Tuesday, 16 December 2014

Think positif



Bismillahirrahmnirrahim.  Alhamdulillah dah masuk bulan December, dan kita ke penghujung akhir 2014, herm.. tak sangka cepat je masa berjalan… pastinya 2014 akan pergi meninggalkan kita tidak lama lagi , ada pahit ada manis sepanjang tahun 2014 . setiap orang mempunyai  kisah suka dan duka, begitu juga aku , Dalam mengharungi kehidupan yg serba mencabar dgn seribu satu dugaan , tidak pernah melepaskan seseorang muslim daripada tertimpa bala bencana, kesakitan adalah salah satu daripadanya . 

Around dua bulan yang lepas aku baru saja selesai menjalani dua pembedahan besar dalam hidup aku, Alhamdulillah aku beransur sembuh, walaupun aku tidak sekuat dan secergas dulu lagi, dan aku cepat letih serta  sakit pinggang, ini adalah kesan sampingan daripada rawatan yang aku terima. Aku tahu ia memakan masa yang lama utk sembuh seperti sedia kala. Dan hingga hari ni aku harus menerima rawatan susulan dari pihak hospital. Secara jujurnya aku tidak mahu menerima ubat yang diberikan oleh doctor, setiap injection yang diberikan keatas tumbuh badan aku , hanya aku yang dapat merasakan kesannya. Takkan ada yang pernah mengerti dan memahami apa yang aku alami. Aku tahu tiada ubat utk mencegah ia dari terus membesar didalam perut aku. Doctor hanya boleh mematikan ia hanya utk seketika, tapi sampai bila? Aku sendiri kekadang takut setiap kali memikirkannya dan aku sedar ini semua ujian dari Allah SWT.

Aku cuba berfikiran positif, cuba ingin melupakan, menjalani hidup seperti biasa  seolah-olah tiada apa yang berlaku, tapi hakikatnya minda aku sering kali memikirkannya, bagaimana aku harus melupakan begitu saja. Hati aku perlu tetap teguh dan jiwa harus tetap utuh, tidak boleh ada kata rapuh, jatuh atau bahkan lumpuh. Hidup terus berjalan, dan aku harus berusaha untuk menghadapinya dengan lebarnya senyuman.aku tahu hidup ini adalah rentetan cabaran yang tidak akan pernah berhenti. Ketika cabaran itu sukar, maka dia akan berkata, “Ini memang sukar tapi aku yakin dapat melakukannya.” nikmati sahaja hidup ini dengan selalu berusaha dan tidak putus asa kerana Allah adalah tempat berharap yang paling utama. 

aku akn terus berusaha dan berikhtiar dengan betul, menyandarkan hati pada Allah atas segala keputusan yang akan di hadapi. Redha dan pasrah. Semoga aku akan terus kuat dan tabah menghadapi semua ini  .selalu ingatkan diri sendiri agar jgn dilayan sangat sakit itu … kalau dilayan sakit tu akan bertambah teruk… senyum jgn kata apa2..(*_*) bila sakit jgn pernah merungut.. ingat Allah sayang hambaNya sebab itu kita diberikan kesakitan … hidup perlu diteruskan … jgn mengalah pd penyakit… selagi hidup kita harus teruskan perjuangan dan jgn lupa utk menikmati nikmat Allah… sakit perlu diubat bukan utk ditangisi. Jumpa doctor makan ubat jgn lupa utk memohon doa dariNya… . ^_^ …Think positif . InsyaAllah.

“ sakit itu kifarah dosakan? Maka kita perlu bersabar. InsyaAllah .
ada sesuatu yang menanti”  Assalamuailaikum..


