Bismillahirrahmanirrahim…
Kita ulang al-Fatihah sebanyak 17
kali dalam solat wajib lima kali sehari. Al-Fatihah sebaik-baik doa, tetapi
kita jarang-jarang ambil tahu akan makna yang tersirat dan tersurat disebalik
ayat Ummul Kitab ini. Tahukah kita bahawa al-Fatihah adalah ‘penyembuh’
hati, pedoman bagi segala kecerdasan bagi hati dan fikiran, bekalan untuk
mencapai cita-cita dan harapan serta ungkapan rasa syukur atas segala hasil dan
pencapaian.
- Bismillahirrahmannirrahim (Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang)
- Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam.
- Yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
- Yang memiliki hari pembalasan.
- Hanya Engkau yang kami sembah dan mohon perlindungan.
- Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
- Jalan yang Engkau berikan nikmat, bukan jalan yang dimurkai, bukan pula jalan yang sesat.
- Amin (Kabulkanlah).
Al-Fatihah ada tujuh ayat.
Antaranya ialah:
1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh
hari dalam seminggu Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat
atau jadi baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi
kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada hari yang
lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak.
Ertinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu benar-benar menghayati
al-Quran; yang intipatinya ada dalam tujuh ayat al-Fatihah itu, sehingga ia
benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka dalam seminggu itu dia boleh
selamat. Kalau al-Fatihah tidak berperanan pada dirinya dalam seminggu, maka
akan kena laknatlah dia. Huru-hara, haru-biru dan celakalah hidupnya.
2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh
anggota badan
Dalam seminggu itu sama ada manusia
jadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam
sembahyang; yang mana sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua; ke semua
tujuh anggota ini terlibat atau digunakan. Kalau agama lain, mereka menyembah
‘sesuatu’ tidak melibatkan semua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua
anggota terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan.
Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:
- Kepala – ini termasuklah anggota-anggota yang ada di kepala seperti mata, mulut, telinga, lidah dan lain-lain. Kegunaan kepala pula ada bermacam-macam jenis.
- Dua tangan – ia juga banyak peranannya. Ia boleh berbuat baik atau berbuat jahat, boleh bunuh orang, boleh selamatkan atau celakakan orang.
- Kedua-dua lutut
- Kedua-dua tapak kaki
Dalam sembahyang, anggota-anggota
sujud itu merupakan tujuh anggota penting tubuh manusia. Semuanya terlibat
dalam solat. Dalam doa Iftitah kita menyebut, “Hidupku dan matiku adalah untuk
Allah.” Ertinya semua anggota yang penting dalam diri kita ini secara tidak
langsung sudah kita ikrarkan bahawa kita serahkan pada Allah. Ertinya kita akan
menggunakannya ke jalan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki. Oleh itu kalau
kita sedari dan hayati, apa yang disebut dalam bacaan melibatkan juga anggota
dalam perbuatan. 3. Tujuh ayat berkait dengan tujuh Neraka dan tujuh Syurga
Al-Fatihah ada tujuh ayat. Kalau
intipati Quran dapat dihayati atau tidak dapat dihayati, itu yang akan
menentukan nasib seseorang nanti sama ada Neraka yang tujuh atau Syurga yang
tujuh. Semua ditentukan oleh intipati al-Fatihah. Kalau al-Fatihah berperanan
dalam hidupnya, dia akan dapat salah satu dari tujuh peringkat Syurga. Kalau
tidak dapat dihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk
salah satu dari tujuh peringkat Neraka.
4. Tujuh ayat itu juga menggambarkan
di dunia ini ada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi
Di langit ada macam-macam makhluk
Tuhan yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Demikian juga dengan tujuh
lapis bumi yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Ramai ahli sains yang
membuat kajian sudah mengesahkannya tetapi ia setakat hubungan yang lahir.
Sebenarnya ia bukan sekadar hubungan
yang lahir sahaja. Manusia bukan hanya berhubung dengan matahari, bulan dan
bintang sahaja. Tidak juga hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan,
binatang, tanaman dan seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan
makhluk yang ghaib seperti malaikat.
Malaikat juga menentukan hidup
manusia. Kenapa? Sebab ia juga tumpang mendoakan manusia pada Tuhan dan ia juga
boleh tumpang melaknat manusia. Tetapi hal yang ghaib ini ahli sains tidak
dapat kesan. Mereka hanya mampu kesan yang lahir seperti hubungan matahari
dengan manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan
kehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu.
Padahal malaikat ikut campur tangan
dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat
dengan izin Tuhan. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan kerana
kederhakaan manusia. Perkara yang ghaib ini ahli rohani sahaja yang boleh kesan
tetapi saintis tidak boleh kesan.
Selain malaikat, jin-jin juga ada
hubungan dengan hidup manusia. Ini tidak dapat dikesan oleh ahli sains, tetapi
boleh dikesan oleh ahli-ahli rohani. Apa maksud jin-jin juga terlibat? Jin itu
hidupnya ditumpangkan dengan manusia. Dia bergaul dengan manusia. Oleh sebab
itu, apa bahasa manusia itulah bahasa jin. Kalau di Malaysia menggunakan bahasa
Melayu, jin pun bercakap dalam bahasa Melayu. Di Indonesia, jin bercakap bahasa
Indonesia. Kalaulah di Malaysia ada jin yang berbahasa Indonesia, bermakna jin
itu berasal dari Indonesia. Jin di negara Arab berbahasa Arab. Jadi jin tumpang
bahasa manusia itu untuk menunjukkan manusia lebih mulia dari jin.
Selain itu, jin juga tumpang belajar
dengan manusia. Firman Allah di dalam al-Quran:
Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika
Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan al-Quran, maka tatkala
mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata, ‘Diamlah kamu (untuk
mendengarkannya).’ Ketika pembacaan itu selesai mereka kembali kepada kaumnya
(untuk) memberi peringatan.” (Surah Al Ahqaf ayat 29)
Mujurlah kita tidak nampak jin sebab
kita tidak akan sanggup hendak melihatnya. Begitu juga soal makan. Jin kafir
makan tulang-tulang haiwan yang disembelih oleh orang kafir. Jin Islam pula
tumpang makan tulang-tulang binatang yang disembelih oleh orang Islam. Oleh
sebab itu berhati-hatilah apabila membuang tulang. Buanglah pada tempatnya.
Kalau tulang-tulang itu dibiarkan bersepah, jika ada jin yang datang untuk
makan lalu terlanggar anak kita maka akan timbul masalah.
5. Tujuh ayat ini kalau kita jadikan
panduan, ia boleh didik nafsu kita yang tujuh peringkat. Inilah hikmah
terpenting dari jumlah ayat al-Fatihah yang tujuh itu. Makin kita hayati, makin
kita dapat mendidik diri dan nafsu kita. Bila dikategorikan, nafsu manusia ada
tujuh peringkat iaitu:
- Nafsu ammarah
- Nafsu lawwamah
- Nafsu mulhamah
- Nafsu mutmainnah
- Nafsu radhiah
- Nafsu mardhiah
- Nafsu kamil
No comments:
Post a Comment