Wednesday, 19 June 2013

Kundasang My wish List














Tengok gambar di Negeri Sabah memang tempatnya cantik-cantik, okay nk pergi Mabul Island dan Sipadan Island rasanya kena plan baik-baik ni...tapi tak tahulah bila kan....
Kundasang pun  menarik juga kan..En bos kata kalau pergi Kundasang u kena mendaki gunung Kinabalu hehe. agak2lah en bos i bukannnya larat pun.... dan lagi dia ingat aku ni mcam die ker ? huhuhu tak perlah en bos dah mendaki Gunung Kinabalu ...tapi I tengok jerlah gambar dalam googles ni heheh.. Untuk aku sebaik sahaja melihat keindahan alam semulajadi dan Gunung Kinabalu yang tersergam indah walaupun hanya melalui gambar, kuakui kepenatan bekerja dan memerah otak hilang dengan sendirinya... mendamaikan dan menenangkan... MasyaAllah betapa hebatnya ciptaan Allah....

Benarkah sabah tempat percutian yang menarik? hm.....  kata orang tak kenal maka tak cinta ...okay nk tahu macam mana rasanya bercuti di KK.. nantilah aku kena ajak en suami pergi sana hahaha....  bila pun tak tahulah kan... tak perlah ... aku tengok calender dululah cari tarikh yang sesuai  ngeee ~





















































































































































Tuesday, 18 June 2013

Murtabak Mini Teduhan Kasih hahahaha

 Assalamuailaikum... hari ni nk cerita pasal makanan lagi.. iaitu  Murtabak Mini Kulit Popia hehe... sekarang ni kalau nak makan tak payah beli dekat luar lagi buat sendiri pun boleh mudah ajer nk buat Murtabak Mini ni. ... dan yang pastiya memang sedap. .. dalam sibuk kerja ,.. balik rumah petang sempat juga siapkan makan petang untuk anak-anak yang selalunya  akan kelaparan setiap kali mereka pulang dari sekolah so sementara tunggu untuk makan malam bolehlah kita buatkan dulu Murtabak Mini ni macam yang aku buat ni senang ajer dan hanya mengambil masa 30 minit ajer... cepat dan pantas kan.... dan rasanya lebih sedap dari murtabak dekat luar hehehe.... apa pun terpulanglah pada u all kan. ...  Inti didalam terpulang lah nk letak sardin, ayam atau daging. semuanya terpulang pada kita... so untuk Murtabak Mini yang ini aku letakkan isi ayam yang dipotong halus-halus.....  So buat kawan-kawan di luar sana lepas ni jgn lupa yer cuba buat murtabak mini kulit popia ni...heheh......... oopss sebelum lupa ,,, lepas u all lipat kulit popia jadi empat segi . jgn lupa grg dengan marjerin dan masukkan kulit popia ini kedalam telur yang telah di campurkan dengan sedikit serbuk kari.... 
Tadaaa........... Murtabak Mini siap utk dimakan.......

Murtabak Mini Teduhan Kasih hahahaa.........
si kecik yang tak sempat nk buka baju sekolah terus jer makan murtabak mini...Nyum2...








Monday, 17 June 2013

Di dunia ini masih ada keluarga menyayangi kita dan pasti ada suatu ketika nya kita rasa kita tak punya sesiapa kecuali diri sendiri maka bersyukurlah,kita beruntung kerana punyai seorang sahabat yang amat memahami diri kita"~
~"sebagaimana kita sering mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dengan dia,tetapi kita cuma tahu mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita dan kita rasa di khianati bila dia memungkiri janji nya pada kita,kita terus menyalahkan dia,kita tidak memberi dia peluang untuk dia menerang keadaan nya sebenar"~
~"bagi kita,itu alasanya untuk menutup kesilapan dan membela dirinya,kita lupa!,kita juga manusia yang tak sempurna pasti aka kelemahanya,kita juga pernah membiarkan dia menunggu dan ternanti nanti kerana kita juga ada janji yang di mungkari,kita berikan beribu alasan,memaksa dia menerima segala alasan kita"~
~"waktu itu,terfikir lah kita tentang hati dan perasaanya,dia jua seperti kita,dia juga tahu rasa kecewa,hampa dan sedih,tetapi kita sering lupa jaga hati dia,untung nya punyai seorang kawan yang sentiasa ada di sisi kita waktu kita memerlukan dia"~
~"dia ikhlas menjadi pendengar setia,dia dengar luahan perasaan hati kita, segala rasa  kecewa,hampa,ketakutan,harapan dan impian kita luahkan,dia sentiasa memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah kita,selalunya kita terlalu leka dan asyik bercerita tentang diri kita hinggakan kita terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dia luahkan di sebalik kehidupanya,siapa tahu rasa hatinya,di sebalik kesenangan dan kehidupan nya mungkin tersimpan seribu kekalutan,kekecewaan dan kepiluan,kita tak tahu tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia mungkin kita tahu isi hatinya"~
~"renungi dan fahamilah,peringatan ini hanya untuk mengingatkan diri ku sendiri dan tiada kaitan dengan sesiapa pun,hidup kita tak lama,esok atau lusa atau bila bila mungkin takdirku menemui Illahi,siapa tahu?,
terima kasih kerana menyedarkan diriku dari lamunan panjang kehidupan ku,demi Allah sejujurnya aku sayangkan semua sahabat sahabat ku,maafkan lah aku andainya aku banyak melukakan hati sesiapa sahaja yang pernah menjadi sahabatku,aku juga manusia biasa yang punyai banyak kelemahan dan kesilapan,maafkan lah aku sekali lagi"~
 
Salam Sayang :- Merpati Putih

Andai rasa sedih, pandanglah langit...Ingatlah Allah masih ada...
Andai rasa resah, renunglah dasar hati. Yakinlah Allah mencipta hati...
Andai rasa putus asa, lihatlah sungai yang tetap mengalir walaupun dihalang bebatu keras...
Andai rasa kecewa,lihatlah hakikat alam semesta..Percayalah Allah Maha Berkuasa.
Andai rasa tersisih,lihatlah purnama di malam sepi...Yakinlah Allah takkan biarkan kita sendiri.
Kalau semuanya tak pasti, serahkan pada Yang Maha Mengetahui...
Sayangku
Kasihku akan kekal dihatiku
dari dulu hinggalah kini
kau tetap dihatiku
meskipun menyulam kasih dikejauhan
kau tetap ku rindu
kerana hatiku ada didalam hatimu....

Sunday, 16 June 2013

RINDU LAGI

 
Rindu lagi..

Menghitung hari
Mengira jari jari
Mengingati mu yang jauh
Sedang sejahtera kah disana
Sebenarnya tiada ruang
Untuk ku mencelah menitip rindu buatmu
Dek lelah mengejar masa
Menghitung waktu..
Lantas aku hanya bisa menyeru namamu
Dengan deria keenam ku
Moga dikejauhan itu
Kau tahu..sesungguhnya
Aku jua sedang rindu
Rindu padamu

01101-Aishiteru