Thursday, 26 December 2013

Ingatlah aku utk seketika

Jika waktu sekejap itu menjadi kenangan untuk kau ingati sepanjang zaman, ingatlah aku selagi kau mampu.. 

Namun, 

Jika masa mendatang memisahkan keakraban yang telah lama terbina, ukirlah secebis "tentang aku" di hatimu, agar nanti andai Tuhan izinkan kita bersua, kau masih mengingati diriku..

kaktus

~ awak ibarat pokok kaktus..makin saya dekat dengan awak,makin saya sakit..tapi kalau itu yang mampu buat saya bahagia,saya akan cuba untuk bertahan.. :') ~


Kenangan



Setiap manusia tak kan boleh lupakan kenangan masing2..
Teringat kembali kenangan kita bersama seseorang itu memang kita tak boleh nak buat apa2..
Allah tu sangat PENYAYANG..
Pernahkah kita terfikir kenapa kita tak boleh lupakan kenangan kita??
Allah ambil orang yang PERNAH bersama dengan kita susah senang tapi Allah tak ambil kenangan kita bersama dia..
Sebab apa??
Sebab Allah nak kita HARGAI setiap masa seseorang yang Allah PINJAMKAN pada kita tu..
Dan berbahagialah bersamanya SELAGI masa itu ADA..
Tapi JANGAN terlalu teringatkan kenangan dulu..
Jadikanlah masa ini kenangan yang manis bersama orang yang kita sayang SEKARANG..
Sebab orang yang bahagiakan kita sekarang akan pergi jua 1 hari nanti..

PERCAYALAH.. setiap sesuatu yang terjadi itu pasti ada sebabnya.. 

Friday, 20 December 2013

Seperti Selalu

Seperti selalu..
akulah yang datang mengetuk pintu
hatiMU
akulah yang menyapaMU...
masihkah kau ingat tentang semua
cerita aku...
betapa aku ingin selalu berada
disisiMU
betapa aku ingin dikasihi dan
dicintaiMU
seperti selalu
Kaulah yang setia mendengar rintihan
hatiku
Kaulah yang mengerti isi hatiku
Hanya Kau yang tahu siapa aku
aku hanya mendambakan kasihMU
aku kerinduan akan cinta suciMU
seperti selalu...
Kau bagai enggan menerima aku

dan akhirnya aku letih ... Pasrah 
ku bawa hati ini dan ku pujuk hati ini sendiri

Monday, 16 December 2013

Mak mertuaku

Apabila berdepan dengan mertua dan ipar-ipar ni kekadang hati cepat sangat terasakan, apa lagi bila mak mertua kita yang sentiasa mahukan kesempurnaan, mahu menantu yang pandai masak dan rajin, aku ni bukanlah pandai sangat , dan bukanlah rajin sangat, tapi sekurang-kurangnya aku telah cuba yang terbaik, tapi dalam pada itu ada sahaja yang tak berkenan dimatanya... aku itulah, aku inilah dan macam2 lagilah, bila dengar mak mertua membebel pada en suami akan diri kita , automatiklah aku akan terasa hati kan kan kan.... tipulah kalau aku ni tak terasa hati, memang lah depan si dia aku nampak cool jer, tenang jer macam orang yang tak berperasaan.

Hakikatnya dalam hati ni terasalah sesangat. tapi itulah dalam pada itu ada satu suara berbisik , sabarlah mak tu memang macam tu tak perlu terasa hati, hati yang panas terus jadi sejuk tapi rajuk masih juga ada , bila teringat apa yang diperkatakan oleh mak mertua kepada aku, dan paling aku tak tahan bila die mengungkit semuanya dari suami aku kecil hinggalah berjaya seperti sekarang, seolah-seolah suami aku ni tak sayangkan die lagi,

Kekadang aku cuba utk memahami naluri ibu tua itu, mugkin die kesunyian, tapi kalau boleh jgnlah mengungkit semuanya bagaimana dia bersusah payah membesarkan suami aku, dan dia seoalah2 berdoa agar anak2 kami akan melakukan pada kami suatu hari nanti.Aku seperti biasa yang sememangnya tak bercakap banyak dengannya terus berdiamkan diri, bagi aku apa jua yang aku lakukan , akan ada ajer yang tak kena dimatanya . so langkah terbaik teruslah mendiamkan diri. Dan aku pasti mak mertua aku ni sebenarnya cemburu melihat akan kemesraan antara anaknya dengan aku serta anak-anak aku ....

Sebetulnya aku  tak mahu terlalu benci atau tak suka sgt dgn mertua..bkn ape..tkut bila tiba time kita tua kita pulak jd mcm tu. slagi blh tahan dan tidak keterlaluan dan melanggar hukum syarak.. diam kan aje dan doa byk2, hanya itu yang mampu aku lakukan sekarang. Hidup atas dunia ni ibarat roda dan ada hukum karma.  pastinya bila ank kita dh bsr dah kerja dah kawin..masa tu baru lah kita fikir mcm mana rs jadi ibu sebenar.. masa tu la kita baru fikir tentang tanggung jwb ank pd ibu..masa tu kita tak fikir dah tanggung jwb suami pd kita atau pd ank2.. berfikir jauh kedepan(30tahun lg)..bygkan hidup kita,ank2 kita menantu dan sbgainya..Jadi mulai hari ni aku tak  perlu la nak rimas sgt kat mak mertua sendiri.. selalu berfikiran positif dan selalu mengalah dan sentiasa mendoakan yang terbaik utk keluarga.

Original Coconut Shake from Kelebang Melaka

Dah lama teringin nak rasa air Coconut Shake dari Klebang nih, selama ni hanya dengar kawan- kawan bercerita atas keenakan dan kelazatannya heheh, akhirnya aku dapat juga merasakannya.. sedap sangat dan lebih sedap dari yang aku selalu minum dekat Puchong, Cawannya lebih besar dan harganya juga lebih murah dari yang selalu aku beli di Puchong. Memang berbaloilah walaupun kena beratur panjang.....My princess siap pesan kalau turun Melaka , Papa kena belikan die coconut shake lagi , heheh itulah Kelazatan Coconut Shake Klebang , semua orang sanggup beratur dan walaupun parking agak sesak tapi bukan penghalang untuk mereka membeli coconut shake ini, so lepas ni kalau pergi Klebang jgn lupa singgah minum coconut shake dulu okay, kita basahkan dan segarkan tekak kita dengan Coconut Shake. Nyum2..... (*__ * )










Aku tak mengerti

Tak tahu macam mana lagi, sampai sekarang debaran itu masih ada, hanya die yang selalu mendebarkan hati ini, apa erti semua ini ??  berharap die mengerti perasaanku, tapi ?? hanya dalam mimpi rasanya kalau die mengerti perasaanku , menangis dan terus menangis menangung rindu yang tiada penghujungnya, tapi die entah dimana, langsung tiada khabar berita.. malah kebisuan  hanya meyakitkan hatiku dan rasa sayu , hiba dan sebak, kala itu hati ini menangis , tiada siapa yang tahu, menjerit memanggil nama nya, tapi sayangnya die tak dengar... aduhai hati bersabarlah dan teruslah berdoa, kerana setiap perkara yang terjadi pasti ada sebabnya, dan setiap pertemuan pasti ada perpisahan.