Tahu tak bahawa kuasa cinta itu sangat hebat..ia boleh buat kita happy sampai shining2 kt muka kite.. cinta juga boleh buat kita merana.. berduka sedukanya.. muka ketat masam asam mcm cuka hahah.. boleh cengitu kan..
kadang2 cinta itu tak perlu dilafazkan.. kerana ia akan lebih manis dari cinta yg dilafazkan.. bila2 jer leh kenangkan cinta itu tanpa ada rasa sakit dihati.. berpisah pun tak mengapa sbb masing2 tak melafazkan cinta.. tapi masing2 tahu yg mereka saling menyayangi .. merindui.. mengasihi satu samal lain.. kerana mereka mempunyai satu hubungan yg istimewa.. biar hati berbicara biar mata menyampaikannya..
"Cinta yg mahal itu tak perlu dilafazkan.. cinta yang agung adalah satu pengorbanan.. tak ramai yg sanggup berkorban kepada org yang dia cintai"....
Cinta yang mahal itu tak perlu dilafazkan.. kenapa?
Kenapa tak perlu dilafazkan?
Nak tau kenapa?
Kenapa tak perlu dilafazkan?
Nak tau kenapa?
Jom kita baca satu kisah cinta yang menjawab persoalan cinta itu... yang aku jumpa di laman sesawang seorang dan aku sharekan disini utk tatapan kita bersama..
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada suami. Ini dialog mereka:

Isteri : Mengapa abang menyukai saya?
Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan
sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan
sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya
sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya
tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak!
Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain
yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka
mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh
terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia
berkata ‘Baiklah! Abang mencintai sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara
yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman
manis dan setiap tapak sayang melangkah, di situlah cinta abang bersama
sayang!’
Si isteri tersenyum dan berpuas hati
dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri
mengalami kemalangan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat
kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil
isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini:
‘Sayang! Jika disebabkan suara aku
mencintaimu. .. sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak
boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu. .. sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan senyumanmu, aku mencintaimu. .. sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. .
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu. … sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. .
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang.. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi..

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak!
Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang.. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.’

Inilah makna cinta.