Tuesday, 30 July 2013

Masih segar dalam ingatan





Di suatu hari , detik itu  semuanya masih segar dalam ingatanku

 "Selepas saya baca message tu, airmata laju mengalir.. hati saya hancur  walaupun ianya satu patah perkataan.. terus saya terkelu tanpa sedar dada saya rasa sesak sangat waktu itu. Saya tak duga awak akan hancurkan dan melukai hati saya sebegini.. Sakit sangat rasanya.. Awak tak kan dapat merasai kerana bukan awak yang berada di tempat saya. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya sekarang ni.. Awak ingat tak awak ada kata dulu. "Awak takkan lukakan hati saya, awak takkan lupakan saya". Bila saya ingat balik, saya rindu sangat-sangat saat itu. Kini semua telah berakhir.. Mudahnya awak berubah, rapuhnya kasih awak pada saya.. Saya tahu dihati awak hanya dia insan yang lebih berhak kan... Saya faham, saya redha, kalau ini penamatnya. Saya akan relakan awak pergi. bukan bermakna saya tak sayang.. Saya sayangkan awak. Saya tak nak awak pergi.. Saya perlukan awak. Tapi awak ??? , saya pasrah. Saya terima hakikat tu. 

Moga berbahagia ''sayang''.. (rindu nak panggil awak dengan panggilan tu)
Sejujurnya saya tak kuat untuk tengok awak dengan dia.. . Sikit pun tiada perasaan benci dan dendam di hati saya untuk awak.. . Saya doakan yang terbaik untuk awak dan dia.. Semoga kebahgiaan itu milik awak....

No comments:

Post a Comment