Sunday, 25 August 2013

Untukmu sahabat

Kekadang kita tak pernah menyangka bahawa seseorang yang kita sayang akan pergi meninggalkan kita.. dan ingin melupakan kita terus dari hidupnya..
Dia
aku kenalinya sejak dibangku sekolah lagi, aku tak pernah bertegur sapa dengannya , orangnya agak pendiam tapi memandangkan kelas tak sama kami hanya melepaskan senyuman setiap kali bertemu di perhimpunan...
bertahun sudah berlalu dia kini aku temui dilaman muka buku, semakin hari aku semakin rapat dengannya, jujurnya aku menyayanginya, tiada rahsia antara kami walaupun di waktu sekolah dulu kami tidak rapat tapi laman muka buku telah merapatkan kami, hatiku hatinya jua.. setiap kali rasa sedih , dialah tempat aku meluahkan rasa hati ni begitu juga dengannya..
tapi kini ,
semua itu hanyalah sebuah kenangan, entah dimana silapnya die pergi jauh meningalkan aku tanpa sebarang khabar berita... tanpa ingin berbincang dengan aku tanpa sebarang pesanan, jauh dan begitu lama die menyepikan diri, mungkin yer ada sedikit masalah antara kami , tapi bukankah aku ni shabatnya , sahabat yang die percaya, kenapa tidak berbincang dengan aku terlbih dahulu.. aku disini selalu mendoakan kebahgiaannya walau diamana pun dia berada

agak terkilan, hati ku hanya Dia sahaja yang tahu, die kini muncul di laman muka buka bersama profile baru, dan nama yang baru dan aku telah di block olehnya bersama dua orang teman lagi.. seolah2 kami ni jahat sangat , tidak ada sedikit pun rasa kasih syg dan rindu dia pada kami. tidak mengapalah sahabat kami sentiasa mendoakan kebaikan dan kebahgiaanmu, dan dijauhkan oleh orang-orang yang berniat jahat terhadapmu. adakah dengan kehadiran sidia dlm hdpmu , kamu terus menjauhkan dan membuang kami dari hdp mu,? aku tahu kamu begitu menyayanginya. tapi sebagai sahabat kami juga menyayangimu.. semoga dirimu sedar wahai sahabat .. apa juga masalah kita boleh berbincang, dan harap Allah sentiasa melindungi dirimu, Jaga dirimu baik2.. Bukalah hatimu dan bukalah matamu.. ingatlah tiada lelaki didunia ini yang ikhlas utk menolong kita.. jadi berhati-hatilah.. berhati-hati dalam memberi hati.. sebagai sahabat yang sentiasa berkongsi suka dan duka kami sentiasa mengambil berat keatas dirimu.. percayalah kami menyangimu..

No comments:

Post a Comment