Monday, 4 May 2015

Syukur Alhamdulillah..

Allahu Akbar.. Alhandulillah.. terima kasih Ya Allah.. krn masih diberikan kesempatan utk bernafas di bumi ini..
sesungguhNya.. aku sedar atas setiap perkara yg terjadi kepada diri aku adalah perkara yg terbaik.. pastiNya Allah adalah sebaik2 perancang..
ku mohon pd Mu Ya Allah berikan lah aku kekuatan dan ketabahan dn kesabaran utk menghadapi semua ini.. aku redha YaAllah.. andai ini yg ditakdirkan dlm hidupku.. Amin.. .. aku akan terus berusaha dn berusaha.. InsyaAllah..  setiap sakit yg aku alami skrg.. pastinya krn kasih syg Mu kepada Ku iaitu hambaNya.. Alhamdulilah  

Tuesday, 28 April 2015

Kek Gulung Coklat Roll - Dsara



Kek Gulung Coklat Roll - inti cekelat kat dalam. Rasa dia ? Harus lah sedap. Sedap sangat. setiap lapisan ada di sapu Nutella. ... dengan keunikan tersendiri..kek gulung coklat ini sgt mmberi inspirasi kepada pencinta coklat...dinikmati dgn penghayatan sebenar malah kek gulung coklat ini mmg luar biasa...citarasa yg mampu mmberi anda keyakinan!!!!
Wahh sedap kann . bagi pengemar Coklat .. siapa nak boleh Pm or whatapps 
 saya  018-2552359
Harga : 500grm - RM 30.00
200-250 grm - RM15.00
( Harga tidak termasuk postage ) 
Antara yg paling laris:-
1) Kinder Beuno coklat
2) Kit Kat
3) Snikers
4) Crunchie
5) Dairy Milk Cadburry
6) Boots
7) Zip Strawbery
8) Mars
9) Ferrero Rocher
10) Toblerone















.













[Lirik Video] Akim & The Majistret - Potret

Kenangan tercipta

Hati ini tidak mampu lagi menipu. Sejak mengenali  awak, hati ini tidak pernah berhenti merindu. Gembira ku, kamu yang kucari. Sedih ku, kamu yang kucari. kamu yang selalu kunantikan. Hati ini sering kali memanggil awak.. awak..awak.. kt mana hehehe ~~~. Adakah rindu dihati awak seperti rindu yang saya rasa.. awak.. plelase jgn paksakan rindu .. bila memang tiada pd hati awak yer...disini  saya berbicara tentang rindu yang telah lama terpendam didalam sanubari saya .. dan tika kala saya bercerita, saya bukakan pintu akal dan fikiran untuk awak .. saya berbicara dalam dunia saya yang hanya awak ketahui.. yang hanya awak kenali.. saya menulis bertemankan hati saya di sini apa yg sy rasa, fikiran saya..dengan harapan awak rasai apa yang saya rasa... ermm...

Awak....!!!!
Hari ni saya teringatkan awak..awak buat apa sekarang..awak dah makan ke tidak..awak teringat tak kat saya macam mana saya teringatkan awak..saya nak je call awak..tapi..saya terfikir balik..kalau saya call nak ke awak layan panggilan saya..nak ke awak?nak ke?..last-last saya diam sendiri..
Hari-hari saya check inbox mail,manatahu awak ade hantar apa-apa berita ke..tapi..takde..hari-hari saya pandang telefon..kot-kot awak nak call saya atau message..  tapi..tetap sunyi..sedih lah awak buat saya macam ni..sedih sangat!

Tolonglah saya..tolong bagitahu macam mana nak erase nama awak kat kepala saya ni!balik-balik nama awak je yang ada.rimas!rimas saya tau tak! .adoiii....semuanya serba awak! eeee..lecehlah macam ni!leceh !..leceh! lecehhh!!

Tolonglah saya awak..tolonglah bagi resepi awak tu..macam mana awak lupakan saya dengan begitu mudah sekali,,,macam mana ekk awak buat?bitaulah saya..tapi..macam mana awak nak beritau yer ... sedangkan message dan call pun awak tak sudi... 

nampak gayanya terpaksalah saya tanya dengan angin..dengan titisan hujan..dengan udara..nak buat macam mana..kalau saya direct tanya awak..hmmm..for sure awak diam kan kan kan,,,,

Mengertilah awak..hati saya terluka..hati saya hiba.... saya rindu dekat awak..ringan je mulut saya nak cakap kat awak ..saya rindu awak..rindu sesangat!kenapa kita jadi macam ni yer awak?Jem otak saya bila selalu saya blok memori kita berdua..bengkak hati saya bila saya cuba bina tembok cina sekukuh-kukuhnya daripada rindu awak mengintai-intai..sakit saya awak..sakit sangat rasanya..tapi mengertikah awak?mengertikah awak semuanya?Betullah kata orang..sukar untuk jatuh cinta..tapi sukar lagi untuk melupakan kenangan tercipta! 

Friday, 13 March 2015

Majlis Ilmu



















Taman - taman syurga ( majlis ilmu )

" Oi malam ni ada ceramah kt masjid ada ustaz datang  jomlah kita pergi dengar sekali "
" Hm... seganlah oi.. lagipun ceramah untuk ustaz2 bolehlah wei"
  ish mcm tu plak kan.. sebenarya siapa2 pun boleh pergi dengar ceramah tu
".ceramah tu bosan oi lagipun kalau aku nk pergi aku pergilah nanti.. kalau aku pergi pun aku bukannya ikhlas.. lebih baik aku tak payah pergi ..( nak tunggu ikhlas tu agaknya bila? ) hmmm,...itulah realiti kehidupan.. saat ke majlis ilmu macam2 alasan kita beri... astaqfirullahal azim...

