Assalamuailaikum,,, Syukur Alhamdulillah...atas setiap dugaan yang diberikan kepada aku.. yakin dan pasti setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahNya.. dan Allah sentiasa sayangkan kita iaitu hambaNya.. Allah adalah sebaik-baik perancang..dan Dia Maha mengetahui segalanya..
" Allah tidak membebani seseorang melainkan seuai dngan kesanggupannya ( Al-Baqarah 284)
Hari ini Allah menguji aku dengan penyakit yang aku alami sekarang.. alhamdulillah syukur padamu ya Allah.. segala pujian buat mu Allah SWT Yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang, dan masih mengizinkan aku bernafas di bumi ini.. dan melewati hari ni.. terima kasih Ya Allah kerana memberi aku peluang untuk memohon taubat kepadaMu , terlalu banyak dosaku .. tinggi melebihi gunung.. dosa yang tinggi melebihi apa saja yang paling tinggi diatas dunia ini.. Diri ini hanyalah mengharapkan kasih sayang dan rahmatNya.. demi melangkah terus ke hadapan meraih RedhaNya.. astaghfirullah....
Sakit itu hikmah.. sakit itu adalah ujian Allah.. sakit juga adalah tanda kasih dan sayang Allah buat hambaNya, diberi kesakitan itu agar kita sentiasa ingat kepada Dia.. supaya kita tidak leka.. lupa dan alpa dari terus mengingatiNya.. yang pasti .. sakit yang aku alami sekarang adalah antara ujian dari Allah SWT .. dalam tidak sedar ujian penyakit yang dihadapi itu adalah guru yg mengajar dan mendidik aku agar menjadi seorang manusia yg lebih baik. Janganlah kita berburuk sangka kepada Allah SWT di atas musibah yang menimpa kita.
InsyaAllah tidak akan aku berputus asa, sehebat mana ujian yg dihadapi akan aku tempuhi dengan sabar .. redha dan bertawakal kepadaNya.. aku akan terus berusaha terus menerus mencari penawar dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan rahmat agar keadaan penyakit yg dihadapi akan lebih baikd dari sebelum ini.. biarpun doktor sendiri tidak dapat memberikan sebarang keputusan akn penyakit aku ni.. tapi aku akan terus berusaha... InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment