Friday, 16 August 2013

awak
pastinya awak yang lebih memahami apa yang saya rasa tika ini kan kan kan..
saya kuat dan sabar dan tabah tau.. heheh
kekadang ajer saya jadi cenggeng...
kekadang saya jadi sengal juga..
bila saya sengal awaklah mangsa saya
sorry yer awak...
dari kita kenal sampai sekarang saya suka sangat susahkan awak kan kan kan...
agaknya sebab itulah awak pergi tinggalkan saya ..



Suami pukul isteri

Assalamuailaikum..
Sana sini penuh dengan cerita suami belasah isteri dalam lif, kalau tengok memang geram , bukan setakat geram ajer tapi ada sesuatu dalam hati aku entahlah sukar utk ditafsirkan. Pukul isteri tak ingat kan.. lupa ler tu yang dipukul tu siapa? agaknya masa akad nikah itu yang mereka janjikan ker? lelaki oh lelaki. nasib sisuami tak baik sungguh time tu kan.. dalam lif ada camera padan muka sekarang siapa yang malu?? satu dunia dah tahu..

Diluar sana sebenarnya ada banyak lagi kes lelaki aka suami yang suka pukul isteri ni, ini salah satu yang kita nampak, yang kita tak nampak tu macam mana lah kan ... untuk lelaki2 yang suka pukul kaum wanita ni tolonglah malu sikit pada diri sendiri, kalau rasa nk tunjuk kuat sangat carilah kaum korang sendiri haha.. janganlah jadi lelaki dayus.. dan untuk suami2 yang suka pukul isteri tu .,, jadilah ini sebagai satu pengajaran, ingatlah org perempuan ni bukannya tempat korang lepaskan geram, sayangilah dan hargailah kaum perempuan, sejahat mana atau salah mcm mana kaum wanita tu janganlah sampai diperlakukan seperti itu , dibelasah, ditumbuk dan ditendang tak der perasaan langsung. hati wanita ni ibarat kapas yang lembut mudah terasa dan kami tak upaya untuk melawan apatah lagi didepan anak-anak, kami jadi lemah dan yang pasti ketika itu hati dan keselamatan anak yang kami utamakan.

okaylah aku tak nak tulis banyak2 sangat topik ni kerana hatiku terlalu panass dan ada sesuatu rasa yang sedang menular didalam hatiku.. biarlah hatiku berbicara sepi...

yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan.... Zasssssssss
senyum jgn kata apa2. kerana senyum itu merawat duka dihati ...  Peace ...

Mangsa belasahan suami dalam lif....

sejak pertama kali bersua
wajahmu terus melekat dijiwa
senyuman sentiasa dalam ingatanku
harus bagaimana aku melupakanmu andai
semua itu terlalu istimewa bagiku
renungan matamu yang redup itu
menusuk menikam ke kalbuku..
andai kau bisa membaca apa yang terpendam dijiwa ini
pastinya kau akan mengerti
ku juga punya rasa
yang pastinya bukan ku pinta akan rasa itu
dan aku pasti kau lebih tahu tentang rasa itu
rasa yang terpaksa ku simpn
hanya didalam hati
ku pujuk hati agar redha dan sbar dalam mengahdapi semua ini
semoga kau bahagia sayangku.
doaku selalu bersamamu.

Kenapa higga kini aku masih merinduinya? sedangkan ia telah jauh pergi meninggalkan aku? apa benar hanya aku yang merinduinya setiap hari... dan dia sepi tanpa sebarang berita ,,,,, haruskah aku terus dan terus merinduinya? tapi bagaimanakah utk aku singkirkan perasaan yang telah hadir ini, semakin ku cuba malah semakin hebat rinduku padanya . bodohkah aku ? kerana masih merinduinya?

hati ini memang sukar utk dimengertikan , istimewakah die dihatiku ? hatiku sering dilukai namun dia juga yang aku sayang dan rindukan.  sejak pertama kali aku menemuinya  aku sudah dapat merasakan rasa itu , dan kerana rasa itulah aku sukar utk melupakannya.