Aku risau untuk menulis .. kerna tak mau kau salah mengerti .. aku bercanda .. bukan kerna kau ada .. hanya saja .. kita pernah bersua .. maaf andai aku menyemak diruang mata mu .. telah ku lupakan dikau .. kau tak pernah bersalah terhadap ku .. hanya aku yg bersalah .. kerna jatuh hati pada mu ..
Ketika bayangan mentari kian menghilang .. hati ku menggamit kenangan waktu bertemu .. mengundang sebaknya dada ku rindu pada mu .. wajah mu bermain di dalam ingatan ku .. rindu ku bukannya diciptakan .. usah kau ragukan .. ketika masa yg berlalu mengubah hari .. hati ku semakin meronta resah selalu .. bertanya .. mengapa diri ku kian merindu .. pada mu .. bagaikan daun ~ daun yg layu .. unggas yg kepatahan sayapnya .. terjadi pada ku .. mengenang rindu ku .. membuat aku pilu .. diiringi sebak didada ku .. menanti dalam kepayahan .. robohlah harapan .. kerna jarak yg memisahkan meminta pengorbanan .maafkan aku .. atas keterlanjuran ku menyayangi mu .. semoga kebahgiaan menjadi milik mu .. Peace
Thursday, 18 December 2014
Wednesday, 17 December 2014
Doa Buat Anak2 Mama yang tersayang


Semoga hati anak- anak mama sentiasa terang dan sentiasa dibawah rahmatnya .. AMIN
Semoga menjadi anak yang bijak pandai ... AMIN
Semoga menjadi anak yang sentiasa sayang kepada orang sekeliling .. AMIN
Semoga sentiasa mendengar kata & menghormati mama & papa..AMIN
Mama sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak mama dunia dan akhirat ... AMIN.
Mama sayang kakak dan adik...
Semoga sahaja Allah mudahkan usaha mendidik dan membentuk akhlak yang baik dari kecil kekal hingga dewasa. Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah dan 'hamba Allah' sebenar.
Tuesday, 16 December 2014
Think positif
Bismillahirrahmnirrahim. Alhamdulillah dah masuk bulan December, dan kita ke penghujung akhir 2014, herm.. tak sangka cepat je masa berjalan… pastinya 2014 akan pergi meninggalkan kita tidak lama lagi , ada pahit ada manis sepanjang tahun 2014 . setiap orang mempunyai kisah suka dan duka, begitu juga aku , Dalam mengharungi kehidupan yg serba mencabar dgn seribu satu dugaan , tidak pernah melepaskan seseorang muslim daripada tertimpa bala bencana, kesakitan adalah salah satu daripadanya .
Around
dua bulan
yang lepas aku baru saja selesai menjalani dua pembedahan besar dalam hidup
aku, Alhamdulillah aku beransur sembuh, walaupun aku tidak sekuat dan secergas
dulu lagi, dan aku cepat letih serta sakit pinggang, ini adalah
kesan sampingan daripada rawatan yang aku terima. Aku tahu ia memakan masa yang
lama utk sembuh seperti sedia kala. Dan hingga hari ni aku harus menerima
rawatan susulan dari pihak hospital. Secara jujurnya aku tidak mahu menerima
ubat yang diberikan oleh doctor, setiap injection yang diberikan keatas tumbuh
badan aku , hanya aku yang dapat merasakan kesannya. Takkan ada yang pernah
mengerti dan memahami apa yang aku alami. Aku tahu tiada ubat utk mencegah ia
dari terus membesar didalam perut aku. Doctor hanya boleh mematikan ia hanya
utk seketika, tapi sampai bila? Aku sendiri kekadang takut setiap kali
memikirkannya dan aku sedar ini semua ujian dari Allah SWT.
Aku cuba
berfikiran positif, cuba ingin melupakan, menjalani hidup seperti biasa seolah-olah
tiada apa yang berlaku, tapi hakikatnya minda aku sering kali memikirkannya,
bagaimana aku harus melupakan begitu saja. Hati aku perlu tetap teguh dan jiwa
harus tetap utuh, tidak boleh ada kata rapuh, jatuh atau bahkan lumpuh. Hidup
terus berjalan, dan aku harus berusaha untuk menghadapinya dengan lebarnya
senyuman.aku tahu hidup ini
adalah rentetan cabaran yang tidak akan pernah berhenti. Ketika cabaran itu
sukar, maka dia akan berkata, “Ini memang sukar tapi aku yakin dapat
melakukannya.” nikmati sahaja hidup ini dengan selalu berusaha dan tidak putus
asa kerana Allah adalah tempat berharap yang paling utama.
aku akn terus berusaha
dan berikhtiar dengan betul, menyandarkan hati pada Allah atas segala keputusan
yang akan di hadapi. Redha dan pasrah. Semoga aku akan terus kuat dan tabah
menghadapi semua ini .selalu ingatkan diri sendiri agar jgn dilayan
sangat sakit itu … kalau dilayan sakit tu akan bertambah teruk… senyum jgn kata
apa2..(*_*) bila sakit jgn pernah merungut.. ingat Allah sayang hambaNya sebab
itu kita diberikan kesakitan … hidup perlu diteruskan … jgn mengalah pd
penyakit… selagi hidup kita harus teruskan perjuangan dan jgn lupa utk
menikmati nikmat Allah… sakit perlu diubat bukan utk ditangisi. Jumpa doctor
makan ubat jgn lupa utk memohon doa dariNya… . ^_^ …Think positif .
