Satu hari seorang professor ingin menyeberang sungai dengan sebuah
sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan. Di tengah-tengah
sungai, professor bertanya: “Kau pandai menulis dan membaca?”
“Tidak. Saya buta huruf.” Jawab si pengayuh sampan.
“Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu.
Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh
keupayaan untuk hidup.”
Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi: “Kamu ada membuat simpanan wang di bank?”
“Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja. Macam mana nak simpan duit.”
“Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana
mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua
nanti.”
Sampan terus bergerak. Sampai di tengah sungai. Tiba-tiba sampan itu
bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir mahu tenggelam.
Si pengayuh sampan bertanya kepada professor: “Tuan, apakah tuan pandai berenang?”
“Err…errr, saya tidak tahu laaa.” Jawab professor dalam keadaan panik.
“Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!”
.
Apa pengajaran dari cerita ini ?:
Tuhan tidak mencipta manusia itu bodoh. Sebaliknya,
Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Setiap kita
mesti mengenal di mana kebijaksanaan itu dan meningkatkannya ke tahap
maksimum. Jangan rasa hina diri sebaliknya binalah keyakinan diri. Allah
ciptakan setiap manusia untuk berjaya
No comments:
Post a Comment