Monday, 25 November 2013

Musim Demam

Sekejap hujan , sekejap panas, sekejap hujan , sekejap panas.. itulah keadaan cuaca kita sekarang, dan aku sekeluarga diuji dengan masalah kesihatan, rumah aku diserang virus demam... bermula dari my princess, lepas seorang demi seorang dalam rumah ni diserang demam, bila anak- anak demam kita ibu bapa mesti susah hati, kalau boleh x nak dorang sakit...  walaupun tak larat sangat sebab kita pun demam juga tapi demi anak2 kita harus kuatkan juga kan.. yang penting jgn sesekali malas makan ubat. ( jgn jd mcm aku nih selalu skip bila time makan ubat ) harap semuanya cepat sembuh kerana tidak lama lagi nak pergi bercuti, doakan kami sekeluarga sihat walafiat yer... InsyaAllah










Thursday, 21 November 2013

Rasa stress bila kena marah

Pertama kali sepanjang aku bekerja kena marah sebegini teruk dengan pelanggan, bila berhadapan dengan pelanggan yang panas baran, suka melenting dan marah- marah kita Moody ,,? mcm mana yer? Jujurnya aku kata terus mood kita yang happy jadi tak happykan.. muka yang manis terus jadi masam. But try to be normal tetap cool walaupun dalam hati panas sangat-sangat, apatah lagi bila kesalahan itu bukan dari kita. Memang sakit hati bila berhadapan dengan pelanggan yang berperangai sebegini, well mcm yang kita tahu customer is always rite. walaupun terang2 die salah dia dah marah kita tapi kita tetap tak boleh marah die betul tak? kenalah sabar... tarik nafas tenangkan diri.. walaupun dah macam nak nangis tapi tahan telinga jugaklah... apa nak buat bila berhadapan dengan customer tiba waktu penghantaran akan melibatkan orang ketiga , memang perkara sebegini kita tak boleh nak elak , tapi sebagai manusia bagi aku pelanggan tu tak perlulah nak melenting marah bagai betul tak? tak salah kalau kita saling hormat menghormati.  Dorang pun manusia biasa juga make mistake.  selepas di maki hamun aku boleh die suruh aku plak sekolahkan orang yang buat salah tu,, oh tidak aku bukan lah seteruk itu, bagi aku tak perlu cakap menengking2 nak tunjuk kuasa kita ,, kita cakap baik2 pun orang faham kan.. orang takkan hormat kita bila kita asyik nak marah2 dan tengking orang. senang kata tak perlulah nak sombong. takkan kemana kalau kita sombong dan berlagak. arghh awak pun makan gaji juga seperti saya. kita sama2 kerja carik rezeki .. so fikir2kanlah.

Sepertimana hati aku yang  calar hari ni dek kena maki hamun dengan customer, walaupun dah nak nangis nasib baik ada bos yang memahami, sekurang2nya tenang sikit rasa hati kan..  aku ni memang agak cenggeng sikit bila kena marah, sensitif dan memang cepat nak nangis tapi kuatkan hati sabar sabar dan sabar. Bila ingatkan yang kerja itu satu ibadah, maka terpujuk jugaklah hati ini.

so kalau stress di tempat kerja .. kenalah kawal emosi tu..  kena sentiasa ingat Allah dgn beristighfar, ambil wuduk bagi menyejukkan kembali emosi yg sedang panas, duduk diam2 dan pejam mata buat sementara waktu dan tarik nafas panjang2, lihat wajah dicermin ( hodoh kalau tengah marah sbb masam jer hehe ) so kenalah senyum ...

ok sampai disini dulu yer.. aku pun nak kena pergi sejukkan lagi hati aku yang masih lagi rasa panas hehe... Jom Senyumm (^___ ^ )


Wednesday, 20 November 2013

Lepaskan Dia ... Move On

Jari jemari yang mulus tersentak-sentak ke kaki keyboard, meluahkan rasa . Blog menjadi tumpah taatnya perasaan diri . Hati memberontak! Fikiran meracau-racau. Jiwa benar-benar kacau, tidak keruan otak menafsirkan saat beperang dengan emosi.  Saat rindu datang menebak hati, sakitnya hanya kita yang rasa, Ingat best ke rindu?? lagi-lagi orang yang dirindui macam buat derk cuma, dalam erti kata lain buat tak peduli ajer.... Panas hati , sakit hati kan kan kan... so jgn dirindu sangat lah sebabnya tak berbaloi langsung. Jangan merindu pada yang tak pernah mengingati, Jangan dinanti pada yang tak sudi .. boleh ker? tanya sama hati

