Koleksi Novelku
AKU? Tak tahulah apa yang tak kena. Ada saja salah
aku di mata dia. Kalau sehari tak marah aku, gamaknya dia tidak serupa
orang. Nak kata aku tak cantik, di dalam ofis ini ada lagi yang tak
cantik. Sudahnya aku berhenti kerja saja.
“Helo, dah pukul berapa ni? Tak reti nak masuk pejabat? Ingat ni syarikat tok nenek awak ke?”– Encik Ikhlas
“Encik pekak ke? Kalau encik pekak saya cakap lagi sekali. Dengan rasminya saya dah berhenti kerja, berkuat kuasa hari ini.” – Kasih Khalisha
Selepas aku berhenti kerja, amannya aku rasakan hidupku ini. Tapi… tiba-tiba aje dia muncul kembali.
“Apa encik buat kat sini?”
“Eh! Saya yang sepatutnya tanya soalan tu. Kenapa Kasih ada di rumah saya ni?”
“Rumah encik? Ini rumah encik?”
“Yalah. Ini rumah saya! Takkan rumah beruang pula!”
Aduh! Aduh! Aku rasa kepala aku dah pening. Dah rasa berat sebelah.
Rumah dia? Rumah lelaki tanpa perasaan ni? Argh! Kenapa boleh jadi
seperti ini? Kenapa dunia ni kecil sangat?
Bagaimana aku hendak menghadapi kenyataan bahawa lelaki yang selama
ini terkenal dengan garangnya, tiba-tiba saja berubah karakter di
hadapanku?
“Hmmm, susah juga nak memenuhi ciri-ciri lelaki pilihan Kasih. Siapalah yang agak bertuah tu, kan?”
“Siapa tahu, kan. Pasti ada seorang lelaki untuk saya.”
“Kalau tak ada, ambillah saya. Saya pun masih kosong.”
Ya, setiap satu itu pasti ada hikmahnya. Adakah perpisahan yang dulu
akan menemukan aku dengan seseorang yang lebih baik? Atau sebaliknya?
Argh! Sungguh, sedikit sebanyak kehadiran Encik Ikhlas membuatkan aku
buntu untuk berfikir.
P/S : Sesiapa belum beli jgn lupa dapatkan hari ni ... cerita yang amat santai sekali
Tuesday, 19 November 2013
Kisah Profesor dan Si pengayuh sampan
Satu hari seorang professor ingin menyeberang sungai dengan sebuah
sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan. Di tengah-tengah
sungai, professor bertanya: “Kau pandai menulis dan membaca?”
“Tidak. Saya buta huruf.” Jawab si pengayuh sampan.
“Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup.”
Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi: “Kamu ada membuat simpanan wang di bank?”
“Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja. Macam mana nak simpan duit.”
“Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.”
Sampan terus bergerak. Sampai di tengah sungai. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir mahu tenggelam.
Si pengayuh sampan bertanya kepada professor: “Tuan, apakah tuan pandai berenang?”
“Err…errr, saya tidak tahu laaa.” Jawab professor dalam keadaan panik.
“Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!”
.
Apa pengajaran dari cerita ini ?:
Tuhan tidak mencipta manusia itu bodoh. Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksanaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum. Jangan rasa hina diri sebaliknya binalah keyakinan diri. Allah ciptakan setiap manusia untuk berjaya

Monday, 18 November 2013
Masya Allah..
Angin lembut selembut bayu yang menyapa diri,belum tentu boleh menyejukkan hati.
Hujan yang turun rintik-rintik belum tentu dapat menghilangkan keresahan dihati.
Biarpun didendangkan lagu2 kejiwangan,lagu2 bernada metankolik,
Tapi saya percaya..hati ini tak mungkin tenang.
Mana mungkin ada sebuah meja yang elok diukir,dihias dan disolek tiada orang yg menciptanya.tak mungkin terjadi demikian.mesti ada orang atau sumber yang membuatnya.begitu juga dengan diri kita.alangkah indahnya,cantiknya,bayi yang baru dilahirkan.menenangkan hati.rase menintis air mata kegembiraan menyambut bayi yang elok sifatnya.betapa bangganya..dalam hati terdetik,ya Allah,umat rasulullah semakin bertambah.syukur padaMu..senang melihat umat islam sujud dengan rendah hati dan tawadhuk dalam mengejar syurganYa..tapi,alangkah kejamnya kite..kenapa?kenapa dan kenapa?
Dalam diam jiwaku bermonolog,
Aku mencari kebebasan.tapi hanya yang ku dpati keimananku pula yang berkurang. Aku menggali kemewahan,tapi yang aku dapati debu2 dosa yang melekat disekeliling tubuhku. Aku mencari cinta.ye.kasih sayang orang.tpi,!aku hanya perolehi kekecewaan yang menyebabkn aku jatuh trduduk.
Aku mulai resah,gelisah.semuanya bercampur gaul..aku boleh merasakan dalam diri ada titik hitam mulai menjalar dalam setiap perjalanan idupku. Kini,aku mulai sedar..kenapa aku diciptakan.adakah hanya sekadar ingin suka2 didunia dan kembali kepadanya dengan markah kosong.tidak!aku harus berubah. Jom sahabat,kite berubah.takkan kite hanya mahu pulang dengan markah kosong..
kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan.dan sesvngguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sbenarnya.,sekiranya mereka mengetahui..-surah al.ankabut ayat 64
Nah,!Allah dah bagi kite peringatan.kenapa kite masih tak nak berubah.. Sedarlah..hidup didunia bukanlah abadi.jom kembli kepada fitrah yang sebenar..
Kenapa kita masih tak nak berubah?masya Allah.:'(

