Monday, 24 November 2014

Sesuka ati

bila jari2 memainkan peranannya. maka sesuka ati jer nk tulis.. apa pun ini blog saya yang punya so  tulis jerlah apa nk tulis kan kan......... errmmm.. sekadar luahan rasa jer .. 
Ewah ikut sedap mulut je kita panggil Syg kat dia tu.....ada makna ke bagi dia....atau kita yg terlebih....huhuhuhu kita pun harap tapi tinggal harapan je... Tegur kita pun tak.... salam pun tak..... ckp selamat pagi pun tak.....hmmmm tak mengapa lah oii......janji happy sudah... Sebab sesaat seminit tak tahu apa janji Allah kat kita......mati or masih bernyawa lagi kah utk hari esok..........assalamualaikum awak yang sombong .. 

Tuesday, 18 November 2014

masih merinduimu

Setiap detik, setiap saat aku cuba untuk melepaskan diriku dari memikirkan mu. Tapi setiap detik dan waktu yang aku ingin gunakan untuk melepaskan diri ini menyebabkan diriku tak berdaya. diri ini makin kuat ingin memikirkanmu. memikirkan tentang kenangan kita bersama, memikirkan tentang apa yang dirimu lakukan sekarang ini, serta memikirkan tentang dirimu, adakah dirimu memikirkan benda yang sama? dan adakah dirimu merinduiku seperti mana aku merinduimu...

Tiap kali ditimpa ujian perasaan..pasti lidah terasa kelu tuk berbicara...tatkala hati dan akal mula berperang...air mata seakan terlalu mudah untuk tumpah..ku cuba kuatkan hati untuk bertahan namun kerap kali jiwaku goyah..wajah tanpa perasaan yg mampu ku pamerkan...maafkan aku krn ku tidak sekuat kamu...maafkan aku andai emosi ini mudah terzahir..maafkan aku...


Telah ku cuba buang rasa itu...telah ku cuba tuk berlapang dada..namun  tak tahu knapa hati  ini sering merindu...telah ku katakan padamu  yg aku ingin lepaskan semua..telah ku cuba memadam memori yg ada..namun ku sedar akan kelemahan diri.. maafkan aku ... kerana tika dan saat ini aku masih merinduimu




Sunday, 16 November 2014

Cemburu






Sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam :-

“Cemburu ada dua :-
satunya disukai Allah dan satu lagi dibenci Allah. Cemburu jika berpunca dari keraguan/kegusaran, ia disukai Allah. Namun jika tidak datang dari sebarang keraguan, ia dibenci Allah” (Hadis Riwayat Ahmad, at-Thabrani dan al-Hakim dari ‘Uqbah bin ‘Amir. Menurut as-Suyuti; hadis ini soleh. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5783).

Wednesday, 12 November 2014

Alhamdulillah

Assalamuailaikum,,,  Syukur Alhamdulillah...atas setiap dugaan yang diberikan kepada aku.. yakin dan pasti setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahNya.. dan Allah sentiasa sayangkan kita iaitu hambaNya..  Allah adalah sebaik-baik perancang..dan Dia Maha mengetahui segalanya..

" Allah tidak membebani seseorang melainkan seuai dngan kesanggupannya ( Al-Baqarah 284)

Hari ini Allah menguji aku dengan penyakit yang aku alami sekarang.. alhamdulillah syukur padamu ya Allah.. segala pujian buat mu Allah SWT Yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang, dan masih mengizinkan aku bernafas di bumi ini.. dan melewati hari ni.. terima kasih Ya Allah kerana memberi aku peluang untuk memohon taubat kepadaMu , terlalu banyak dosaku .. tinggi melebihi gunung.. dosa yang tinggi melebihi apa saja yang paling tinggi diatas dunia ini.. Diri ini hanyalah mengharapkan kasih sayang dan rahmatNya.. demi melangkah terus ke hadapan meraih RedhaNya.. astaghfirullah....

