Thursday, 26 December 2013

Masih rindu

Setiap hari aku selalu tertanya-tanya..
Bertanya tentang hatimu..
Bertanya tentang perasaanmu..
Masih adakah aku dihatimu?
Seperti aku menempatkanmu dihatiku..
Masih adakah sayangmu untukku?
Seperti aku menyayangimu..
Masih adakah cintamu buatku?
Seperti aku mencintaimu..
Masih adakah rindumu kepadaku?
Seperti aku yang selalu merindukanmu..
Masih adakah bayanganku di benakmu?
Seperti bayangmu yang selalu mengikutiku..
Masih adakah aku di fikiranmu?
Seperti aku yang selalu memikirkanmu..

Kini kau telah jauh dariku..
Menghilang bagai awan hitam..
Tanpa asap tanpa udara..
Terparuh dalam penantian..
Terpaut dalam harapan..

Jantung ini, hati ini, raga ini..
Menginginkan kau yang dulu selalu untukku..
Memberiku perhatian, memberiku kasih sayang..
Aku rindu.. rindu semua tentangmu.



saya tak marah

 saya tak marah,saya tak cemburu sebab saya sedar awak bukan milik saya...ini mungkin
kelemahan saya sebagai manusia biasa,mudah untuk jatuh cinta...memang tidak dinafikan saat ini ada sedikit cinta di hati saya untuk awak... :') ~


Tuhan .. tolong jaga kan dia utkku

Tuhan,
Mungkin aku bukan yang terbaik untuknya,
Mungkin juga aku tidak indah di matanya,
Tapi tolong jagakan dia untukku,
Aku terlalu jauh untuk melihat dia,
Aku terlalu jauh untuk mencari tahu perihal dia,
Tapi dalam hati, hanya KAU yang tahu, 
seberapa dekat dia di hati ini . .

Tuhan,
Berikanlah dia kesihatan,
Kurniakan dia kegembiraan,
Agar aku juga turut senang melihatnya kelak,
Andai KAU izinkan,
Dalam hati, hanya KAU yang mengerti,
Rasa sakit, rasa rindu,
Menahan perasaan yang tidak sepatutnya,
muncul untuk dia . .

Tuhan,
Jika benar memang perasaanku ini salah terhadap dia,
Kau pudarkanlah rasa ini, rasa yang ada dalam hati,
Kerana makin hari rasa itu semakin menebal,
Dan bukalah mata hati ku,,
Untuk aku berlalu pergi dari hidupnya . .

Tuhan,
Sukarnya menahan perasaan ini,
Perasaan yang terpaksa didiamkan, ditahankan,
Sesak setiap kali memikirkannya, 


Tapi apalah dayaku tanpa setiap kekuatan dari-MU . .

Tuhan,
Andai memang aku tidak mendapatkan keizinan dari-MU
untuk memiliki dia
KAU lindungilah dia,
KAU jagalah dia untukku,
Kerana aku terlalu SAYANG dia . .




Bicara hati

H.A.T.I tidak pernah mampu untuk mengukirkan walau hanya sebaris kata.. Hati juga tidak mampu berbicara untuk bermain kata.. Namun dalam diam ia berbisik.. Cuba untuk menzahirkan rasa.. Namun ia sukar untuk difahami dan terlalu sulit untuk dijelaskan.. Akhirnya hati itu hanya mampu untuk menanti agar dirinya dimengerti oleh seseorang yang MEMAHAMI..

Ingatlah aku utk seketika

Jika waktu sekejap itu menjadi kenangan untuk kau ingati sepanjang zaman, ingatlah aku selagi kau mampu.. 

Namun, 

Jika masa mendatang memisahkan keakraban yang telah lama terbina, ukirlah secebis "tentang aku" di hatimu, agar nanti andai Tuhan izinkan kita bersua, kau masih mengingati diriku..

kaktus

~ awak ibarat pokok kaktus..makin saya dekat dengan awak,makin saya sakit..tapi kalau itu yang mampu buat saya bahagia,saya akan cuba untuk bertahan.. :') ~


Kenangan



Setiap manusia tak kan boleh lupakan kenangan masing2..
Teringat kembali kenangan kita bersama seseorang itu memang kita tak boleh nak buat apa2..
Allah tu sangat PENYAYANG..
Pernahkah kita terfikir kenapa kita tak boleh lupakan kenangan kita??
Allah ambil orang yang PERNAH bersama dengan kita susah senang tapi Allah tak ambil kenangan kita bersama dia..
Sebab apa??
Sebab Allah nak kita HARGAI setiap masa seseorang yang Allah PINJAMKAN pada kita tu..
Dan berbahagialah bersamanya SELAGI masa itu ADA..
Tapi JANGAN terlalu teringatkan kenangan dulu..
Jadikanlah masa ini kenangan yang manis bersama orang yang kita sayang SEKARANG..
Sebab orang yang bahagiakan kita sekarang akan pergi jua 1 hari nanti..

PERCAYALAH.. setiap sesuatu yang terjadi itu pasti ada sebabnya..