"aku berjalan mengelilingi dunia.untuk menikmati sebebasnya kurniaan
illahi,tapi,aku menyalahgunakan nikmat itu.Allahurabbi.aku tak
besyukur..argh,.nafsuku berombak kencang..biarkanlah prasaan untuk
bersyukurnya hilang.aku belum puas menikmati segalanya,tapi,,Allah maha
kuasa.sekali dia menyebut kun..maka jadilah..dan inilah yang
terjadi..terjadi dalam lubuk hati orang yang lalai.
Aku mencari kebebasan.tapi hanya yang ku dpati keimananku pula yang berkurang. Aku menggali kemewahan,tapi yang aku dapati debu2 dosa yang melekat disekeliling tubuhku. Aku mencari cinta.ye.kasih sayang orang.tpi,!aku hanya perolehi kekecewaan yang menyebabkn aku jatuh trduduk.
Aku mulai resah,gelisah.semuanya bercampur gaul..aku boleh merasakan dalam diri ada titik hitam mulai menjalar dalam setiap perjalanan idupku. Kini,aku mulai sedar..kenapa aku diciptakan.adakah hanya sekadar ingin suka2 didunia dan kembali kepadanya dengan markah kosong.tidak!aku harus berubah. Jom sahabat,kite berubah.takkan kite hanya mahu pulang dengan markah kosong..
kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan.dan sesvngguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sbenarnya.,sekiranya mereka mengetahui..-surah al.ankabut ayat 64
Nah,!Allah dah bagi kite peringatan.kenapa kite masih tak nak berubah.. Sedarlah..hidup didunia bukanlah abadi.jom kembli kepada fitrah yang sebenar..
Kenapa kita masih tak nak berubah?masya Allah.:'(
Kuatkan Imanku, sabarkan hatiku
Aku minta kuatkan imanku,kuatkanlah kesabaranku kernaku bimbang setiap ujianmu tak dapat ku tempuhi dengan sabar dan kental..
kenangan kita terkubur oleh luka
Sejujurnya aku tak ingin kan perpisahan ini, tapi ini semua yang kau minta , kenangan demi kenangan kini menjadi buih- buih kekecewaan , keindahan, kemesraan yang dulu kita ukir bersama kini telah terkubur oleh luka,, , haruskah aku tangisi perpisahan ini? ataukah aku harus tersenyum??? pastinya kau tahu , saat hati ini merintih pilu hanya padamu tempat hati ini meluah rasa walaupun kau jauh dan jauh semakin jauh dari hatiku, namun tak pernah hati ini menyingkirkan dirimu... aku ikhlaskan kau pergi, walaupun sejuta rasa kini menjadi satu kepedihan yang kini ku rasakan.......
aku ingin kau tahu
Andai kau tahu...apa terbuku di hatiku..
pasti mencair gunung salju yang membeku..
andai kau tahu saat ini aku merindui mu..
pasti pergi semua resah pilu ku..
sakit ku bukan biasa..tapi hati yang sarat lara..
rindu menjerat seluruh jiwa..
bagai lagu tak berirama..bagai ombak tak bergelora..
ketika kau jauh berjarak..sepi ku mengamuk hebat..
aku rindu teramat rindu..aku pilu teramat pilu..
aku rapuh tanpa diri mu..
sepi ku menguasai rasa ku..
pilu ku terjerat di kemelut rindu..
aku ingin kau tahu itu....

Bila Kini
Bila kini ku sesali dikau tak mungkin kembali , saat jatuh cinta adakah ia masih mengerti, aku masih disini mengira detik-detik terakhir, kala rindu ku berdarah masihkah aku teguh menantinya, takkan berdaya menggungkapkan rasa satu antara resah yang berjuta hadirnya, gerhana tika terpancar pelangi yang indah , saat tertawa berbungakan duka, bila ada dan tiada putus ditengahnya, hingga kau berubah lumpuh lafaz semua aura (^_^)
Subscribe to:
Posts (Atom)