Diruangan sepi ini, jari-jariku menari-nari meluahkan rasa isi hati, biarkan jari yang berbicara mengikut kata hati.
Kenyataan perlu diterima,walaupun pahit walaupun sakit walaupun pedih harus aku telan jua apabila rasa itu datang mengetuk pintu hatiku, menganggu ketenteraman dijiwaku, aku resah dan gelisah , tatlkala rindu datang bertamu dihati. Kekadang sengaja meyibukkan diri memujuk hati sendiri sekadar penyedap dihati. berbicara sepi tanpa suara hanya air mata peneman yang setia disisi saat hati ini memerlukannya.
Disaat kau pergi meninggalkan aku jauh dan semakin jauh, hari -hari yang ku lalui bersama dengan sebuah kerinduan yang tiada penghujungnya. sampai bila aku pun tak pasti, kau telah pergi dari hidupku tapi yang pasti kau masih melekat dihatiku dulu kini dan selamanya.
Sesungguhnya setiap detik yang berlalu akan meninggalkan kita dengan kenangan tidak kira kenangan pahit atau manis..kenangan itulah yang mendewasakan dan mematangkan kita dalam menghadapi liku-liku kehidupan, hanya kenangan itulah yang ada sebagai pengubat rindu dihatiku. Berat sungguh berat rasa hati saat kau pergi tapi apa kan daya, aku tahu kenapa dan mengapa? cuma hati ini begitu degil dan masih jua mengingatimu. Maafkan aku sayang kerana masih gagal untuk melupakanmu......
No comments:
Post a Comment