Zaman kanak-kanak
adalah zaman yang paling menyeronokkan. Banyaknya kenangan masa kanak-kanak
dulu tak kira pahit atau manis. Yang manis menjadi memori indah, yang
pahit jadi pengajaran untuk meningkat dewasa. Pada masa tu, rancangan
kartun menjadi penghibur. Waktu petang jer dah tercacak depan tv tunggu cerita
kartun kegemaran. Lepas tamat satu cerita, ada cerita lain pulak. Sudahnya
sampai petang lah jawabnya tak keluar rumah asyik tunggu kartun jer hehe.
Tapi sekarang special
sikit kan..sebabnya pada zaman aku dulu astro tidak wujud lagi seperti
sekarang.tiada chanel khas untuk kartun . chanel yang ada ketika itu hanya tv
1, tv 2 dan tv3. Teringat dulu hari ahad sanggup tu bangun awal semata-mata
mahu menonton rancangan kartun kegemaran.
Antara kartun-kartun
yang digemari semasa zaman kanak-kanak... thundercats, batman, ultraman, x-man,
doraemon, Inspektor gadget, dan banyak lagi lah dan tak lupa juga kisah
superhero dari Jepun Gaban, Kesatria suria baja Hitam apa lagi erk lupa sudah…
Thundercats ini macam
superhero aku lah masa tu...minat giler ah dengan Thundercats ni kalau tak
silap aku masa itu tahun 1985 kot. Paling aku suka part hero cool aku ni
keluarkan pedang dia .. wahhh teruja sungguh aku boleh melangut
depan-depan siap berdiri sambil tiru gaya nya ...hehe..
Power Rangers
Bila tengok Power
rangers ni mulalah berangan nak jadi hebat, aku suka power ranger yang kaler
pink sebab dia satu-satunya perempuan… boleh tersengih depan tv
sorang-sorang kalau tengok Power Rangers Pink ni bukan apa kan.. hahah tak lain
tak bukan berangan lah tu kerja aku masa tu kononnya itulah aku ..dulu percaya
sangat robot tu hebat.. bila lima-lima Power Rangers tu bergabung, jadi robot
yang besar tu mesti jadi kagum sangat-sangat... bila dah besar ni baru la tau
cite ni sangat-sangat tak logik..
Ultraman
Oh Ultraman kononnya
makhluk terhebat yang dapat menyelamatkan bumi dari diserang olah raksasa.
Dengan raksasa yang bermacam-macam bentuk tu..tapi aku layan juga dah kata suka
tengok citer kartun so tunggu lagi kan. Layan jerlah.. Part paling aku tak
sabar nak tunggu time die berlawan tu tetiba hilang tenaga jadi lemah pas tu
ada lampu lip lap lip lap lampu merah dekat dada dia terus jadi kuat dan
bertenga hebat dan gagah habislah kau Raksasa oi mati dikerjakan hahaha
Dragon Ball
masa ni smua
budak-budak lelaki gilekan cite ni termasuklah abang aku dan aku pun joint
venture jugak…. Peliknya kan kakak-kakak aku tak derlah plak nk layan citer
kartun ni aku sorang jer hantu kartun hehehe… Goku masa itu adalah wira aku tak
padan dengan kecik kuat nya die … itulah aku tengok jer kartun berangan jer
lebih kononnya nk juga jadi kuat macam dia hehehe… siap dengan awan terbang die
tu teringin jugak masa tu .. alahai dah nama pun kanak-kanak kan semuanya
teringin hehehe
Doraemon
Aku betul-betul minat
kartun ni dulu kini dan selamanya heheh rasanya pada masa dulu kan percaya
seluruh rakyat malaysia gilekan doraemon kot .. mcm biasa tengok kartun jer
berangan jap kononnya tak siapkan kerja sekolah pas tu doremon muncul dan
keluarkan alatnya untuk bantu aku … poket ajaib doremaon rasa macam betul-betul
percaya doraemon wujud hahaha..
Back to reality
heheh.. dah sambung buat kerja .. … tak dernya doraemon nk datang tolong
siapkan kerja yang menimbun dalam opis ni ehehe