Monday, 28 October 2013
Disini
Di sini
di ruangan ini tempat aku menulis
mengikut rentak jariku
secukup rasa
walaupun tanpa gula dan garam bagi aku tetap
sedap dibaca oleh aku
walaupun kekadang aku dihentam dibelakang
tapi seperti biasa aku adalah aku
ada aku kesah...
Disini
aku meluahkan rasa
Disini aku bisa menulis apa ajer
asalkan aku tidak menganggu sesiapa..
Dear Mr Arrogant c/w Mr Butterfly
Mr Arrogant
Semakin hari kita semakin jauh
namun tahu tak??
kau masih bisa mengentarkan hati dan naluri ini
jiwaku dihimpit resah dan berdebar2 saat rasa itu hadir....
Namun aku cekalkan hati
Aku kuatkan semangat
kerana ku tahu biarpun seresah mana dan sepantas mana debaran di hatiku
aku pasti kau tidak memperdulikannya lagi
kerana bagimu aku bukan siapa-siapa lagi dihatimu
Semakin hari kita semakin jauh
namun tahu tak??
kau masih bisa mengentarkan hati dan naluri ini
jiwaku dihimpit resah dan berdebar2 saat rasa itu hadir....
Namun aku cekalkan hati
Aku kuatkan semangat
kerana ku tahu biarpun seresah mana dan sepantas mana debaran di hatiku
aku pasti kau tidak memperdulikannya lagi
kerana bagimu aku bukan siapa-siapa lagi dihatimu
Sunday, 27 October 2013
Maafkan Aku
Maafkanlah aku
Jiwa ku keliru
antara dirimu dan dirinya
Aku sepi tanpamu
Bila kau semakin menjauh
Sebenarnya
Aku terlanjur menyayangimu
Perasaan ini bukan kemahuanku
Lantas aku biarkan sahaja.
Semakin hari semakin gebu rasa ini padamu
Maafkan aku
Aku sebenarnya cemburu
Membaca gurauan mu
Bersama mereka
Yang terkadang
Mengigit perasaan ku
Aku sepikan diri
Namun tetapku rindui
Kerana kau ada dihati ini
Kau masih dihati
Walau kau sunyikan diri
Maafkan ku sayang
Kerana tiada aku lagi dihati mu ..
Redha
Apa yang kita lalui,
itu adalah apa yang telah Allah
takdirkan untuk kita.
Apa yang telah kita alami,
itu menjadi sesuatu yang sangat
istimewa buat kita.
peristiwa yang pernah membuat kita
ketawa, menangis, gembira mahupun
sedih.
Orang lain mungkin tak akan pernah
tahu.
namun, mungkin ada insan lain yang
melalui perkara yang sama,
tapi, ‘rasa’ itu tak akan sama,
kerana keadaan kita berbeza.
Biarlah,
andai jalanan kehidupan kita tak
sama seperti insan lain.
Redhalah,
andai ketentuan perjalanan kita,
tidak seperti orang lain.
Siapa tahu..
itu adalah apa yang telah Allah
takdirkan untuk kita.
Apa yang telah kita alami,
itu menjadi sesuatu yang sangat
istimewa buat kita.
peristiwa yang pernah membuat kita
ketawa, menangis, gembira mahupun
sedih.
Orang lain mungkin tak akan pernah
tahu.
namun, mungkin ada insan lain yang
melalui perkara yang sama,
tapi, ‘rasa’ itu tak akan sama,
kerana keadaan kita berbeza.
Biarlah,
andai jalanan kehidupan kita tak
sama seperti insan lain.
Redhalah,
andai ketentuan perjalanan kita,
tidak seperti orang lain.
Siapa tahu..
