Thursday, 6 November 2014

SEBUAH KENANGAN


sejak berkenalan denganmu
hanya dirimu yang sering ku rindu
walau perkenalan kita yang tak di jangka
namun aku tetap menyayangimu
dirimu sering menjadi igauanku
di mana sahaja ku pergi
pasti bayangmu akan turut hadir
seolah menemaniku tatkala bersendirian
jauh beribu batu
kau sentiasa di hatiku
mimpiku adalah dirimu
menjadi penawar di kala sepi

Masa pengubat segala kelukaan

Sakit..
Mana darahnya?
Luka..
Mana koyaknya?
Nanah..
Mana bengkaknya?..
Lebam..
Mana kesannya?
Peliknya semua itu wujud walau tak nampak di mata..
Peritnya tetap terasa walau tiada kesan yang nyata..
Sakitnya di hati..
Lukanya di sanubari..
Kerna itu mata realiti tak mampu merealisasi..
Keresahan itu..
Biarpun tidak terlihat titisan darahnya..
Bahangnya tetap terasa..
Perlahan-lahan,
Lopak-lopak luka dalam hati..
Dibiar terawat sendiri..
Kerna tiada lagi penawar..
Yang bisa merawat sembuhnya ia..
Melainkan diri sendiri..