Assalamuailaikum...
lamanya tak updated blog .. malam ni tetiba teringat kan blog yang agak lama aku tinggalkan angkara kesibukan melanda di office. Awal tahun semuanya sibuk apatah lagi dengan sambutan perayaan cina tidak lama lagi.. cewah mcm aku lak yang nak beraya hehee...
Apa yang aku nak contengkan malam nih.. pernah tak terfikir ??? Kenapa sesetengah orang mudah sangat percaya dari mulut orang lain.. .. . Hm.. memang tidak dinafikan hidup kita didunia ini, kita tak boleh lari dari mendengar perkara-perkara seperti ini kan kan kan... mendengar cakap-cakap orang mempunyai unsur-unsur mengumpat,, cacian.. dan hasutan.. tanpa kita sedar boleh membawa kepada fitnah dan juga persekitaran yang tidak baik betul tak.. apatah lagi perkara seperti ini seandainya berlaku di tempat kerja.. pastinya akan bermasam muka, tidak bertegur sesama sendiri... Memang pun orang tua2 kata mulut orang tak boleh ditutup , makin di tutup makin menjadi-jadi pulak ... adesss... mcm mana tu yer???
Allah dah kurnikan kita akal dan fikiran untuk kita berfikir sebelum bertindak.. bagi aku plak kalau perkara seperti ini berlaku di persekitaran aku .. aku lebih suka mengambil langkah mendiamkan diri.... Pengalaman mengajar kita agar lebih berhati-hati.
Di dalam hidup yang penuh mencabar ini, kita jangan mudah percaya kepada orang lebih-lebih lagi jika orang itu baru kita kenali. Hati manusia tidak sama. Bak kata orang rambut sama hitam hati lain-lain. Tapi sekarang ni rambut pun dah banyak tak sama.Bermacam-macam warna rambut kita dapat lihat.Jika di zaman dahulu kala kita hanya lihat orang berambut hitam sahaja.Cuma bila umur dah meningkat tua yang hitam akan bertukar menjadi putih. Kalau ada rambut yang berwarna perang pun untuk orang mat salleh kata orang. Jadi sedangkan rambut yang warna hitam pun mudah di tukar warna ini kan pula hati manusia. okayy... daaaa........
Wednesday, 22 January 2014
Saturday, 11 January 2014
Masa mengubat segalanya..
bila aku terkenang masa masa yg telah kita lewati .. kini ku sedari .. bahwa perpisahan telah terjadi antara kita .. sebuah kenyataan yg pahit .. berderai air mata ini .. saat kau menyatakan .. kita harus berpisah untuk selamanya .. hampir ku mengalah dengan takdir yg ku anggap kejam tetapi benarlah .. masa yg berlalu serta keimanan adalah ubat yg mujarab untuk sekeping hati yg rapuh .... sekalipun hatimu terluka .. bersabarlah...
Cintai dan sayangilah dirimu.. Jangan dikenang lagi
untuk apa dikenang pada yg telah pergi .. untuk apa dirindu pada yg tak sudi .. hiduplah semahu mu .. cintai & sayangi diri mu .. pilih lah jalan jalan bahagia .. sepertimana dia memilih jalan bahagianya .. saat yg melukakan .. lalui dengan kesabaran & keimanan .. meski air mata adalah peneman .. sesuatu keterpaksaan dalam sebuah percintaan .. tidak akan membuah kebahagian ..
Senja itu
dari senja hingga ke malam hari .. ku menanti mu dengan harapan & rindu yg sarat di hati .. sehingga bintang kian malap .. tiada kau kota janji yg kita bina .. aku meneka didalam kesendirian .. apakah dikau lupa atau sengaja menduga .. sehingga terbitnya sang mentari .. hanya hiba yg dikau beri ..
Subscribe to:
Posts (Atom)