Tuesday, 22 October 2013
I Love You Stupid & My Precious Iris
Assalamuailaikum dan Selamat Petang , seperti biasa kali ini jari jemariku terasa begitu ligat dan galak sekali untuk terus berceritakan akan koleksi-koleksi Novel kegemaranku, kalau kau orang nak tahu aku teringin sangat nak bertemu dengan penulis yang begitu hebat sekali siapa lagi Melur Jelita lah hehee... entah lah kali pertama aku membaca novel " I Love You Stupid (ILUS) dan My Precious Iris" memberi kesan yang amat mendalam didalam hati ini , pastinya aku sudah jatuh cinta dengan Penulis ini.
Hope one day dapat bertemu dengan Melur Jelita , bagi aku karyanya memang hebat ...Kekadang aku terfikir bagaimana dia dapat menulis sebuah cerita yang begini hebat sekali .lain dari yang lain... sarat dengan kasih sayang dan nasihat.Di dalamnya ada element human & history
(kisah umat Islam di Kemboja), ada element motivasi dan Islamic, ada element
romantik (cinta halal antara suami isteri), ada elemen humor dan juga ada
elemen suspen/thriller. Dan paling best ia keluar dari typical novel melayu
yang kalau romantik je mesti melibatkan kemewahan (i.e. bercuti di luar negara,
candle light dinner, hadiah yang mewah and etc). Yang pasti novel ni memberi
satu perspektif baru bahawa orang kebanyakan / sederhana pun mampu menjalani
kehidupan yang bahagia dengan kemampuan masing2, ia menggambarkan kehidupan yang sangat realistik dan
memberi kita pengalaman dan pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan
harian.
Firman ataupun Inspektor Ebrahim sudah semestinya hero pujaan aku didalam cerita ini, Aku akui.
Kematangannya tak perlu diragui. Sang naga yang keras. Si ulat belancas
yang gatal. Novel kali ni memberi kita ruang melihat perubahan emosi
Firman. Daripada sepedas-pedasnya ke manis-manisnya hinggalah
keanak-anakannya. Setianya Firman di sisi Iris saat badai melanda cukup
menyentuh hati.
I love U Stupid (ILUS) mengisahkan Firman dan Iris selalu bergaduh , tajuk sangatlah santai, tetapi isi kandungan novelnya merupakan sebuah
novel pembangunan jiwa...untuk jiwa-jiwa yang sedang mencari
arahnya...dan sudah semestinya didalam My Precious Iris ..kesinambungan ini membawa kita kepada episod
kebahagiaan bila saja kedua-dua pasangan ini akan diijabkabulkan.
Alhamdulillah, seksa aku melihat pasangan ini tak sudah-sudah bergaduh.( Peace )
Di pertengahan Novel ini aku bisa tersengih-sengih di part
pesanan ayah Iris kepada Firman. Memang tabik habis. Tak pernah pula
aku baca di mana-mana... hahah memang kelakar tau...!!
Saat bahagia, saat terjatuh dan menangis. Pasangan
ini banyak mengajar kita apa ertinya hubungan suami isteri itu.
Pasang-surut dan dugaan, masam manis kehidupan. Baca Novel ini rasanya seperti mahu bercinta setiap hari hehehe...
Firman dan Iris adalah kekuatan didalam cerita ini,,, dan didalam cerita ini juga semestinya aku merindukan Kemboja , seperti mana didalam ILUS.. aku rindukan Fatimah dan Mai Tuan. Walaupun penulis membawa kita sama-sama menikmati keindahan di Sungai Lui, tapi kerinduan kepada kehidupan Firman dan Iris di kemboja tetap melekat dihati aku.
"Demi waktu, di bawah langit-Mu, ku akui nikmat-Mu
Dengan
hati ikhlas yang sentiasa mengingati Allah, langit runtuh pun aku tak
takut! Kisah kehidupan yang penuh warna. Tanpa iman dan kasih sayang,
jiwa manusia sangat menderita di dalam kolam hati. Seumpama perahu
kertas yang belayar di lautan luas. Betapa rapuh dan lemahnya sehelai
kertas menahan asakan dari gelombang. Manusia adalah apa yang mahu
dipercayai dan apa yang dipercayainya. Hanya berpegang kepada iman dan
kasih sayang, adakah sinar cahaya yang ditemui Iris terus digenggamnya?
Siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? Mampukah hidup yang hanya
berbekalkan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terus terbang
bebas? Ketika Iris menyedari, dia harus berjuang untuk hidup, maka
bagaimanakah akhirnya seorang Iris? “Kaya raya sampai langit ketujuh
sekali pun, saya tak hairan. Tak payahlah nak beritahu semua orang
jutawan nombor satu di Malaysia, ada rumah persinggahan di seluruh
dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbilion, berpangkat
Tengku, Tan Sri atau Tun sekali pun, kalau tak diescort dengan polis
trafik, tak payah berlagak sangat. Itu maknanya tak cukup kaya dan tak
cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan kekayaan boy-friend awak
tu! Sebatang jarum pun tak boleh dibawa mati!”- "Firman"
Kepada
anda yang belum membacanya .... hehe cepat2 dapatkannya hari ni di kedai buku
yang berdekatan... SELAMAT MEMBACA!!!
Thumbs up Melur Jelita. I'm one your big fan and waiting for your next karya. All the best! =)
Segalanya ada ketentuanNya
~ ku jelajahi .. denai .. ku rentasi belukar
.. ku melangkah .. tanpa perduli .. pada duri yg menikam .. jalan ku
lalui .. sangat luas .. begitu jauh .. begitu sukar .. jalan ini ..
namun .. itu semua .. tidak ku hirau .. walau terkadang .. jasad kaku ..
bicara membisu .. senyum .. bukan teman ku .. namun .. ku teruskan
langkah ini .. di dalam .. lelahnya .. perjalanan .. telah ku temukan ..
seraut wajah .. yg begitu .. ku dambakan .. senyumnya .. menjadi
penawar segala lelah .. menjadi
penghibur .. pengubat .. rindu sekian lama .. dalam pencarian .. kini ..
perjalanan ini .. sekali pun .. aku masih bertatih .. sekali pun ..
dia jauh di sisi .. dan meski .. hadirnya .. di sisi .. pasti tidak akan
sudi .. ku tetap tersenyum .. dan terus melangkah .. kerna ku tahu ..
di balik .. rautnya itu .. ada rindu .. yg tersembunyi .. yg tidak mampu
.. untuk dia meluahkan .. kerna ku tahu .. di balik .. rautnya itu ..
ada cinta .. yg tersembunyi .. yg tidak mampu .. untuk dia meluahkan ..
duhai sayang .. seandainya .. DIA mengizinkan .. suatu hari nanti .. aku
yakin .. kita pasti .. akan bersua .. duhai sayang .. seandainya .. DIA
mengizinkan .. tidak mustahil .. di suatu saat nanti .. musim cinta ..
akan kembali berseri .. kerna ku yakin .. pada QADA dan QADAR .. kerna
.. hidup ini .. sudah penuh .. dengan CINTA .. yg datang dariNYA .. dan
sungguh .. diri ini yakin .. semuanya .. akan .. indah .. walau .. dua
jasad .. tidak mungkin .. akan bersama selamanya .. kerna .. di hati
kita .. sudah terpatri .. cinta yg begitu sangat bererti .. kerna di
hati kita .. sudah terpatri .. rindu .. yg sangat .. menyerikan ..
naluri kita .. di saat cinta .. di saat rindu .. itu .. menyapa kita ..
kau .. di sana .. aku di sini .. namun .. jiwa kita .. menyatu .. tiada
.. penafian lagi .. semuanya .. wujud .. di sanubari .. yg tidak bisa
kita bohongi .. walau pada zahir .. semua itu .. tiada ..
Kenangan bersama teman2.......
tanpa diri mu semua..
siapa lah aku nie..
thanks for being my friends
both of you my bestie forever..
miss you so much !
Muaheehehe.....
Subscribe to:
Posts (Atom)










