Thursday, 17 July 2014

Syawal 1435H


Assalamuailaikum. ....... lama sangat tak update blog... sedar atau tidak hanya 10 hari lagi maka akan berakhirlah Ramadhan , tibalah pula Syawal ..hari kemenangan buat semua umat Islam . raikanlah Syawal ini dengan penuh kesyukuran... semoga segala amalan yg dilakukan sepanjang bulan Ramadhan yg lalu diterima oleh Allah SWT  Insya Allah. Taqabbalallahu minna wa minkum.
Alhamdulillah , masih lagi diberi peluang untuk merasai nikmatnya berpuasa dan sama sama merayakan hari lebaran . ^^ . Bertemu lagikah tahun depan ? wallahua'alam . 
 
Dikesempatan ini sy ingin mengucapkan 'Selamat hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dn Batin' kpd saudara mara,sahabat-handai dan sesiapa sahaja yg mengenali diri ini secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Tuesday, 1 July 2014

Apa khabar dia disana



 
Setiap saat dan setiap detik Selalu memikirkan dia yang di sana Ada apakah dengan dirinya...??? Apakah dia baik baik saja...???
Tak ada kabar apapun dari dia Hati ini resah dan gelisah Cemas tiada terkira Mungkinkah ini hanya perasaanku saja
Ingin ku pergi kesana Ke tempat dimana dia berada Menatap dengan kedua mata Dan memastikan bahwa tidak terjadi apa apa dengan dirinya
Namun apa daya Tak kuasa kaki ini melangkah Tak kuat tuk berjalan Langkahku terkunci kaku
Bibir keluh tak bisa ku mengadu Dalam diam ku membisu Jeritan menghujam kalbu Kepada Tuhan ku berdoa
Wahai Tuhanku hanya Engkau yang tahu Apa yang sebenarnya terjadi kepadaku Kupasrahkan semua kepadaMu Semoga dia berada dalam lindunganMu selalu....Aamiin

Sunday, 29 June 2014

Cinta sejati tak semestinya bersatu

kan ku coret dengan tinta .. kisah tentang kita .. tentang rindu kita .. tentang tawa kita .. tentang perbalahan kita .. tentang rajuk mu .. rajuk ku .. tentang kedegilan kita .. dimasa nan lalu .. sungguh indah walaupun akhirnya kita terluka dek masa .. .. air mata menjadi akhir cinta kita ..seandainya aku bisa mengolah cerita hikayat cinta kita .. akan aku olah plot plot yg indah .. aku berharap walaupun dimana kau terkena amnesia .. & kau pulih seperti sediakala .. hanya cerita ria yg bermain dimata .. tiada duka .. tiada nestapa .. tiada nista .. tiada fitnah .. cinta sejati .. tidak semestinya bersatu .. yg penting adalah ingatan dikalbu .. jasad itu sebenarnya hanya pandangan kelabu ~




Thursday, 26 June 2014

Bukan aku meminta... tapi sekadar ingatan

Bermula satu kisah
Tentang aku dan dirinya
Walau jiwa raga telah terpisah
Masih aku ingatinya

Lama sudah airmata
Tidak berlinangan
Tapi kini mula menitis
Disaat ku mengenangkan

Apakah aku yang bersalah
Puncanya kau menjauh
Engkau hadir tanpa pinta
Engkau pergi tanpa rela

Kini aku merindukan
Masa silam yang kau lupakan
Kini aku yang memerlukan
Walau hati kian berjauhan

Aku tahu kau bahagia
Dengan insan yang kau cinta
Mengapa masih ku merindu
Masa silam bersama mu

Ku meminta dengarkanlah
Sejenak kata-kata
Bukan rayu untuk bersama
Tapi renungkanlah masa silam kita

Monday, 2 June 2014

Novel oh Novel " Anugerah Terindah by Sophile

Oh novel..... setiap bulan walau sesibuk mana pun aku walau sebudget mana pun aku mesti akan menghabiskan duit utk membeli novel........ novel oh novel hehehe........ sebelum beli novel aku akan survey dulu citer apa yg selalu menjadi bualan org dan aku akan review ..... so bila pergi kedai buku x payah lagi nk baca sinopsis dekat belakang terus beli .... cepat dan pantas.... itulah aku kalau membeli novel x der nk belek lama2... dapat buku yang dicari, terus balik dan tak sabar nak baca hehe....... dapat pulak kawan2 yang antu novel lagilah berhantu2 semua jadinya ....

