Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam...
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
Hati
: Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku
melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku
teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati
: Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya
kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar
syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal
: Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa
yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta,
seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak
rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.
Hati terdiam lagi...
Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal
: Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh
dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak
tenang?
Hati diam dan tertunduk...
Akal : Bagaimana boleh
kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika
cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu
mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya
di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!
Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...
Akal
: Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan
kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu.
Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali
mengindahkan cintamu kepadaNya!
Hati mulai menangis... Sepi... Kesal..
No comments:
Post a Comment