Monday, 15 December 2014

Bicara Semalam

Terluncur pada bicara semalam
Hari ini aku termanggu
Apa cerita hari itu
Aku jadi buntu
Nak aku tanya.. terasa malas
Nak aku diam..jiwa tak bebas
Dan aku hanya berkias
Teerkasih..
Apa pun esok
Biarlah malam ini milikku
Aku hanya ingin beradu
Tanpa diganggu
Biar telingaku hanya mendengar detik waktu
Yang berdetik didinding batu

Titisan Hujan

Teerkasih..
Andai titisan hujan itu 
bisa dikira jumlahnya
Bayangkanlah bertapa banyaknya rinduku padamu
Ia tanpa henti
Mengalir dan mengalir lagi
Dan jika ia menyentuh bumi
Ia bercampur dan mengalir kesatu distinasi
Ketakungan ,kelembah kesungai dan kelaut
Tak terbilang
Dan rasa rindu itu hanya akan hilang
Bila saja..
Kau datang 

Takdir penentu segalaNya

Belajarlah perlahan-lahan melupakan dan dilupakan kerana semua itu mendatangkan kebaikan untuk diri kita juga,,,,,,Biar pun dia diam membisu.. biarpun hatinya membeku seperti ais batu... tapi fahamilah apa yang dilakukan adalah kebaikan bersama.. Dan teruslah tersenyum .. merungkai bicara dalam diam, mencairkan rasa dendam dengan melempiaskannya di laman sesawang ini, membiarkan benci itu hanyut perlahan , dari tangkungan jiwa yg terasa, dipipi hanya air jernih berlalu jatuh , tanpa sedar ,,, tanpa disapu berlalu ia membawa lara hati, biarpun tak bisa membasuh luka, setidaknya ia bisa melegakan jiwa, ketahuillah oleh mu bahawa ku menangis bukan mohon simpati, hanya itu mungkin caranya membasuh luka dihati, pun ia tak akan merintih merayu, berpegang pada janji yg Esa, terima seadanya. Takdir penentu segalanya




Hakikat

Hakikat tetap hakikat...maka jalanilah hidup ini seperti biasa tanpa mempersoalkannya kenapa dan mengapa,,,,,, terima segalanya dengan hati yang ikhlas.. setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya. Harapan sentiasa ada selagi ada kemahuan untuk berubah dan berusaha serta bertawakkal kepada Allah...InsyaAllah,,,, Sama2 jom kita muhasabah diri dan belajar utk menjadi yang lebih baik. Jadikan pengalaman semalam sebagai satu pegajaran dlm hidup kita. Kita tidak pernah mengatakan diri kita baik jauh sekali menganggap diri kita sempurna...namun jauh disudut hati inginkan perubahan kearah yg lebih baik...semoga hidayah dari Allah sentiasa ada buat kita semua...mudahan pengakhiran kita tetap teguh dlm agama islam agama yg diredhoi Allah InsyaAllah,,