Jangan memaksa jika orang tak sudi , jangan menagih jika orang tak mahu memberi , belajarlah lepaskan die... move on, hidup terlalu singkat utk didekasikan seluruh perjalanan hidup kita dan dengan mengharap orang yg tak sudi, biarkan die, sayangilah diri kita sendiri dan orang yg menyayangi diri kita hargai apa yg kita ada sekarang, jgn dikejar apa yang bukan milik kita , lepaskan die. Perit.. tapi yakinlah  pada ALLAH dan Dia tahu apa yg terbaik utk diri kita .. 
Begitulah alkisahnya tentang hati dan perasaan yang sentiasa memberontak heheh .. begitulah  awan nanoo..... yeahhhhhhhhh .... Have a good day........


 

Pertemuan dan Perpisahan



Tidak pandai bermadah. Hanya ingin mengukir rasa. Sememangnya rencah kehidupan seorang hamba bermandikan pertemuan dan perpisahan. Pertemuan menghadiahkan memori indah tercipta. Namun mengapa perpisahan sekadar mencipta ilusi?
Di saat kaki menapak pergi. Usah lafazkan kata rindu. Kerna perkataan rindu itu amat mahal untuk diucapkan dari hati berdinding kaca. Simpan kata rindu itu. Jagalah sebaiknya sebaik iman di dada. Kelak pasti akan ketemu semula.


Sejujurnya takdir pertemuan dan perpisahan dalam roda pusingan kehidupan menagih kemesraan, kasih sayang dan remuk rindu sesama hamba. Belajarlah memahami hikmah di sebaliknya. Itu yang terbaik.

Jika takdirnya bahagia, terimalah sebagai ujian. Jika takdirnya pahit, terimalah sebagai ubat. Katalah, andai sudah berusaha menjadi orang yang baik dan telah pun memilih jalan yang baik, tetapi jika takdirnya bermasalah, teruslah bersabarlah. Dan bersangka baik dengan Allah SWT. Alhamdulillah

Tuesday, 19 November 2013

Akukah ???

Kadang-kadang aku jengah ke FB, membaca dan melihat status berulang kali tanpa jemu.
Kadang-kadang aku menatap gambar, hampir tidak sedar menitik-nitik manik putih.
Kadang-kadang aku melilau melihat skrin handset, bilakah mesej akan berkunjung?
Kadang-kadang aku memicit-micit punat handset, mencari nombor yang ghaib secara tiba-tiba.

Aku sangat rindukan dia. Rindu sangat sangat.
Tapi rinduku rindu tidak terucap. Rinduku hanya mampu berteriak di ruang atmosfera sekeping hati.
Rindu yang telah terhijab meskipun dengan kecanggihan teknologi yang luar biasa.

Aku bukan orang yang kuat!!!

Apatah lagi mempunyai hati sekuat batu. Aku juga insan lemah. Punya perasaan. Punya jiwa dan naluri keperempuanan. Rasa itu adalah yang teramat mendalam. Rindu buat hati aku sakit. Rindu buat fizikal ku derita. Rindu buat aku seakan "angau".

Bisakah aku khabarkan kepadanya?

Wahai angin lalu, sudikah kau menolong aku? Khabarkanlah rinduku kepadanya. Bisikkanlah rasa rindu yang teramat kasih hingga bergetar seluruh tubuhnya.

Tahukah?


Hati ini telah menyimpan perasaan rindu yang sarat. Ku pendam pendam perasaan ini. Ku simpan dalam sedalamnya perasaan ini. Ku tutup rapat lagi kemas agar hati tidak terbuka untuk menerima kehadiran rasa asing itu.

Saban detik, peredaran darahku meracau dan berderau. Si jantung pula berdentam dentum mengepam darah oksigen ke otak. Signal yang diterima ditafsir sebagai keracunan. Badan tidak mampu bertindakbalas maka diserahkan kepada hati untuk proses dinyahtoksin.