InsyaAllah.
“ sakit
itu kifarah dosakan? Maka kita perlu bersabar. InsyaAllah .
ada sesuatu yang menanti” Assalamuailaikum..
ada sesuatu yang menanti” Assalamuailaikum..
Monday, 15 December 2014
Bicara Semalam
Terluncur pada bicara semalam
Hari ini aku termanggu
Apa cerita hari itu
Aku jadi buntu
Nak aku tanya.. terasa malas
Nak aku diam..jiwa tak bebas
Dan aku hanya berkias
Teerkasih..
Apa pun esok
Biarlah malam ini milikku
Aku hanya ingin beradu
Tanpa diganggu
Biar telingaku hanya mendengar detik waktu
Yang berdetik didinding batu
Hari ini aku termanggu
Apa cerita hari itu
Aku jadi buntu
Nak aku tanya.. terasa malas
Nak aku diam..jiwa tak bebas
Dan aku hanya berkias
Teerkasih..
Apa pun esok
Biarlah malam ini milikku
Aku hanya ingin beradu
Tanpa diganggu
Biar telingaku hanya mendengar detik waktu
Yang berdetik didinding batu
Titisan Hujan
Teerkasih..
Andai titisan hujan itu
bisa dikira jumlahnya
Bayangkanlah bertapa banyaknya rinduku padamu
Ia tanpa henti
Mengalir dan mengalir lagi
Dan jika ia menyentuh bumi
Ia bercampur dan mengalir kesatu distinasi
Ketakungan ,kelembah kesungai dan kelaut
Tak terbilang
Dan rasa rindu itu hanya akan hilang
Bila saja..
Kau datang
Andai titisan hujan itu
bisa dikira jumlahnya
Bayangkanlah bertapa banyaknya rinduku padamu
Ia tanpa henti
Mengalir dan mengalir lagi
Dan jika ia menyentuh bumi
Ia bercampur dan mengalir kesatu distinasi
Ketakungan ,kelembah kesungai dan kelaut
Tak terbilang
Dan rasa rindu itu hanya akan hilang
Bila saja..
Kau datang
Takdir penentu segalaNya
Belajarlah perlahan-lahan melupakan dan dilupakan kerana semua itu mendatangkan kebaikan untuk diri kita juga,,,,,,Biar pun dia diam membisu.. biarpun hatinya membeku seperti ais batu... tapi fahamilah apa yang dilakukan adalah kebaikan bersama.. Dan teruslah tersenyum .. merungkai bicara dalam diam, mencairkan rasa dendam dengan melempiaskannya di laman sesawang ini, membiarkan benci itu hanyut perlahan , dari tangkungan jiwa yg terasa, dipipi hanya air jernih berlalu jatuh , tanpa sedar ,,, tanpa disapu berlalu ia membawa lara hati, biarpun tak bisa membasuh luka, setidaknya ia bisa melegakan jiwa, ketahuillah oleh mu bahawa ku menangis bukan mohon simpati, hanya itu mungkin caranya membasuh luka dihati, pun ia tak akan merintih merayu, berpegang pada janji yg Esa, terima seadanya. Takdir penentu segalanya
Hakikat
Hakikat tetap hakikat...maka jalanilah hidup ini seperti biasa tanpa mempersoalkannya kenapa dan mengapa,,,,,, terima segalanya dengan hati yang ikhlas.. setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya. Harapan sentiasa ada selagi ada kemahuan untuk berubah dan berusaha serta bertawakkal kepada Allah...InsyaAllah,,,, Sama2 jom kita muhasabah diri dan belajar utk menjadi yang lebih baik. Jadikan pengalaman semalam sebagai satu pegajaran dlm hidup kita. Kita tidak pernah mengatakan diri kita baik jauh sekali menganggap diri kita sempurna...namun jauh disudut hati inginkan perubahan kearah yg lebih baik...semoga hidayah dari Allah sentiasa ada buat kita semua...mudahan pengakhiran kita tetap teguh dlm agama islam agama yg diredhoi Allah InsyaAllah,,
Subscribe to:
Posts (Atom)


