Monday, 7 October 2013

Biar hati membeku
Biar perasaan membatu
Biar laluan hidup layu
Biar tiada yang peduli
Biar rasa jiwa tawar sekali
Biar rasa kosong
Biar tiada arah tuju
Bibir senyumlah selalu
Hati istifar dan musabah diri..ikhlas ..mengharap dan berdoa moga apapun kesukaran yang kita lalui hari ini..hanyalah untuk kelangsungan hidup agar kita lebih kuat dan tegar dimasa depannya nanti..

Friday, 4 October 2013

Tahu tak? saya rindu awak!!1


Mencintai tak semestinya memiliki
Bersama tak semestinya bahagia
Senyum tak semestinya ceria
Menangis tak semestinya
sedang sengsara
Kita umpama boneka kita dicipta untuk merasai semua perkara
Menyerahlah dengan pasrah..


Kerana hidup takkan selalu indah..





Tuesday, 24 September 2013

Hati yang telah kau lukai

seandainya kau dapat merasai apa yang aku rasa tika ini .. saya nak awak tau .. hati ku .. memang sentiasa untuk mu .. tapi satu yg ku ingin kau tau .. bahwa .. hati ku .. sudah tiada makna lagi .. hati ku .. sudah tidak berfungsi .. sebab .. hati ku .. sudah overdoos dengan setiap kelukaan .. setiap tangisan .. setiap kerinduan .. dan setiap keterpaksaan dalam senyuman ....


Kenangan semalam

Kenangan
Kadang -kadang menyakitkan
Ia boleh buat kita menangis

Tapi kadang - kadang
kita akan tersenyum
sambil mengesat air mata

Kenangan juga
Kadang - kadang membuat
hati kita menjadi pilu..

adakah harus terus dibuai dengan kenangan semalam
atau terus melupakan ......... Bisakah???

Friday, 20 September 2013

Jika ingin menari..
Menarilah dengan rentak yang sempurna..
Jika ingin berbicara..
Carilah ayat yang bisa menggegar sukma
Jika ingin bersahabat..
Jadilah sabahat yang setia
Jika ingin berteman ..
Jadilah teman yang bijaksana
Jika ingin melerai..
Jadilah hakim yang adil laksana
Jika ingin bercinta..
Bercintalah sesungguhnya dan setia
Jika ingin undur..
Undurlah dengan rendah diri,dan jelaskan kenapa harus pergi..
Kerna...Hidup kita penuh dengan soalan dan persoalan kenapa dan mengapa..dan ia perlukan jawapan
Biarpun terkadang jawapannya tidak logik akal.
Tapi kita bisa terima dengan wajah yang sebal..
Daripada mencari tercari jawapan..
Bagai insan yang sengal


Salam Tersayang
Merpati Putih

Untuk kamu

Hanya ada satu
Tak bisa berkongsi
Hanya padamu telah aku beri
Luahan rasa jiwa
Bukan ayat mengoda
Kata kata biasan
Moga kau mengerti moga kau tahu
Ini semua untukmu
Dalam rahsia ada cinta
Dalam diam rindu terpendam
Dalam sebaris kata ada makna
Dalam puisi itu ada kau dan aku
Dalam hamparan lembaran ada titik temu
Bacalah perlahan lahan
Mengertilah setiap bahasa yang diluahkan
Ia penuh drama pesona
Seperti kau membuka jendela
Dan aku dihadapannya