Agakny2 berpeluang tak kita ni duduk kt taman syurga? based on amalan2 kita kan.. agak2 ada ke tak der peluang tu? apa yg ustaz beritahu jgnkan nk duduk taman syurga.. nk cium bau syurga pun kompem tak boleh.. sebb kita  masuk syurga atas rahmat dan kasih sayang dari Allah SWT .. sebab tu kena banyak berdoa selalu supaya dimasukkan ke dalam syurga Nya...disamping tingkatkan amalan kita ..

Tapi disebabkan Allah SWT sayangkan kita lah maka kita diberi peluang utk merasa sedikit nikmat seperti duduk ditaman syurga.. macam mn nk duduk ditaman syurga di dunia ini?

salah satu cr yg paling mudah nk duduk ditaman2 ilmu ni.. kita boleh jer download ceramah.. tazkirah.. peringatan .. .boleh dengar dirumah ... ditempat kerja didalam kereta mana2 pun bolehkan.. selain dr kita dpt pahala kita juga dapat ilmu dan kita seperti duduk ditaman-taman syurga .. perjalanan kita .. InsyaAllah lebih diberkati dan hati akan sentiasa tenang.. selain itu malaikat juga menemankan kita .. sebabnya para malaikat suka akan majlis ilmu dan akan mengembangkan sayapnya utk memayungi org yg berada dimajlis tersebut...

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: 
“Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu. (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Daripada hadis Nabi Sallahu‘alaihiwasalam

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَطْلُبُ فِيهِ عِلْمًا، سَلَكَ اللَّهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

Terjemahan :

“Sesiapa yang menempuhi satu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan memasukkannya jalan ke syurga.”



لَا يَنْبَغِي لِلْجَاهِلِ أَنْ يَسْكُتَ عَلَى جَهِلِهِ وَلَا لِلْعَالِمِ أَنْ يَسْكُتَ عَلَى عِلْمِهِ

Terjemahan :

“Tidak harus bagi orang yang jahil untuk berdiam diri atas kejahilannya (yakni tidak belajar) dan tidak harus bagi orang yang alim berdiam atas ilmunya (yakni tidak mengajar).”

Wednesday, 4 March 2015

HATI

apa khabar kamu yang bernama Hati?
Masihkah lagi sihat?
Atau mungkin kurang gembira akan
dirimu?
Ku harap dirimu kan seceria mentari,
Yang sentiasa menyinari alam ini.
Duhai kau yang bernama Hati,Jagalah
dirimu sebaiknya,
Peliharalah tubuhmu dari berbagai anasir,
Yang cuba menggodamu.
Duhai kau yang bernama Hati.. Janganlah
mudah kau percaya,
Akan dunia yang penuh racun berbisa,
Jangan mudah kau mengalah dan rebah,
dengan dunia yang berselirat
kehitamannya..
Kuatkan dirimu... kentalkan jiwamu,
Perangilah nafsumu duhai Hati...
Jadikanlah zikrullah dan ayatullah..
Sebagai benteng dan perisai untukmu.
Untuk dirimu yang bernama Hati,Usah
dibiarkan jiwamu,
Kosong... hambar... dan sunyi...
Tiadanya Iman dan taqwa mengiringi
dirimu...
Penuhilah kekosongan dan kesunyian itu,
Dengan bertasbih memuji kebesaran
Ilahi...
Moga sentiasa nama-NYA dalam dirimu.
Untuk dirimu yang bernama Hati,Jangan
cepat berundur dan mengalah,
Tatkala ujian datang menyergah,
Walau kadang dirimu ingin rebah,
Kadang terduduk menangis pilu,
Bangkitlah wahai hati..
Ingatlah bahawa DIA sedang mengujimu..
Itu tandanya dirimu masih disayangi
oleh-NYA.
Duhai hati yang ku sayangi.. Tolong
sentiasa ingatkan dirimu,
Usah terlalu mengejar cinta manusia,
Yang tiada bertepi..
Kerna ia hanya akan memberi luka di
hati,
Usah kau menagih cinta manusia,
Jika ia hanya sekadar menyinggah
menyapa..
Jangan terlalu mengejar cintanya..
Kerna belum tentu dia menjadi milikmu,
Cukup sekadar cintai dalam diam,
Cukup sekadar dari kejauhan,
Jika benar dia tercipta untukmu
Kau tetap akan bersatu.
Duhai hati yang ku sayangi, Tetapkanlah
dirimu,
Luruskanlah niatmu,
Jangan mudah kau tersungkur,
Dari cubaan yang seringkali ingin
menyimpangkan dirimu,
Jitukan semangat jiwamu,
Tepislah segala anasir asing yang cuba
menghampiri menggodamu...
Pesanan untukmu wahai Hati... Walau
bagaimana berat sekalipun dirimu diuji..
Walau badai sentiasa menghampiri..
Walau apa pun kisah yang akan terlukis..
Jangan dibiarkan kelongsong jasadmu..
Sepi dan sunyi tanpa CINTA-NYA...
Semailah haruman kasihmu kepada-
NYA... Moga CINTA-NYA kan menghiasi
mewarnai.. dirimu yang bernama Hati.
Untukmu perhatian hati..
Terangilah dirimu
Dengan cahaya CINTA dari-NYA..
Kejarlah kasih CINTA sejati-NYA
Raihlah CINTA-NYA abadi lagi hakiki.......
Untuk selamanya...