Aku takut di situ
Banyak hantu ,
kuku runcing tajam
Lidah bergulung panjang
Merah mata bak api neraka
Aku hairan di situ
Hantu dijadikan kawan
Puja-puja
Jauh di sana menjerit nyaring
Depan mata berguling-guling
Azabnya sakit
Aku benci di situ
Jampi mentera melata tak sudah
Asap kemenyan berlegaran
Ada patung dipasung
Ada jarum ditusuk
Ada yang terpekik lolong
Aku aman di sini
Hantu sudah hilang taring
Sembunyi di sebalik dinding
Menunggu mentera dibaca memanggil
Masih tak terdengar
Kerana di sini tiada
Yang mendua Tuhan yang satu
No comments:
Post a Comment