Monday, 16 December 2013

Mak mertuaku

Apabila berdepan dengan mertua dan ipar-ipar ni kekadang hati cepat sangat terasakan, apa lagi bila mak mertua kita yang sentiasa mahukan kesempurnaan, mahu menantu yang pandai masak dan rajin, aku ni bukanlah pandai sangat , dan bukanlah rajin sangat, tapi sekurang-kurangnya aku telah cuba yang terbaik, tapi dalam pada itu ada sahaja yang tak berkenan dimatanya... aku itulah, aku inilah dan macam2 lagilah, bila dengar mak mertua membebel pada en suami akan diri kita , automatiklah aku akan terasa hati kan kan kan.... tipulah kalau aku ni tak terasa hati, memang lah depan si dia aku nampak cool jer, tenang jer macam orang yang tak berperasaan.

Hakikatnya dalam hati ni terasalah sesangat. tapi itulah dalam pada itu ada satu suara berbisik , sabarlah mak tu memang macam tu tak perlu terasa hati, hati yang panas terus jadi sejuk tapi rajuk masih juga ada , bila teringat apa yang diperkatakan oleh mak mertua kepada aku, dan paling aku tak tahan bila die mengungkit semuanya dari suami aku kecil hinggalah berjaya seperti sekarang, seolah-seolah suami aku ni tak sayangkan die lagi,

Kekadang aku cuba utk memahami naluri ibu tua itu, mugkin die kesunyian, tapi kalau boleh jgnlah mengungkit semuanya bagaimana dia bersusah payah membesarkan suami aku, dan dia seoalah2 berdoa agar anak2 kami akan melakukan pada kami suatu hari nanti.Aku seperti biasa yang sememangnya tak bercakap banyak dengannya terus berdiamkan diri, bagi aku apa jua yang aku lakukan , akan ada ajer yang tak kena dimatanya . so langkah terbaik teruslah mendiamkan diri. Dan aku pasti mak mertua aku ni sebenarnya cemburu melihat akan kemesraan antara anaknya dengan aku serta anak-anak aku ....

Sebetulnya aku  tak mahu terlalu benci atau tak suka sgt dgn mertua..bkn ape..tkut bila tiba time kita tua kita pulak jd mcm tu. slagi blh tahan dan tidak keterlaluan dan melanggar hukum syarak.. diam kan aje dan doa byk2, hanya itu yang mampu aku lakukan sekarang. Hidup atas dunia ni ibarat roda dan ada hukum karma.  pastinya bila ank kita dh bsr dah kerja dah kawin..masa tu baru lah kita fikir mcm mana rs jadi ibu sebenar.. masa tu la kita baru fikir tentang tanggung jwb ank pd ibu..masa tu kita tak fikir dah tanggung jwb suami pd kita atau pd ank2.. berfikir jauh kedepan(30tahun lg)..bygkan hidup kita,ank2 kita menantu dan sbgainya..Jadi mulai hari ni aku tak  perlu la nak rimas sgt kat mak mertua sendiri.. selalu berfikiran positif dan selalu mengalah dan sentiasa mendoakan yang terbaik utk keluarga.

No comments:

Post a Comment