Wednesday, 14 August 2013

Syawal 2013 bersama teman2 CBM

Assalamuailaikum dan selamat pagi.... lama bercuti , kini kembali kepada rutin harian seperti biasa hehehe.
Kali ni aku nk berkongsi detik-detik manis bersama rakan-rakan sekolah yang telah lama berpisah . Sejak tamat persekolahan masing-masing dengan haluan dan kehidupan sendiri, tetapi dengan adanya FB kami semua berkesempatan utk berkumpul bersama-sama setiap kali menjelang Lebaran Alhamdulillah. Happy sangat2 dpt jumpa kawan2 lama yang telah lama berpisah . Walaupun dalam kesibukan beraya bersama kaum keluarga , sempat juga kami berkumpul beramai-ramai. Terima kasih Fb dan terima kasih juga kepada Allah kerana telah menemukan kami semua dan juga semoga persahabatan kami bekekalan hingga akhir hayat. Amin.

 ME AND ABDUNA WAZLIN SIBUK APA NTAH
MY FRIEND BERPANTANG CARA MODEN ADEHH. ... BABY COMEI SANGAT

ADA RUPA ORG BERPANTANG NIH??? OH KWN KU ZASSSS SBAR JERLAH

DAH KENYANG AMBIK GBR LAGI SEBELUM KE RUMAH SETERUSNYA :-)

CHEESE CAKE PALING SEDAP TERBAIKK .... SEMUA SIBUK NAK RESIPI
GOSSIP SAKAN NIH




 ME TAK READY LAGI DH KENA SNAP HUHUHU

IFTAR BESAMA TEMAN2 SEBELUM LEBARAN

MY BFF


TUAN RUMAH KEPENATAN

KAN DAH KALUT TUAN RUMAH NI BILA KENA SERBU DGN KAMI HEHE

TUNGGU LOTONG LAK MEE DAH HABIS BEDAL
POSING LAGI RUMAH RUMAH YG LAIN LAK HEHE


YG NI SEKOLAH DULU X BERKAWAN PUN SKRG HARI2 SEMBANG DLM WHATAAPS HEHE  :-)


ADIK-ADIK PUN NK JOIN JUGA HAHA

KAK AZIAN MY CLASS MATE LAMA TERPISAH

TEMAN SEPERMAINAN WPUN MUDA SETAHUN NI  CBM JUGA

POSING JAP DGN MY BFF BEG BESAR TU

Friday, 2 August 2013

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Assalamuailaikum.........

Stress kerja menimbun??? kerja banyak dekat office? Ramdhan semakin hampir meninggalkan kita.. Syawal bakal menjelang tiba.......Jangan stress okay. sabar walaupun mood raya semakin dekat . dengan kerja yang menimbun...... kita tetap ceriakan diri kita senyum jangan kata apa2 .....

Btw tak sabar rasanya nak balik kampung.. malas nak buat kerja apa2 semua simpan ajer esok dah lepas raya baru ingat nk settelkan semua kerja ni heheh... dalam fikiran sekarang melayang2 dekat kampung halaman ajer ni.. cewah tak sabar2 dah rasanya...

Dikesempatan ini  saya ingin ucapkan " Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin ... semoga Ramadhan kali ini bukanlah yang terakhir buat kita InsyaAllah...

"Pelangi tercipta dengan tujuh warna .
Bidadari digambarkan dengan tujuh rupa
Langit diciptakan dengan tujuh lapisan
Satu Minggu ada tujuh hari
Lagu tercipta dengan tujuh not .
Ada tujuh keajaian cinta
Surat prtama dlm AL-QURAN adalah AL-FATIHAH yg trdiri dri 7 ayat . .
Alhamudlillah 7 hari lagi nak LEBARAN . .
mohon maaf  Zahir dan bathin atas semua ucapan dan prbuatan di sengaja maupun tak di sengaja
"Minal aidhin walfaidzin ........... "


Salam Sayang 
Merpati Putih




Thursday, 1 August 2013

PESAN PADA HATI


 Pernah merasa sakit bila hati dilukai...sakit menusuk menikam bagai sembilu...hanya Tuhan saja yg tau...Bila hati dilukai secara xsengaja..sakitnya tak dapat digambarkan..Bila hati pernah terluka..parutnya masih ada smpai kini...Kenangan lalu menghantui diri kini dan selamanya... dan sejauh mana kita menafikannya ..hakikatnya ia akan tetap melekat dihati kita...

Kelukaan pasti mengundang airmata. Maka menangislah sepuas-puasnya. Pastikan kita menangis seorang diri. Ia akan memberi kita kelegaan. Ketika menangis, dapat dirasakan hati kita bagai dihiris-hiris. Perasaan yang lahir waktu itu sebenarnya adalah darah yang mengalir di hati kita.
 
Hanya tuan punya diri yang dapat merawatnya.Tidak mungkin orang lain dapat mengubatinya, jika diri sendiri tidak ingin diubati.Jika adanya penyelesaian,jika adanya jalan pilihan…
berusahalah merawat hati yang telah terguris dan terluka itu.Jangan biarkan ia terus parah kerana itu bukan pilihan terbaik. Bila hati disakiti dan dilukai sebenarnya  ia merupakan guru yang paling berharga buat kita. Yang dapat mengajar kita erti kasih dan sayang. Dan adakalanya ia satu rahmat untuk kita memperbaiki diri dan lebih tabah menghadapi dugaan.
pesan pada Hati
Belajarlah untuk kehilangan dia , andai dia bukan jodohmu ...
Belajarlah untuk tabah, andai dia pergi dari hidupmu ...
Belajarlah untuk menerima hakikat yang dia bukan milikmu ...
Belajarlah untuk berhenti mencintai dia , andai cinta dia bukan untukmu ...
Belajarlah utk melupakan dia , andai dia tak mengingatimu ...
Belajarlah untuk menerima cinta lain , kerana dia hanya tinggal kenangan ..
Belajarlah tidak mengganggu dia, kerana saya terluka

Tahu tak ???
Setiap apa pun yang berlaku, sama ada yang baik atau yang buruk, kesemuanya pasti datang silih berganti dalam hidup kita. Di waktu kita diuji dengan kekecewaan, di waktu itu lah kita dapat merasakan yang Allah itu benar-benar berbicara dengan kita. Hanya Allah sahaja yang boleh merawat hati manusia. Bila kita redha menerima ujian-Nya walau hanya sebesar zarah, pasti Allah akan memberi hadiah atas kesabaran kita. Kadang-kadang Allah mengirim hadiah untuk kita dengan begitu cepat sekali. Subhanallah!