

Perasaan ini bukan kemahuanku

Lantas aku biarkan sahaja. 
Semakin hari semakin gebu rasa ini padamu

Maafkan aku
Aku sebenarnya cemburu
Membaca gurauan mu
Bersama mereka
Yang terkadang
Mengigit  perasaan ku

Aku sepikan diri
Namun tetapku rindui
Kerana kau ada dihati ini
Kau masih dihati
Walau kau sunyikan diri
Maafkan ku sayang
Kerana tiada aku lagi dihati mu ..


Redha

Apa yang kita lalui,
itu adalah apa yang telah Allah
takdirkan untuk kita.
Apa yang telah kita alami,
itu menjadi sesuatu yang sangat
istimewa buat kita.
peristiwa yang pernah membuat kita
ketawa, menangis, gembira mahupun
sedih.
Orang lain mungkin tak akan pernah
tahu.
namun, mungkin ada insan lain yang
melalui perkara yang sama,
tapi, ‘rasa’ itu tak akan sama,
kerana keadaan kita berbeza.
Biarlah,
andai jalanan kehidupan kita tak
sama seperti insan lain.
Redhalah,
andai ketentuan perjalanan kita,
tidak seperti orang lain.
Siapa tahu..