Saturday, 20 July 2013

Aku bagaikan Merpati Putih terbang berkelana mencari cintamu ...

Pertemuan itu terlalu indah bagiku..
Aku akan selalu ingat dan takkan pernah lupa bagaimana engkau telah menyentuh hatiku dan membuatku tersenyum saat pertama kali kita bertemu..
Walau apapun yang berlaku antara kita, aku akan selalu ingat saat pertama kali aku melihatmu..

Pertama kali mengenali awak, hati saya terus terpaut. Demi Tuhan, saya tak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya.

Saya cuba menolak awak. Tapi bila saya lihat ada kejujuran dalam setiap kata-kata awak, saya jatuh tersungkur ke penjuru. Semakin mengenali awak, saya tak dapat lagi membohongi perasaan saya, bahawa saya menyayangi awak. Bersama masa, perasaan sayang ini menjadi dewasa. Dewasa menjadi CINTA.

Dan saat saya mencintai awak, saya jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. Lemas dan hampir tenggelam, dalam lautan kasih sayang, seribu impian.

Bagai merpati putih, cinta saya berkelana, mencari singgahsana di hati awak, untuk bertakhta. Dan telah nyata, saya tak temui, noktah cinta itu.

Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki cinta saya, awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tak mampu saya selam. Di sana, saya tak mampu melihat cahaya. Awak beri saya harapan yang sangat besar. Dan akhirnya, awak juga yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam..

Kadang-kadang saya tertanya-tanya siapa sebenarnya saya di hati awak? Adakah selama ini, awak sebenarnya tak pernah mencintai saya? adakah saya sekadar tempat persinggahan utk awak waktu awak kesunyian ?? tapi kata awak rinduku memaksamu menyayangiku... betul ker awak??.. bernarkah ada rindu dihati awak?? ataupun saya sudah mati dihati awak... saya tahu awak bahagia kini...  tapi...

Setiap hari saya merindui awak.. Setiap saat saya mengingati awak.. Seumur hidup ini saya mencintai awak…

awak tak pernah tahu betapa dalamnya SAYANG saya pada awak.... sebab itu awak tega melukakan hati saya.. 


No comments:

Post a Comment