Mungkin aku bukan yang terbaik untuknya,
Mungkin juga aku tidak indah di matanya,
Tapi tolong jagakan dia untukku,
Aku terlalu jauh untuk melihat dia,
Aku terlalu jauh untuk mencari tahu perihal dia,
Tapi dalam hati, hanya KAU yang tahu,
seberapa dekat dia di hati ini . .
Tuhan,
Berikanlah dia kesihatan,
Kurniakan dia kegembiraan,
Agar aku juga turut senang melihatnya kelak,
Andai KAU izinkan,
Dalam hati, hanya KAU yang mengerti,
Rasa sakit, rasa rindu,
Menahan perasaan yang tidak sepatutnya,
muncul untuk dia . .
Tuhan,
Jika benar memang perasaanku ini salah terhadap dia,
Kau pudarkanlah rasa ini, rasa yang ada dalam hati,
Kerana makin hari rasa itu semakin menebal,
Dan bukalah mata hati ku,,
Untuk aku berlalu pergi dari hidupnya . .
Tuhan,
Sukarnya menahan perasaan ini,
Perasaan yang terpaksa didiamkan, ditahankan,
Sesak setiap kali memikirkannya,
Tapi apalah dayaku tanpa setiap kekuatan dari-MU . .
Tuhan,
Andai memang aku tidak mendapatkan keizinan dari-MU
untuk memiliki dia
KAU lindungilah dia,
KAU jagalah dia untukku,
Kerana aku terlalu SAYANG dia . .
No comments:
Post a Comment