Thursday, 1 August 2013

PESAN PADA HATI


 Pernah merasa sakit bila hati dilukai...sakit menusuk menikam bagai sembilu...hanya Tuhan saja yg tau...Bila hati dilukai secara xsengaja..sakitnya tak dapat digambarkan..Bila hati pernah terluka..parutnya masih ada smpai kini...Kenangan lalu menghantui diri kini dan selamanya... dan sejauh mana kita menafikannya ..hakikatnya ia akan tetap melekat dihati kita...

Kelukaan pasti mengundang airmata. Maka menangislah sepuas-puasnya. Pastikan kita menangis seorang diri. Ia akan memberi kita kelegaan. Ketika menangis, dapat dirasakan hati kita bagai dihiris-hiris. Perasaan yang lahir waktu itu sebenarnya adalah darah yang mengalir di hati kita.
 
Hanya tuan punya diri yang dapat merawatnya.Tidak mungkin orang lain dapat mengubatinya, jika diri sendiri tidak ingin diubati.Jika adanya penyelesaian,jika adanya jalan pilihan…
berusahalah merawat hati yang telah terguris dan terluka itu.Jangan biarkan ia terus parah kerana itu bukan pilihan terbaik. Bila hati disakiti dan dilukai sebenarnya  ia merupakan guru yang paling berharga buat kita. Yang dapat mengajar kita erti kasih dan sayang. Dan adakalanya ia satu rahmat untuk kita memperbaiki diri dan lebih tabah menghadapi dugaan.
pesan pada Hati
Belajarlah untuk kehilangan dia , andai dia bukan jodohmu ...
Belajarlah untuk tabah, andai dia pergi dari hidupmu ...
Belajarlah untuk menerima hakikat yang dia bukan milikmu ...
Belajarlah untuk berhenti mencintai dia , andai cinta dia bukan untukmu ...
Belajarlah utk melupakan dia , andai dia tak mengingatimu ...
Belajarlah untuk menerima cinta lain , kerana dia hanya tinggal kenangan ..
Belajarlah tidak mengganggu dia, kerana saya terluka

Tahu tak ???
Setiap apa pun yang berlaku, sama ada yang baik atau yang buruk, kesemuanya pasti datang silih berganti dalam hidup kita. Di waktu kita diuji dengan kekecewaan, di waktu itu lah kita dapat merasakan yang Allah itu benar-benar berbicara dengan kita. Hanya Allah sahaja yang boleh merawat hati manusia. Bila kita redha menerima ujian-Nya walau hanya sebesar zarah, pasti Allah akan memberi hadiah atas kesabaran kita. Kadang-kadang Allah mengirim hadiah untuk kita dengan begitu cepat sekali. Subhanallah!








Tuesday, 30 July 2013

Masih segar dalam ingatan





Di suatu hari , detik itu  semuanya masih segar dalam ingatanku

 "Selepas saya baca message tu, airmata laju mengalir.. hati saya hancur  walaupun ianya satu patah perkataan.. terus saya terkelu tanpa sedar dada saya rasa sesak sangat waktu itu. Saya tak duga awak akan hancurkan dan melukai hati saya sebegini.. Sakit sangat rasanya.. Awak tak kan dapat merasai kerana bukan awak yang berada di tempat saya. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya sekarang ni.. Awak ingat tak awak ada kata dulu. "Awak takkan lukakan hati saya, awak takkan lupakan saya". Bila saya ingat balik, saya rindu sangat-sangat saat itu. Kini semua telah berakhir.. Mudahnya awak berubah, rapuhnya kasih awak pada saya.. Saya tahu dihati awak hanya dia insan yang lebih berhak kan... Saya faham, saya redha, kalau ini penamatnya. Saya akan relakan awak pergi. bukan bermakna saya tak sayang.. Saya sayangkan awak. Saya tak nak awak pergi.. Saya perlukan awak. Tapi awak ??? , saya pasrah. Saya terima hakikat tu. 

Moga berbahagia ''sayang''.. (rindu nak panggil awak dengan panggilan tu)
Sejujurnya saya tak kuat untuk tengok awak dengan dia.. . Sikit pun tiada perasaan benci dan dendam di hati saya untuk awak.. . Saya doakan yang terbaik untuk awak dan dia.. Semoga kebahgiaan itu milik awak....






Setiap hari, setiap masa dan setiap saat saya akan tunggu text dari awak walaupun cuma "Hai", Sebab saya tak pernah lupakan awak walaupun sesaat...


.