Kali ini novel yang mendapat tempat dihatiku  ialah " ANUGERAH TERINDAH " Penangan cinta Dr Ariana dan Ustaz Mukhirdz.  Aku nk bagi 10/10 markah penuh  aku punya sukalah kan ehehe... Jom baca sampai lebam.....


 
Dr Ariana yang gedik dengan misinya untuk memikat Ustaz Mukhriz sehingga memeningkan kepala semua org , dan Ustaz Mukhriz yg mengelak kerana takut menimbulkan fitnah. Paling kelakar, Ariana tidak kisah untuk pergi meminang Mukhriz kerana dia yakin itulah jodohnya. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah… SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan… Ariana oh ariana heheh.........

Tak elok lelaki dan wanita yang bukan mahram keluar bersama.- Mukhriz
-Bukan keluar berdua. Saya, ustaz, Kak Marlia, along, Kreisya, lepas tu ustaz nak ajak kawan satu bilik pun tak apa.- Ariana

PELBAGAI perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.


I have a pen. My pen is blue. I have a boyfriend. My boyfriend is you. Tersenyum Ustaz baca surat dari Ariana ... :-)

 Kalau nak kahwin dengan saya, bukan macam ni caranya. Datang jumpa keluarga saya ya.” Hanya itu sahaja jawapan kepada soalan Ariana lewat smsnya. Spontan sebenarnya dia jawab tanpa berfikir apa-apa.

“Ya Allah, ya ke ustaz? Hujung minggu ni juga saya hantar rombongan meminang.” Ariana rasa macam nak terjun sahaja ke tasik buatan tu sekarang ini. Sangat-sangat teruja dan gembira.

DOKTOR Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! 


Lepas kahwin gedik Arin makin menjadi tapi malu-malu kucing. Ustaz pula tunjuk taring sampai tersipu malu pulak si isteri. Mereka telus, tiada rahsia yang disembunyikan. Bahagia walaupun Ustaz tak pernah lafazkan cinta....

Yang menjadikan cerita ini menarik tapi masih boleh dipertikaian adalah seorang banduan (Awina) minta Ustaz peristerikan dia selepas bebas dari penjara atas kesalahan membunuh bekas suami tanpa niat kerana cuba selamatkan diri. alasannya tak ada orang nak bimbing dia lagi dan nasib anak perempuan dia tak terbela. Hellooo, sesenang jek ek minta suami Arin kahwin dgn alasan tu. Sanggup pula bermadu. Atas satu insiden, si Arin ni tetiba lembut hati izinkan ustaz yang susah di tackle tu kahwin dengan si Awina yang nak derma buah pinggang secara bersyarat kat ustaz yang koma akibat kemalangan. Mmg buat orang lagi bengang dengan tambahan drama Arin lari bawa diri ke Indonesia masa ustaz selamat dibedah.... adakah Ustaz Mukhirz menerima awina sebagai isteri keduanya setelah awina mendermakan buah pinggang kepadanya...... 

Ish susah aih nk kata kan... aku part ni mmg rasa nk cepuk jer kepala awina tu.. dan geram dengan Arin yang baik sangat izinkan suami kahwin lagi satu. adehhhh kalau korang nak tahu korang kenlah beli dan baca sampai habis........ 




Friday, 30 May 2014

REDHA

✿..Kadangkala kita tidak pandai
MENGHARGAI kehadiran seseorang dalam
hidup kita, kita MENOLAKNYA dan mensia-
siakan kehadirannya di sisi kita..dan apabila
dia sudah KECEWA dengan kita, pergi
menjauh dari kehidupan kita..apabila tiba satu
masa kita mula menginginkannya, barulah kita
SEDAR dan mula MENCARINYA semula,
namun saat itu sudah TIDAK BERMAKNA
lagi..kerana dia telah jauh membawa diri..✿~
>>> Manusia akan MENGHARGAI sesuatu
apabila dia telah KEHILANGAN sesuatu.. Ya
Allah kuserahkan segalanya kepada diriMu,
hanya diriMu menegetahui segalanya..
REDHAkan hati ini menerima segala ketentuan
dariMu yang telah diaturkan terbaik buatku.