Sakit itu hikmah.. sakit itu adalah ujian Allah.. sakit juga adalah tanda kasih dan sayang Allah buat hambaNya, diberi kesakitan itu agar kita sentiasa ingat kepada Dia.. supaya kita tidak leka.. lupa dan alpa dari terus mengingatiNya.. yang pasti .. sakit yang aku alami sekarang adalah antara ujian dari Allah SWT .. dalam tidak sedar ujian penyakit yang dihadapi  itu adalah guru yg mengajar dan mendidik aku agar menjadi seorang manusia yg lebih baik. Janganlah kita berburuk sangka kepada Allah SWT di atas musibah yang menimpa kita.

InsyaAllah tidak akan aku berputus asa, sehebat mana ujian yg dihadapi akan aku tempuhi dengan sabar .. redha dan bertawakal kepadaNya.. aku akan terus berusaha terus menerus mencari penawar dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan rahmat agar keadaan penyakit yg dihadapi akan lebih baikd dari sebelum ini.. biarpun doktor sendiri tidak dapat memberikan sebarang keputusan akn penyakit aku ni.. tapi aku akan terus berusaha... InsyaAllah...







Thursday, 6 November 2014

SEBUAH KENANGAN


sejak berkenalan denganmu
hanya dirimu yang sering ku rindu
walau perkenalan kita yang tak di jangka
namun aku tetap menyayangimu
dirimu sering menjadi igauanku
di mana sahaja ku pergi
pasti bayangmu akan turut hadir
seolah menemaniku tatkala bersendirian
jauh beribu batu
kau sentiasa di hatiku
mimpiku adalah dirimu
menjadi penawar di kala sepi

Masa pengubat segala kelukaan

Sakit..
Mana darahnya?
Luka..
Mana koyaknya?
Nanah..
Mana bengkaknya?..
Lebam..
Mana kesannya?
Peliknya semua itu wujud walau tak nampak di mata..
Peritnya tetap terasa walau tiada kesan yang nyata..
Sakitnya di hati..
Lukanya di sanubari..
Kerna itu mata realiti tak mampu merealisasi..
Keresahan itu..
Biarpun tidak terlihat titisan darahnya..
Bahangnya tetap terasa..
Perlahan-lahan,
Lopak-lopak luka dalam hati..
Dibiar terawat sendiri..
Kerna tiada lagi penawar..
Yang bisa merawat sembuhnya ia..
Melainkan diri sendiri..

Tuesday, 28 October 2014

Peringatan untuk diri sendiri

Benarlah kata cerdik pandai
Setiap musibah ada hikmah
Hanya kita dan hati kita bisa kuat atau terus lemah
Setiap insan akan diuji tahap kesabaran,tahap kesihatan
Dan tahap ia redha dalam merentas ujian demi ujian
Hanya bentuk ujian dan bila akan kita semua hadapi semua ujian ujian itu
Tiada siapa yang tahu
Moga kita punya jiwa yang utuh untuk hadapi semuanya dengan teguh
Dan kita antara insan insan yang redha bukan yang senang mengeluh
Oleh tu janganlah mendabik dada
Andai sekarang kita sedang berselesa
Kerna..mungkin belum sampai giliran kita

Ingatan untuk diri sendiri..
sakit itu nikmat
sakit itu penghapus dosa (kafarah)
sakit itu ujian
sakit itu bukti cinta Allah
sakit itu ada hikmah yang kita tidak tahu.. Alhamdulillah

Setiap sesuatu dijadikan atau ditakdirkan-Nya itu pasti ada sebab dan mempunyai hikmah. Manusia hanya perlu bersyukur jika diberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah.

Firman Allah SWT yang bermaksud:


“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18)

Begitu juga sebaliknya, manusia perlu terus-menerus bersabar andai diuji dengan dugaan demi dugaan. Sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya