Friday, 21 June 2013

Kek batik coklat ker nih? huhuhu


Assalamuailaikum . hari ni nk citer pasai kek batik yang kita masak semalam ... baru ajer dimasak dan dimakan heheh...... kek batik Biskut Merry ni... acctually kita tak suka makan coklat nih, tetapi anak kita suka sangat dengan coklat so semalam atas permintaan my Prince so kita pun buatkan juga kek coklat batik kegemarannya walaupun letih tapi memang seronok kalau anak-anak suka makan .keletihan itu memang takkan terasa ... hahaha seperti biasa mestilah sedap ngeee~~~. anak kita kata rasa kek batik ala-ala tak berapa batik ni rasanya dah macam kek tiramisu gitu ... Pulakkkk hhehehe.........

Tak susah pun nak buat kek batik biskut merry ni dimana ada kemahuan disitu ada jalan yang penting rajin ajer. .. kalau malas hm... tak tahulah nk kata apa kan..... kita pun kerja juga kek ni kita buat tengah malam hanya 30 minit jer senang jer just panaskan 2 keping coklat bersama butter dan sedikit susu pekat berserta sedikit air .. setelah coklat pekat dan mendidih so masukkan ajer biskut merry yang telah dipatah-patahkan... ( biskut merry banyakkan sikit yer , kita semalam kehabisan biskut merry tapi hentam juga  :-) tadaaa dah siappp masukan dalam loyang dan padatkan serta ratakan biskut merry tadi dan bolehlah masukkan dalam peti sejuk tempat beku yer. .. nak makan nanti keluarkan awal 30 minit pastinya kek ini akan lembut ... dan lazat sekali....... ( oopss kalau ada milo korang leh juga masukkan sekali hentam jerlah janji rasanya coklat apa pun boleh) 


kek tak sempat nk beku ni .. sikecik nak juga makan heheh ( hantu coklat )

Thursday, 20 June 2013

Roti arab ala-ala tak berapa nk arab hehee


 Walau sesibuk mana pun kita masak tetap masak .... hehe balik kerja jgn lupa masak untuk keluarga tersayang... itu pasti ..  so aku ni dah lama nk cuba buat roti arab... akhirnya menjadilah jugak dekat aku.... kalau orang lain makan roti arab dengan sambal ikan bilis yang dimasak pekat-pekat aku plak lain makan dengan kuah kari ayam atau daging.... di jadikan cerita tak der ayam pun boleh juga .... hehe aku just letakkan ikan bilis dan kentang yang dipotong dadu masak bersama rempah kari.. cukup rasa cukup semua dont worry mesti sedap tak susah pun kalau masak style aku yang main campak-campak ajer ..

 Roti arab versi Merpati Putih ni  kalau makan panas-panas sedaplah sangat kan. dengan kelembutannya .. dan yang pasti tak makan minyak dan tak kan rasa muak . ... okay so dont worry..  kalau sejuk pun sedap juga tau... .. . sendiri masak sendiri puji kan...... habis siapa lagi nk puji hahaha...



Cucur Udang Ranggup






Assalamuailaikum…selamat petang… hari ni nak bercerita tentang cucur udang pulak...hari-hari makanan ajer ...... sebetulnya aku memang suka makan dan suka masak .....

Setelah sekian lama rasanya tak buatkan cucur udang bulat-bulat seperti ini, sejak berkahwin hehe … inilah pertama kali buat itupun sebab teringatkan arwah ayah, yang suka makan cucur udang yang dibuat dan dimasak oleh aku sendiri anak bongsunya… syukur Alhamdulillah dapat gak aku masak cucur udang nie ngan jaya nyer.. hihihi..  Beginilah hari-hari setiap kali pulang dari kerja mesti kena masakan sesuatu untuk anak-anak makan petang sebelum makan malam. … kebiasaannya cucur udang ni aku buat jemput-jemput ajer sbb itu pertama kali anak aku tengok agak pelik mcm mana mama buat yer.. okay btw agaknya anak aku tak tahu yang mama ni dulu hari-hari buatkan cucur udang ni setiap pagi sebelum pergi sekolah untuk diletakkan dikedai kopi depan rumah.

Texture cucur ni, lembut kt dalam dan rangup garing dluar tak perlu lah nk letakkan soda ker apa ker kan. . just bancuh dengan air suam ajer… dan memang tak berminyak.. makan satu nak lagi ….  Orang yang paling sukakan cucur udang aku ni ialah arwah ayah…  setiap kali nak buat cucur udang ni aku mesti teringatkan arwah… (Al-fatihah.)

Cucur Udang ni kan ....Ermmmm rangup tau bila dimakan panas2 cicah kuah kacang or sos cili mmg best wooo hehehe…. Aku tak sempat nk buat kuah kacang so aku cicah dengan sos cili bersama mayonis… Nyum2x…

Wednesday, 19 June 2013

Kundasang My wish List














Tengok gambar di Negeri Sabah memang tempatnya cantik-cantik, okay nk pergi Mabul Island dan Sipadan Island rasanya kena plan baik-baik ni...tapi tak tahulah bila kan....
Kundasang pun  menarik juga kan..En bos kata kalau pergi Kundasang u kena mendaki gunung Kinabalu hehe. agak2lah en bos i bukannnya larat pun.... dan lagi dia ingat aku ni mcam die ker ? huhuhu tak perlah en bos dah mendaki Gunung Kinabalu ...tapi I tengok jerlah gambar dalam googles ni heheh.. Untuk aku sebaik sahaja melihat keindahan alam semulajadi dan Gunung Kinabalu yang tersergam indah walaupun hanya melalui gambar, kuakui kepenatan bekerja dan memerah otak hilang dengan sendirinya... mendamaikan dan menenangkan... MasyaAllah betapa hebatnya ciptaan Allah....

Benarkah sabah tempat percutian yang menarik? hm.....  kata orang tak kenal maka tak cinta ...okay nk tahu macam mana rasanya bercuti di KK.. nantilah aku kena ajak en suami pergi sana hahaha....  bila pun tak tahulah kan... tak perlah ... aku tengok calender dululah cari tarikh yang sesuai  ngeee ~





















































































































































Tuesday, 18 June 2013

Murtabak Mini Teduhan Kasih hahahaha

 Assalamuailaikum... hari ni nk cerita pasal makanan lagi.. iaitu  Murtabak Mini Kulit Popia hehe... sekarang ni kalau nak makan tak payah beli dekat luar lagi buat sendiri pun boleh mudah ajer nk buat Murtabak Mini ni. ... dan yang pastiya memang sedap. .. dalam sibuk kerja ,.. balik rumah petang sempat juga siapkan makan petang untuk anak-anak yang selalunya  akan kelaparan setiap kali mereka pulang dari sekolah so sementara tunggu untuk makan malam bolehlah kita buatkan dulu Murtabak Mini ni macam yang aku buat ni senang ajer dan hanya mengambil masa 30 minit ajer... cepat dan pantas kan.... dan rasanya lebih sedap dari murtabak dekat luar hehehe.... apa pun terpulanglah pada u all kan. ...  Inti didalam terpulang lah nk letak sardin, ayam atau daging. semuanya terpulang pada kita... so untuk Murtabak Mini yang ini aku letakkan isi ayam yang dipotong halus-halus.....  So buat kawan-kawan di luar sana lepas ni jgn lupa yer cuba buat murtabak mini kulit popia ni...heheh......... oopss sebelum lupa ,,, lepas u all lipat kulit popia jadi empat segi . jgn lupa grg dengan marjerin dan masukkan kulit popia ini kedalam telur yang telah di campurkan dengan sedikit serbuk kari.... 
Tadaaa........... Murtabak Mini siap utk dimakan.......

Murtabak Mini Teduhan Kasih hahahaa.........
si kecik yang tak sempat nk buka baju sekolah terus jer makan murtabak mini...Nyum2...








Monday, 17 June 2013

Di dunia ini masih ada keluarga menyayangi kita dan pasti ada suatu ketika nya kita rasa kita tak punya sesiapa kecuali diri sendiri maka bersyukurlah,kita beruntung kerana punyai seorang sahabat yang amat memahami diri kita"~
~"sebagaimana kita sering mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dengan dia,tetapi kita cuma tahu mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita dan kita rasa di khianati bila dia memungkiri janji nya pada kita,kita terus menyalahkan dia,kita tidak memberi dia peluang untuk dia menerang keadaan nya sebenar"~
~"bagi kita,itu alasanya untuk menutup kesilapan dan membela dirinya,kita lupa!,kita juga manusia yang tak sempurna pasti aka kelemahanya,kita juga pernah membiarkan dia menunggu dan ternanti nanti kerana kita juga ada janji yang di mungkari,kita berikan beribu alasan,memaksa dia menerima segala alasan kita"~
~"waktu itu,terfikir lah kita tentang hati dan perasaanya,dia jua seperti kita,dia juga tahu rasa kecewa,hampa dan sedih,tetapi kita sering lupa jaga hati dia,untung nya punyai seorang kawan yang sentiasa ada di sisi kita waktu kita memerlukan dia"~
~"dia ikhlas menjadi pendengar setia,dia dengar luahan perasaan hati kita, segala rasa  kecewa,hampa,ketakutan,harapan dan impian kita luahkan,dia sentiasa memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah kita,selalunya kita terlalu leka dan asyik bercerita tentang diri kita hinggakan kita terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dia luahkan di sebalik kehidupanya,siapa tahu rasa hatinya,di sebalik kesenangan dan kehidupan nya mungkin tersimpan seribu kekalutan,kekecewaan dan kepiluan,kita tak tahu tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia mungkin kita tahu isi hatinya"~
~"renungi dan fahamilah,peringatan ini hanya untuk mengingatkan diri ku sendiri dan tiada kaitan dengan sesiapa pun,hidup kita tak lama,esok atau lusa atau bila bila mungkin takdirku menemui Illahi,siapa tahu?,
terima kasih kerana menyedarkan diriku dari lamunan panjang kehidupan ku,demi Allah sejujurnya aku sayangkan semua sahabat sahabat ku,maafkan lah aku andainya aku banyak melukakan hati sesiapa sahaja yang pernah menjadi sahabatku,aku juga manusia biasa yang punyai banyak kelemahan dan kesilapan,maafkan lah aku sekali lagi"~
 
Salam Sayang :- Merpati Putih

Andai rasa sedih, pandanglah langit...Ingatlah Allah masih ada...
Andai rasa resah, renunglah dasar hati. Yakinlah Allah mencipta hati...
Andai rasa putus asa, lihatlah sungai yang tetap mengalir walaupun dihalang bebatu keras...
Andai rasa kecewa,lihatlah hakikat alam semesta..Percayalah Allah Maha Berkuasa.
Andai rasa tersisih,lihatlah purnama di malam sepi...Yakinlah Allah takkan biarkan kita sendiri.
Kalau semuanya tak pasti, serahkan pada Yang Maha Mengetahui...