Thursday, 6 November 2014

SEBUAH KENANGAN


sejak berkenalan denganmu
hanya dirimu yang sering ku rindu
walau perkenalan kita yang tak di jangka
namun aku tetap menyayangimu
dirimu sering menjadi igauanku
di mana sahaja ku pergi
pasti bayangmu akan turut hadir
seolah menemaniku tatkala bersendirian
jauh beribu batu
kau sentiasa di hatiku
mimpiku adalah dirimu
menjadi penawar di kala sepi

Masa pengubat segala kelukaan

Sakit..
Mana darahnya?
Luka..
Mana koyaknya?
Nanah..
Mana bengkaknya?..
Lebam..
Mana kesannya?
Peliknya semua itu wujud walau tak nampak di mata..
Peritnya tetap terasa walau tiada kesan yang nyata..
Sakitnya di hati..
Lukanya di sanubari..
Kerna itu mata realiti tak mampu merealisasi..
Keresahan itu..
Biarpun tidak terlihat titisan darahnya..
Bahangnya tetap terasa..
Perlahan-lahan,
Lopak-lopak luka dalam hati..
Dibiar terawat sendiri..
Kerna tiada lagi penawar..
Yang bisa merawat sembuhnya ia..
Melainkan diri sendiri..

Tuesday, 28 October 2014

Peringatan untuk diri sendiri

Benarlah kata cerdik pandai
Setiap musibah ada hikmah
Hanya kita dan hati kita bisa kuat atau terus lemah
Setiap insan akan diuji tahap kesabaran,tahap kesihatan
Dan tahap ia redha dalam merentas ujian demi ujian
Hanya bentuk ujian dan bila akan kita semua hadapi semua ujian ujian itu
Tiada siapa yang tahu
Moga kita punya jiwa yang utuh untuk hadapi semuanya dengan teguh
Dan kita antara insan insan yang redha bukan yang senang mengeluh
Oleh tu janganlah mendabik dada
Andai sekarang kita sedang berselesa
Kerna..mungkin belum sampai giliran kita

Ingatan untuk diri sendiri..
sakit itu nikmat
sakit itu penghapus dosa (kafarah)
sakit itu ujian
sakit itu bukti cinta Allah
sakit itu ada hikmah yang kita tidak tahu.. Alhamdulillah

Setiap sesuatu dijadikan atau ditakdirkan-Nya itu pasti ada sebab dan mempunyai hikmah. Manusia hanya perlu bersyukur jika diberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah.

Firman Allah SWT yang bermaksud:


“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18)

Begitu juga sebaliknya, manusia perlu terus-menerus bersabar andai diuji dengan dugaan demi dugaan. Sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya

Friday, 19 September 2014

Assalamuailaikum

AKU TIDAK TERFIKIR KAU MENYUKAIKU ATAU TIDAK..
AKU TIDAK TERFIKIR KAU AKAN MENCINTAIKU ATAU TIDAK ..
DAN JUGA AKU TIDAK TERFIKIR KAU AKAN MENYAYANGIKU
ATAU TIDAK..
tapi aku hanya berfikir apakah aku boleh menjadi
seorang yg mampu mendekatkan mU pada-Nya.

kenapa masih tak boleh benci awak?



HATI INI...
TAK SENANG
tak tenteram
menunggu
terus menanti
dari pasti menjadi keliru

saya bukan kuat sangat...kadang-kadang saya bergelak ketawa depan semua orang tapi selalunya bila saya masuk bilik dan tutup lampu saya akan menangis....degilkan hati saya??jarang nak dengar cakap akal bila bab-bab macam nie..

kalau awak jadi pokok....saya nak jadi orang yang sentiasa berteduh dibawah awak tak kira hujan atau panas....saya nak jadi orang yang sentiasa akan bersandar pada awak bila saya kepenatan yang bersandar pada awak bila saya tak berdaya....saya nak jadi orang yang akan peluk awak bila saya ketakutan...saya nak jadi orang yang akan bercerita pada awak bila tiada orang yang nak mendengar..dan kalau awak jadi pokok saya nak jadi orang yang akan sentiasa menjaga awak dari orang lain...setiap hari saya akan datang pada awak...duduk dekat awak..tapi kalau awak adalah orang...saya hanya mampu sayang awak dalam diam...saya hanya mampu jadi pemerhati awak...sebab..saya tahu hati awak bukan untuk saya...kalau awak pokok saya boleh tulis kat bawah pokok tue yang awak nie saya punya...tapi awak orang...jadi saya tak boleh nak cakap yang awak nie saya punya.... (~_^)

awak.. akal saya nie sedang pujuk hati saya...kalau awak tak nak sayang saya pun, saya tak boleh paksa awak, kerana rasa itu bukanlah boleh dipaksa.. awk tahu sejak awak menghilang dan menyepikan diri ia  wat saya rasa kecewa sangat..tapi kenapa saya masih tak boleh benci dah lupakan awak ??.

Thursday, 18 September 2014

Tuhan yang lebih mengerti



Dari perkenalan ini..
saya belajar satu perkara..
jangan terlalu percayakan seseorang itu sepenuh hati..
selagi kita belum kenal hati budi nya..
sebab..
bila terputus sakitnya cuma Allah saja yang tahu..
peritnya hanya Allah saja yang mengerti..
tidak mudah melupakan dia bila hati dah terlalu percaya..
sebab hati kau dan hati aku berbeza..
perasaan kita tidak sama..
sakit gembira kita waktunya berbeza..
walaupun kita bernafas dalam dunia yang sama..


Wednesday, 3 September 2014

Sekejap

Sekejap..
Berdiri disitu
Hanya mohon sedikit masamu
Untuk menyatakan rasaku
Tidak penting tapi kau perlu tahu
Tidak lah amat mustahak
Tapi hanya itu yang aku hendak
Tidak memaksa
Tapi hanya itu yang ingin aku nyatakan saja
Moga kau tahu
Bahawa
Saat ini aku sedang rindu
Rindu kamu