Bismillahirrahmnirrahim. Alhamdulillah dah masuk bulan December, dan kita ke penghujung akhir 2014, herm.. tak sangka cepat je masa berjalan… pastinya 2014 akan pergi meninggalkan kita tidak lama lagi , ada pahit ada manis sepanjang tahun 2014 . setiap orang mempunyai kisah suka dan duka, begitu juga aku , Dalam mengharungi kehidupan yg serba mencabar dgn seribu satu dugaan , tidak pernah melepaskan seseorang muslim daripada tertimpa bala bencana, kesakitan adalah salah satu daripadanya .
Around
dua bulan
yang lepas aku baru saja selesai menjalani dua pembedahan besar dalam hidup
aku, Alhamdulillah aku beransur sembuh, walaupun aku tidak sekuat dan secergas
dulu lagi, dan aku cepat letih serta sakit pinggang, ini adalah
kesan sampingan daripada rawatan yang aku terima. Aku tahu ia memakan masa yang
lama utk sembuh seperti sedia kala. Dan hingga hari ni aku harus menerima
rawatan susulan dari pihak hospital. Secara jujurnya aku tidak mahu menerima
ubat yang diberikan oleh doctor, setiap injection yang diberikan keatas tumbuh
badan aku , hanya aku yang dapat merasakan kesannya. Takkan ada yang pernah
mengerti dan memahami apa yang aku alami. Aku tahu tiada ubat utk mencegah ia
dari terus membesar didalam perut aku. Doctor hanya boleh mematikan ia hanya
utk seketika, tapi sampai bila? Aku sendiri kekadang takut setiap kali
memikirkannya dan aku sedar ini semua ujian dari Allah SWT.
Aku cuba
berfikiran positif, cuba ingin melupakan, menjalani hidup seperti biasa seolah-olah
tiada apa yang berlaku, tapi hakikatnya minda aku sering kali memikirkannya,
bagaimana aku harus melupakan begitu saja. Hati aku perlu tetap teguh dan jiwa
harus tetap utuh, tidak boleh ada kata rapuh, jatuh atau bahkan lumpuh. Hidup
terus berjalan, dan aku harus berusaha untuk menghadapinya dengan lebarnya
senyuman.aku tahu hidup ini
adalah rentetan cabaran yang tidak akan pernah berhenti. Ketika cabaran itu
sukar, maka dia akan berkata, “Ini memang sukar tapi aku yakin dapat
melakukannya.” nikmati sahaja hidup ini dengan selalu berusaha dan tidak putus
asa kerana Allah adalah tempat berharap yang paling utama.
aku akn terus berusaha
dan berikhtiar dengan betul, menyandarkan hati pada Allah atas segala keputusan
yang akan di hadapi. Redha dan pasrah. Semoga aku akan terus kuat dan tabah
menghadapi semua ini .selalu ingatkan diri sendiri agar jgn dilayan
sangat sakit itu … kalau dilayan sakit tu akan bertambah teruk… senyum jgn kata
apa2..(*_*) bila sakit jgn pernah merungut.. ingat Allah sayang hambaNya sebab
itu kita diberikan kesakitan … hidup perlu diteruskan … jgn mengalah pd
penyakit… selagi hidup kita harus teruskan perjuangan dan jgn lupa utk
menikmati nikmat Allah… sakit perlu diubat bukan utk ditangisi. Jumpa doctor
makan ubat jgn lupa utk memohon doa dariNya… . ^_^ …Think positif .
InsyaAllah.
“ sakit
itu kifarah dosakan? Maka kita perlu bersabar. InsyaAllah .
ada sesuatu yang menanti” Assalamuailaikum..
ada sesuatu yang menanti” Assalamuailaikum..