Monday, 24 November 2014

Tolong jangan abaikan saya

K̲a̲l̲a̲u̲ ̲E̲s̲o̲k̲ ̲A̲w̲a̲k̲ ̲K̲e̲j̲u̲t̲ ̲S̲a̲y̲a̲,T̲a̲p̲i̲ ̲S̲a̲y̲a̲ ̲T̲a̲k ̲B̲n̲g̲u̲n̲,I̲t̲u̲ ̲M̲a̲k̲n̲a̲n̲y̲a̲ ̲S̲a̲y̲a̲ ̲T̲e̲n̲g̲a̲h̲ ̲P̲e̲n̲a̲t̲
B̲i̲l̲a̲ ̲A̲w̲a̲k̲ ̲T̲e̲n̲g̲o̲k̲ ̲T̲e̲l̲i̲n̲g̲a̲ ̲S̲a̲y̲a̲ ̲A̲d̲a̲ ̲K̲a̲p̲a̲s̲,̲I̲t̲u̲ ̲M̲a̲k̲nan̲y̲a̲ ̲S̲a̲y̲a̲ ̲N̲a̲k̲ ̲H̲i̲l̲a̲n̲g̲k̲a̲n̲ ̲S̲t̲r̲e̲s̲s̲
D̲a̲n̲ ̲B̲i̲l̲a̲ ̲A̲w̲a̲k̲ ̲T̲e̲n̲g̲o̲k̲ ̲H̲i̲d̲u̲n̲g̲ ̲S̲a̲y̲a̲ ̲D̲i̲s̲u̲m̲b̲a̲t̲ ̲K̲a̲p̲a̲s̲,I̲t̲u̲ ̲M̲a̲k̲n̲a̲n̲y̲a̲ ̲S̲a̲y̲a̲ ̲S̲e̲l̲s̲e̲m̲a̲ B̲i̲l̲a̲ ̲A̲w̲a̲k̲ ̲T̲e̲n̲g̲o̲k̲ ̲B̲a̲d̲a̲n̲ ̲S̲a̲y̲a̲ ̲D̲i̲b̲a̲l̲u̲t̲i̲ ̲K̲a̲i̲n̲ ̲P̲u̲t̲i̲h̲̲.̲I̲t̲u̲ ̲M̲a̲k̲n̲a̲n̲y̲a̲ ̲S̲a̲y̲a̲ ̲K̲e̲s̲e̲j̲u̲k̲a̲n̲
K̲a̲l̲a̲u̲ ̲A̲w̲a̲k̲ ̲N̲m̲p̲a̲k̲ ̲M̲u̲k̲a̲ ̲S̲a̲y̲a̲ ̲D̲i̲t̲u̲t̲u̲p̲.I̲t̲u̲ ̲M̲a̲k̲n̲a̲n̲y̲a̲ ̲S̲a̲y̲a̲ ̲S̲i̲l̲a̲u̲.K̲a̲l̲a̲u̲ ̲A̲w̲a̲k̲ ̲N̲m̲p̲a̲k̲ ̲S̲a̲y̲a̲ ̲D̲i̲m̲a̲s̲u̲k̲k̲a̲n̲ ̲D̲a̲l̲a̲m̲ ̲K̲a̲y̲u̲.I̲t̲u̲ ̲M̲a̲k̲n̲a̲n̲y̲a̲ ̲S̲a̲y̲a̲ ̲N̲a̲k̲ ̲M̲a̲i̲n̲ ̲N̲y̲o̲r̲o̲k̲-Nyorok
B̲i̲l̲a̲ ̲A̲w̲a̲k̲ ̲T̲e̲n̲g̲o̲k̲ ̲S̲a̲y̲a̲ ̲D̲i̲k̲a̲m̲b̲u̲s̲ ̲D̲a̲l̲a̲m̲ ̲L̲i̲a̲n̲g̲ ̲L̲a̲h̲a̲d̲.̲̲I̲t̲u̲ ̲M̲a̲k̲n̲a̲n̲y̲a̲ ̲S̲a̲y̲a̲ ̲A̲k̲a̲n̲ ̲T̲i̲n̲g̲g̲a̲l̲k̲a̲n̲ ̲
A̲w̲a̲k̲ ̲B̲u̲a̲t ̲S̲e̲l̲a̲m̲a̲-̲la̲m̲a̲n̲y̲a

SELAGI SAYA MASIH ADA, TOLONG JANGAN ABAIKAN SAYA..

Sesuka ati

bila jari2 memainkan peranannya. maka sesuka ati jer nk tulis.. apa pun ini blog saya yang punya so  tulis jerlah apa nk tulis kan kan......... errmmm.. sekadar luahan rasa jer .. 
Ewah ikut sedap mulut je kita panggil Syg kat dia tu.....ada makna ke bagi dia....atau kita yg terlebih....huhuhuhu kita pun harap tapi tinggal harapan je... Tegur kita pun tak.... salam pun tak..... ckp selamat pagi pun tak.....hmmmm tak mengapa lah oii......janji happy sudah... Sebab sesaat seminit tak tahu apa janji Allah kat kita......mati or masih bernyawa lagi kah utk hari esok..........assalamualaikum awak yang sombong ..