Tuesday, 11 June 2013
Buah Kundang vs Buah Staq...
Sedap ke buah ni? sekali ku pandang macam sedap jer kan... 2 kali pandang dan seterusnya terasa kecur lak lidah aku hehe... sedapnya kalau dapat yang masak dan manis kan........ kata orang buah ni ada juga yang masam nasib lah kan masa beli buah ni kenalah pandai pilih...
Aku tak mengidam pun buah kundang ni cuma terasa teringin nak makan ajer yang megidam buah ni kawan opis aku .... semuanya berpunca dari aku... ooopss orang yang mengandung memang cam ni kan... tetiba jer boleh rasa teringin tetiba cewah macam lah aku ni tak pernah mengandung kan.. sbar jerlah .. btw tak mengandung pun boleh juga teringin tau macam aku ..oopppss sebetulnya dorang dalam opis ni memang dah tahu aku ni kuat makan so tak pelik dan harianlah sangat kan kalau semuanya aku teringin hehehe....
Pastinya kejap lagi die tengok aku post gambar buah kundang ni tak tahu ler cam ner heheh. .. harap-harap adalah dekat pasar malam kalau tak kesian plak aku dkt dia .. ... tak pasti samaada sekarang ni musim buah kundang atau tak? tapi kalau dapat aku pun nak juga lah buah ni ... masam-masam manis sekali ku pandang macam buat staq ja tak tau lah betui ka dak buah ni. .. kot depa panggil kundang aku panggil staq hahaha... kawan aku orang N9 semestinya die tak pernah dengar nama buah staq nih huhuhu.. adakah buah kundang ini buah staq?? hmmmm confused....
Monday, 10 June 2013
KARTUN YANG PALING DIGEMARI SEMASA KANAK-KANAK
Zaman kanak-kanak
adalah zaman yang paling menyeronokkan. Banyaknya kenangan masa kanak-kanak
dulu tak kira pahit atau manis. Yang manis menjadi memori indah, yang
pahit jadi pengajaran untuk meningkat dewasa. Pada masa tu, rancangan
kartun menjadi penghibur. Waktu petang jer dah tercacak depan tv tunggu cerita
kartun kegemaran. Lepas tamat satu cerita, ada cerita lain pulak. Sudahnya
sampai petang lah jawabnya tak keluar rumah asyik tunggu kartun jer hehe.
Tapi sekarang special
sikit kan..sebabnya pada zaman aku dulu astro tidak wujud lagi seperti
sekarang.tiada chanel khas untuk kartun . chanel yang ada ketika itu hanya tv
1, tv 2 dan tv3. Teringat dulu hari ahad sanggup tu bangun awal semata-mata
mahu menonton rancangan kartun kegemaran.
Antara kartun-kartun
yang digemari semasa zaman kanak-kanak... thundercats, batman, ultraman, x-man,
doraemon, Inspektor gadget, dan banyak lagi lah dan tak lupa juga kisah
superhero dari Jepun Gaban, Kesatria suria baja Hitam apa lagi erk lupa sudah…
Thundercats ini macam
superhero aku lah masa tu...minat giler ah dengan Thundercats ni kalau tak
silap aku masa itu tahun 1985 kot. Paling aku suka part hero cool aku ni
keluarkan pedang dia .. wahhh teruja sungguh aku boleh melangut
depan-depan siap berdiri sambil tiru gaya nya ...hehe..
Power Rangers
Bila tengok Power
rangers ni mulalah berangan nak jadi hebat, aku suka power ranger yang kaler
pink sebab dia satu-satunya perempuan… boleh tersengih depan tv
sorang-sorang kalau tengok Power Rangers Pink ni bukan apa kan.. hahah tak lain
tak bukan berangan lah tu kerja aku masa tu kononnya itulah aku ..dulu percaya
sangat robot tu hebat.. bila lima-lima Power Rangers tu bergabung, jadi robot
yang besar tu mesti jadi kagum sangat-sangat... bila dah besar ni baru la tau
cite ni sangat-sangat tak logik..
Ultraman
Oh Ultraman kononnya
makhluk terhebat yang dapat menyelamatkan bumi dari diserang olah raksasa.
Dengan raksasa yang bermacam-macam bentuk tu..tapi aku layan juga dah kata suka
tengok citer kartun so tunggu lagi kan. Layan jerlah.. Part paling aku tak
sabar nak tunggu time die berlawan tu tetiba hilang tenaga jadi lemah pas tu
ada lampu lip lap lip lap lampu merah dekat dada dia terus jadi kuat dan
bertenga hebat dan gagah habislah kau Raksasa oi mati dikerjakan hahaha
Dragon Ball
masa ni smua
budak-budak lelaki gilekan cite ni termasuklah abang aku dan aku pun joint
venture jugak…. Peliknya kan kakak-kakak aku tak derlah plak nk layan citer
kartun ni aku sorang jer hantu kartun hehehe… Goku masa itu adalah wira aku tak
padan dengan kecik kuat nya die … itulah aku tengok jer kartun berangan jer
lebih kononnya nk juga jadi kuat macam dia hehehe… siap dengan awan terbang die
tu teringin jugak masa tu .. alahai dah nama pun kanak-kanak kan semuanya
teringin hehehe
Doraemon
Aku betul-betul minat
kartun ni dulu kini dan selamanya heheh rasanya pada masa dulu kan percaya
seluruh rakyat malaysia gilekan doraemon kot .. mcm biasa tengok kartun jer
berangan jap kononnya tak siapkan kerja sekolah pas tu doremon muncul dan
keluarkan alatnya untuk bantu aku … poket ajaib doremaon rasa macam betul-betul
percaya doraemon wujud hahaha..
Back to reality
heheh.. dah sambung buat kerja .. … tak dernya doraemon nk datang tolong
siapkan kerja yang menimbun dalam opis ni ehehe
Selamat pagi Selasa ...
Hari kedua kita bekerja ...
Terasa segan nak mulakan kerja ..
terasa malas malas nak bermula
Terasa lemah seluruh anggota
Sendi sendi terasa cegang saja
Aaaaadeh!! Huhuhu
Hidup mesti di teruskan
Walau hati dan jasad enggan
Bismilahhirohmanirohhim permulaan
Mulai langkah kita dengan kaki kanan
Hiasi wajah dengan senyuman ♡♥
Assalamualaikuum selamat pagi sahabat
Selamat pagi sayang
Dan Salam sejahtera buat semua
Jom mulakan kerja . 0930am ( 110613)
Hari kedua kita bekerja ...
Terasa segan nak mulakan kerja ..
terasa malas malas nak bermula
Terasa lemah seluruh anggota
Sendi sendi terasa cegang saja
Aaaaadeh!! Huhuhu
Hidup mesti di teruskan
Walau hati dan jasad enggan
Bismilahhirohmanirohhim permulaan
Mulai langkah kita dengan kaki kanan
Hiasi wajah dengan senyuman ♡♥
Assalamualaikuum selamat pagi sahabat
Selamat pagi sayang
Dan Salam sejahtera buat semua
Jom mulakan kerja . 0930am ( 110613)
Kemeriahan di Dataran Putrajaya
Setiap malam minggu inilah tempat lepak kami sekeluarga .. Dataran Putrajaya memang meriah .. hanya mengambil masa 20 minit ajer dari rumah aku ke Dataran Putrajaya dan lagi tak perlu bayar tol ... Setiap minggu akan kesini bersama anak-anak tempat ni bestlah sebab macam-macam ada dekat sini ,berbagai ragam manusia boleh tengok dekat sini sambil lepak sambil cuci mata , da tempat yang luas ...waktu malam sebegini udaranya sejuk dan nyaman sekali... .kalau tepi tasik lagi best tapi dekat sana gelap lah pulak hehe... kalau nak lagi best masak dan bawa makanan berkelah bersama keluarga , anak- anak sekali sekala kena juga bawa jalan-jalan dekat luar kan kalau asyik dirumah ajer atau di sopping complex pun bosan juga mereka.. disini mereka bebas berlari kesana kemari... Sememangnya ramai sungguh manusia disini. Ada pelbagai kaum dan bangsa Pakistan.. Pak Arab... India.. Cina.. Indonesia semua adalah so bukan Satu Malaysia tau.
Orang memang ramai hinggakan pukul 11pm pun masih ada lagi keluarga yang datang lepak disini bersama keluarga dibawanya anak kecil .. siap tikar dan bantal lagi hahaha.. ooppss aku tak derlah sampai macam tu sekali okay.. Disini anak-anak kecil berlari kesana kemari bermain dengan bebasnya begitu meriah sekali dan anak-anak aku pulak kesana kemari bersama kereta control mereka .. ada juga yang berbasikal, bermain kasut roda.. bermain badminton.. bermain bola pun ada juga .. dan ada juga yang berlari ke sana sini bersama lampu yang berwarna warni dan tidak ketinggalan bermain belon ( parents pun main juga tau belon ni heheh )
korang boleh tengok sendiri gambar dibawah.. bukti ibu bapa yang main belon hehehe...
Bagi sesiapa yang nk datang ke dataran putrajya ni bawalah makanan sebabnya makanan dekat putrajaya ni mahal-mahal ... bagi aku lah kan.. hm. .. apa pun terserahlah kepada korang semua.. kan kan.. malas nak masak so beli jerlah dkt PutraJaya ni .

Orang memang ramai hinggakan pukul 11pm pun masih ada lagi keluarga yang datang lepak disini bersama keluarga dibawanya anak kecil .. siap tikar dan bantal lagi hahaha.. ooppss aku tak derlah sampai macam tu sekali okay.. Disini anak-anak kecil berlari kesana kemari bermain dengan bebasnya begitu meriah sekali dan anak-anak aku pulak kesana kemari bersama kereta control mereka .. ada juga yang berbasikal, bermain kasut roda.. bermain badminton.. bermain bola pun ada juga .. dan ada juga yang berlari ke sana sini bersama lampu yang berwarna warni dan tidak ketinggalan bermain belon ( parents pun main juga tau belon ni heheh )
korang boleh tengok sendiri gambar dibawah.. bukti ibu bapa yang main belon hehehe...
Bagi sesiapa yang nk datang ke dataran putrajya ni bawalah makanan sebabnya makanan dekat putrajaya ni mahal-mahal ... bagi aku lah kan.. hm. .. apa pun terserahlah kepada korang semua.. kan kan.. malas nak masak so beli jerlah dkt PutraJaya ni .

Subscribe to:
Posts (Atom)











.jpg)






.jpg)






.jpg)
