Di
dunia ini masih ada keluarga menyayangi kita dan pasti ada suatu ketika
nya kita rasa kita tak punya sesiapa kecuali diri sendiri maka
bersyukurlah,kita beruntung kerana punyai seorang sahabat yang amat
memahami diri kita"~
~"sebagaimana kita sering mengharapkan
keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dengan dia,tetapi
kita cuma tahu mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita dan kita
rasa di khianati bila dia memungkiri janji nya pada kita,kita terus
menyalahkan dia,kita tidak memberi dia peluang untuk dia menerang
keadaan nya sebenar"~
~"bagi kita,itu alasanya untuk menutup
kesilapan dan membela dirinya,kita lupa!,kita juga manusia yang tak
sempurna pasti aka kelemahanya,kita juga pernah membiarkan dia menunggu
dan ternanti nanti kerana kita juga ada janji yang di mungkari,kita
berikan beribu alasan,memaksa dia menerima segala alasan kita"~
~"waktu itu,terfikir lah kita tentang hati dan perasaanya,dia
jua seperti kita,dia juga tahu rasa kecewa,hampa dan sedih,tetapi kita
sering lupa jaga hati dia,untung nya punyai seorang kawan yang sentiasa
ada di sisi kita waktu kita memerlukan dia"~
~"dia ikhlas menjadi pendengar setia,dia dengar luahan perasaan hati kita, segala rasa kecewa,hampa,ketakutan,harapan
dan impian kita luahkan,dia sentiasa memberi jalan sebagai laluan
penyelesaian masalah kita,selalunya kita terlalu leka dan asyik
bercerita tentang diri kita hinggakan kita terlupa kawan kita juga ada
cerita yang ingin dia luahkan di sebalik kehidupanya,siapa tahu rasa
hatinya,di sebalik kesenangan dan kehidupan nya mungkin tersimpan seribu
kekalutan,kekecewaan dan kepiluan,kita tak tahu tetapi jika kita cuba
jadi sahabat seperti dia mungkin kita tahu isi hatinya"~
~"renungi
dan fahamilah,peringatan ini hanya untuk mengingatkan diri ku sendiri
dan tiada kaitan dengan sesiapa pun,hidup kita tak lama,esok atau lusa
atau bila bila mungkin takdirku menemui Illahi,siapa tahu?,
terima kasih
kerana menyedarkan diriku dari lamunan panjang kehidupan ku,demi Allah
sejujurnya aku sayangkan semua sahabat sahabat ku,maafkan lah aku
andainya aku banyak melukakan hati sesiapa sahaja yang pernah menjadi
sahabatku,aku juga manusia biasa yang punyai banyak kelemahan dan
kesilapan,maafkan lah aku sekali lagi"~
Salam Sayang :- Merpati Putih
No comments:
Post a Comment