Wednesday, 5 June 2013

Aku & Teduhan Kasih



Teduhan Kasih .. sebuah Novel yang agak santai dan memang berat jugaklah kan kalau kena part sedih-sedih ni . Pastinya semua sudah maklum novel ini telah diadaptasikan menjadi sebuah drama, TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7malam. Heronya siapa lagi kan kan.... tak lain tak bukan hero pujaan aku ler.. Adi Putra hehehe.... So korang yang belum baca novel ni jangan lupa dapatkannya secepat mungkin kalau tak sabar nak tahu endingnya . 

Tak perlulah aku review tentang novel ni sebabnya aku rasa semuanya sudah sedia maklum akan kisah Teduhan Kasih ni.  Yerlah kisah antara dua orang sahabat baik iaitu Iffa dan Ayu. dan bagaimana persahabatan Iffa dikhianati apabila Ayu sahabat baik dan juga disayangi sepenuh jiwanya telah mengadakan hubungan percintaan dengan suaminya sendiri. Aduh korang kalau ditempat Iffa macam manalah kan.... dan Ryzal suami yang dicintai dan dikasihi sanggup berlaku curang dan menjalin cinta bersama Ayu. hm..... sedih kan.... kesian Iffa. . dah la sejak dari kecil lagi didera oleh ibu tiri dan kak longnya  dia tak ubah seperti orang gaji dan sampah di mata mereka .. :-(  part ni aku memang lah meleleh air mata melihatnya ... dalam waktu yang sama geramnya aku dekat mak tiri dan kak long Iffa ni.. Dendam yang tiada kesudahan .

Apapun didalam setiap cerita ending nya mestilah bahagia kan, dan ada hikmah disetiap apa yang telah terjadi heheh disini nanti Iffa akan bertemu Ehsan tau ( Adi Putra ) kehadiaran Adam, si kecil penghubung rasa cinta antara mama dan papanya ( Ehsan) Adam sememangnya ‘watak utama’ yang paling comel! Ehsan kan sayang sangat dengan Adam, mana dia mahu lepaskan anaknya itu kerana Adam jugalah, mereka berdua berkahwin. Dan Ehsan, apakah benar hanya Adam sebabnya, bukan kerana sudah jatuh hati pada Iffa? Jeng jeng jeng... ( tak mau citer banyak2 kan nanti korang tak suspen lak hahaa) 

  Kebahgiaan itu pasti milik iffa juga suatu hari nanti. Orang yang mempuanyai hati tidak baik seperti Ayu, kak long dan mak tirinya pasti akan mendapat balasannya nanti . Tunggu dan lihat . Eh Ryzal pun akan dapat juga balasannya juga apa akan terjadi pada Ryzal nanti... part tu korang kenalah tunggu . 


P/S : Hujan rintik-rintik, air bergelombang. Adam sangat cantik papa sangat sayang. Hujan rintik-rintik, tumbuh daun lalang. Mama sangat cantik...papa sangat sayang... Ehsan 
( romantiknya dapat suami sebaik, semanja dan sekacak Ehsan bertuah Iffa  ) hehehe so sweet...




1 comment:

  1. Hihiii...yeahh so swetssss klo dpt shuben cm Ehsan kn....romntik tuu...i likeee...hmmmm..but tu cma dlm cite kn...klo realitinyee...adesss...

    ReplyDelete