Tapi hati tidak mampu menolak. Racun itu sudah merebak sehingga membisa ke tulang sumsum. Racun apakah ini? Asing sungguh perasaan rindu bagai racun yang disengat oleh sekeping hati.

Maniskah menanggung beban rindu?
atau terseksakah?
Untuk apakah?

Aku tidak bersedia. Kenapa aku yang harus bertarung?
Aku ada komitmen. Kenapa aku perlu tanggung semua ini?
Aku bukan orangnya. Kenapa seperti aku sahaja yang "syok" sendiri?

Hati ini tetap remuk diamuk rindu kenangan lalu. Hakikatnya bahawa aku kalah. Aku keraskan hati ingin lupakan semua itu tapi nilai kesabaran tidak seutuh yang disangkakan.
Layakkah aku punya rasa rindu?
Layakkah aku khabarkan rindu pada kisah lalu?

Atau perlukah aku buang kisah kita dan mencipta hati plastik?
Semua itu dilema yang tidak boleh dicabut dengan sewenangnya dari hati yang punya pemikiran kompleks, si empunya bernama P.E.R.E.M.P.U.A.N
Akukah?

Perpisahan

Satu pertemuan yang tidak pernah kita duga, dan jua perpisahan tidak pernah kita minta. Walau apa pun keadaannya, walau siapa pun yang memulakannya, perpisahan bukan sesuatu yang menggembirakan. Bukan senang untuk melupakan seseorang yang telah mencuri hati. Mungkin di sini cara cara yang biasa kita dengar, yang biasa kita baca. Antaranya :
1. Buang segala yang berkaitan dengannya
2. Keluar dan luangkan masa dengan kawan kawan atau ahli keluarga
3. Menyibukkan diri
4. Untuk fasa pertama perpisahan, elakkan pergi ke tempat yang biasa dikunjungi bersama

Melupakan seseorang mungkin bukan senang, mungkin boleh mengambil masa bertahun. Lebih lebih lagi bila hati telah diserahkan sepenuhnya. Kenangan itu akan sentiasa menghantui. Dan sememangnya ia sangat menyakitkan. Lebih lebih lagi bila lalu sesuatu tempat yang mengingatkan kita dengan si dia. Bukan niat untuk melukakan sesiapa, tapi kadang kadang, kalau berpisah itu lebih baik dari bersama.. Harus faham dan terima hakikat :) 

Ah.. Aku bercerita bukan untuk sesiapa, sekadar menulis untuk melepaskan beban di kepala. Disebabkan perkara yang kadang kadang berlaku dalam hidup kita yang memberi impak yang sangat besar. Ibarat tsunami, datangnya sekejap. Tapi kesannya akan diingati sampai bila bila. 

Begitulah... Sekian terima kasih  Happy Holiday dan  Selamat bekerja untuk aku.. Uwaaaa.. (^_^) 
 
 

Memaafkan orang lain sebelum tidur

Memaafkan orang lain bererti memaafkan diri sendiri. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Sucikanlah hati mencari redha Illahi. Redhalah atas ketentuan Allah. Lapangkan dada untuk menerima seadanya. Pasti akan ketemui hikmahnya.
Adalah baik jika kita memaafkan seseorang sebelum tidur kerana dari situ kita akan terasa kelapangan dada. Memendam rasa memang sesuatu yang amat menyakitkan. Namun kita sendiri sedar bahawa memaafkan seseorang yang menyakitkan hati kita bukanlah sesuatu yang mudah kerana diri kita mempunyai ego. Kita yang tidak bersalah belum tentu mudah untuk memaafkan kesalahan orang lain yang telah dilakukan kepada kita.

Ada sebuah kisah.

Oleh kerana itulah ada seorang sahabat Rasulullah saw yang mana Baginda telah menyebut-yebut namanya dihadapan sahabat-sahabat yang lain sebagai ahli syurga.
Hairan pada sahabat kerana Rasulullah menyebut namanya sebagai ahli syurga sebanyak 3 kali dihadapan mereka. Maka para sahabat mula menyiasat dan bertanya kepada sahabat tersebut :
“Tiada apa yang istimewa yang saya lakukan dalam hidup saya melainkan saya selalu memaafkan kesalahan orang lain terhadap saya sebelum tidur”