Monday, 22 July 2013

SKINCERITY RAWATAN KULIT MUKA CANTIK DAN BERSERI

SKINCERITY , hanya satu-satunya masker didunia yang dipatenkan utk bernafas ketika tidur dgn menghidrat kulit dan tidak menghilangkan kelembapan semulajadi. SKINCERITY PRODUK UNTUK SEMUA RAWATAN KULIT-REVOLUSI BARU DUNIA KOSMETIK
Satu produk. Satu penyelesaian.
Merupakan sumber antioksidan secara berterusan untuk memerangi kerosakan matahari.
Menghilangkan kulit kusam.
Menyuburkan kulit rosak, kulit kering.
Mengurangkan kemunculan kemerahan muka, tidak menyumbat liang
Mengurangkan penampilan garis-garis kedut dan mengecilkan liang pori-pori.
Boleh digunakan pada muka, tangan, leher, dan dada untuk membantu mencegah tanda-tanda penuaan.
Selamat untuk digunakan pada semua warna kulit dan jenis kulit.
Diuji secara klinikal. Dermatologi disyorkan.

Pengalaman saya  : -
Saya mempunyai kulit sensitif dan tidak sesuai dengan kebanyakan krim, minyak, dan salap di luar sana. Kecuali SkinCerity! Saya boleh menggunakan produk ini di mana-mana pada badan saya, muka, tangan, perut, kaki, kaki. kini kulit saya menjadi lebih sihat.
Mengurangkan kekeringan dikulit muka saya .. lembab sentiasa 
Stretchmarks pudar: selamat tinggal tanda bayi hehehe 
Dan kedutan berkurangan: Hello sutera seksi saya!hahaha  PeaceKini saya percaya dan yakin dengan SKINCERITY.....Dengan Skincerity Kulit kembali gebu dan halus, pori-pori makin bersih dan mengecil, tiada lagi jerawat selepas seminggu menggunakan Skincerity! 
So .. korang kalau berminat utk tahu dengan lebih detail lagi boleh email terus ke     liena114@yahoo.com





BAGAIMANA SKINCERITY BERTINDAK?

1.MENCUCI - Mengandungi Pharmaceutical Medical Grade AcetoneYang Akan Membersihkan Kulit Dari Bakteria.
Ia Akan Meruap Dan Kering UntukBeberapa Saat Tanpa Meresap Ke Dalam Kulit

2. MENAMBAH Vitamin E Organik Dan Grape Seed Oil AkanMenyerap Ke Dalam Kulit Melalui Pori-pori
Berfungsi Sebagai Antiosida Dan Melawan Kerosakan Sel. Grape Seed Oil Menjana Pembentukan Kolagen

3. MASK - LapisanSkincerity Pada Permukaan Kulit Akan Terkelupas Bersama Sel-sel Kulit Mati
Hanya Perlu Tarik Lapisan Nipis Yang Kelihatan SepertiTopeng Dan Cuci Muka Di Waktu Pagi
Ia Akan Membersihkan Kotoran Yang Tersumbat Didalam PoriPori.

4) MENGUATKAN - Memangkin Produk Penjagaan Kulit Yang SedangDigunakan. Jadi Anda Tidak Perlu Menukar Brand Atau Jenama Lain.
Ia Juga Boleh Digunakan Bersama Produk, Preskripsi PakarKulit Atau Bukan Preskripsi.

5) MELEMBAB - Masker Yang Bernafas Akan Menghalang Kulit Dari Kehilangan Air Akibat Dari Hidrasi
Seterusnya Melembabkan Kulit Dan Air Akan Memenuhi Ruangan 3Lapisan Kulit Dan Ia
Memberi Tekanan Dari Dalam Terhadap Garis-garis Kedutan.
(Umpama Kedutan Sterika Dari Dalam)




HANYA ROLL ON...CEPAT KERING...TIDAK MELEKIT..... MASKER YANG JERNIH DAN PUTIH.. ...





TESTIMONIES















Pergilah

Dan untuk setiap helaan nafas
Yang selalu ada kamu..
Aku matikan...
Dan untuk seluruh hati yang di isi
Oleh kamu telah juga
Aku kosongkan..
Dan untuk memori fikiran yang penuh
dengan kenangan kamu
Aku padamkan..
Dan untuk segenap jiwa ragaku yang penuh
dengan beribu harapan untuk bersamamu
Juga telah aku kuburkan
Pergilah...
Pergilah dengan laju
Dan.. jangan menoleh lagi padaku