Wednesday, 5 June 2013

Aku dan Dia " SR "







Kegilaan aku terhadap novel hasil penulisan Siti Rosmizah "SR" membuatkan aku tak sabar-sabar untuk bertemu dengannya untuk kali kedua agak teruja sebenarnya bila dapat bertemu dengan penulis kegemaran kita kan .. begitulah dengan aku  hehehe..  Siti Rosmizah ni memang sporting,, baik dan tak sombong okay. aku paling suka bila bertemu dengan orang yang baik dan tak sombong dengan aku wahh lagilah  bertambah suka dan happy sangat2.

 Seperti biasa aku yang sememangnya tahu akan tarikh kehadiran SR di pesta buku selangor baru-baru ni , pura-pura tak tahu apa yer , hahah sebabnya kalau diajak en suami ke situ pastinya die tak mahu sebab orang telalu ramai ...... " aku sutradara terhebat " ahaks  dengan wajah yang memang tak tahu apa lah ni kan..." abang jom ke SCC Mall " lama kan tak jalan-jalan dekat tasik situ aku sudah memainkan peranan hehehe..... jangan marah yer en suami.  Kalau korang nak tahu bila sampai ajer di SCC Mall kelihatan orang yang ramai sangat tu en suami pun dah tahu perangai aku ni...... mama mesti tahu ada Pesta Buku ni kan.... hahaha.... alrite aku dah kantoi. 
Semuanya ini kerana aku mahu bertemu dengan SR . Terima kasih yer En suami kerana memahami minat isteri kamu ni.  

Bagi sesiapa yang tak kenal dengan SR ni ternyatalah korang semua bukanlah kaki novel ...atau pun bukalah pembaca novel yang sejati . Aku ni bangga sangat tau dapat jumpa die dan lagi dapat tandatangan die. kau ada? tak der kan hahaha...  Semua novel hasil penulisan SR aku takkan terlepas untuk memilikinya..  " Andai itu Takdirnya novel sulung nya mendapat sambutan hangat dah macam pisang goreng panas,, mantap dan sedih bangat aduhh  inilah SR kalau tulis novel semuanya mesti sedih tau. kalau baca novel die mesti menangis.. Karya SR tidak akan mengecewakan kita . Memang ohsemmmmmm! hehehee

Oklah citer banyak pun tak gunakan.. kalau nk dapatkan novel SR ni korang pergi ajer dekat popular tu semua ada...  yang tak der cuma tandatangan SR ajer.... aku ader  kau ada? tak der kan , yess !!!  Kini Novel terbaru SR Curi-Curi Cinta ..  macam-macam perasan ada masa baca citer ni . .. aku tengah fikir nak citer dekat korang atau tak kisah gadis bernama Intan  Raihaina dan hero kita Dani ... ( curi-curi cinta) 

Permulaan baca novel ni mak ai sakit hati bagai dengan perangai si Intan watak utama dalam novel ni.  Gedik, Ego, Sombong, Angkuh Derhaka semua cukup pakej. Kalau dapat kawan macam ni meluat aku . Intan ni bukan anak orang kaya tapi berlagak dan berpura-pura seperti anak orang kaya dan berlagak bagus .. Geram sangat-sangat kalau baca part ni. Tak tahan betul dengan Intan ni

Dani hero dalam watak ini , meluatnya die dengan perangai gedik Intan ni.. ooh kalau korang nak tahu Dani ni anak orang kaya okay.. handsomenya tak tahu ler nak citer . ... ececeh kalau baca novel ni memanglah imagine macam handsome kan .... Andy Lau pelakon Hongkong tu pun tak sekacak Dani tau . Dani ni pulak memang dah ada buah hati, nak dijadikan cerita rupanya Iza ini sepupu Intan.   Wahh Intan rasa dia lagi cantik dan lagi layak kalau berdamping dengan Dani yang kaya raya dan anak jutawan tu dan bukannya Iza yang tak reti berfesyen, simple dan agak kolot bagi Intan. humphhhh! so Intan apa lagi mulakan strategi untuk memikat Dani .  Korang rasa  Dani nak melayan si Intan tu tak??? .... kalau nak tahu kenalah beli hahaha.. jangan marah yer ....  oopss nak beritahu sikit jer lagi nanti pertengahan ceritanya  arghhh migrain aku kejap ...  Dani pulak yang membuatkan kita rasa sakit hati, benci dan geram  dan betapa kejamnya sikap Dani terhadap Intan ....hm... tak tahulah aku dah sebak ni ....korang bacalah sendiri nanti huhuhu ... dengan sikap dia yang Ego mengalahkan tempat.... dalam hati sayang tapi tak nak mengaku .... sabar jerlah dengan sikap Dani ni.. .

SR dan air dan airmata tak pernah berpisah,  banyak pengajaran yang boleh diambil. bukan sekadar nukilan kosong, tentang realiti kehidupan, tentang sikap manusia yang tamak, yang angkuh, yang tak berpijak dibumi yang nyata. kisah pengorbanan seorang abang yang melindungi adiknya, kisah ibu yang buta yang makan setiap kata nista anak kesayangan dia, kisah anak yang taat kat ibunya sampai sanggup buat apa sahaja untuk membahagiakan ibu dia. ohmaiiii. menangis sebak jugaklahh. humphhh humphhh! korang baca sendiri okay.


P/S : satu jer yang buat aku bosan sikit jer ayat SR sama jer " abang sayang isteri abang ni " aduhh hahaha memanglah romantik bangat kan ...tapi kalau korang baca memang disetiap novel nya mesti ada ayat macam ni hehehe..... apa pun ia tetap terbaik .. I suka okay.






No comments:

Post a Comment