Wednesday, 3 July 2013
Ramadan Yang Hilang - TV3 Samarinda
Demam Teduhan Kasih sudah hilang kini Demam Ramadan yang Hilang lakonan Eira Syazira ( suka Eira lakonan die mantop ratu air mata ) dan Syatilla ( kalau korang perasan die ni pernah berlakon dlm drama Rindu bertamu di Abu Dhabi jadi jahat juga huhuhu)-
Drama ni ialah slot Samarinda pukul 10 malam Setiap Isnin- Rabu ajer tau alahai.tak sabar tunggu next episod lambat sangat ..... kalau lah ada novel kan.. dah lama aku g dapatkan novel Ramadan yang hilang ni tapi x der lah pulak. kalau sesiapa tahu ada novel kisah ramadan yg hilang ni please maklumkan dekat aku yer heheh....
Drama ini mengisahkan konflik dua beradik, Zafirah (Eira Syazira) dan Delisha (Syatilla Melvin) apabila Delisha yang juga anak angkat kepada ibu bapa Zafirah menerima lebih perhatian dan kasih sayang sehingga Zafirah berasa tersisih. Delisha yang sering didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya membesar sebagai kanak-kanak murung. Pelajarannya juga ketinggalan kerana Delisha sering ponteng sekolah dan tidak serius ketika berada dalam kelas.
Berbeza dengan personaliti Delisha, Zafirah pula seorang periang, bijak dan bahagia dengan dicurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi daripada ibu bapanya, Zubir dan Saadiah. Hidup Zafirah berubah selepas Delisha dijadikan anak angkat oleh Zubir.
Namun, sikap Delisha yang berlagak seperti budak sombong menyebabkan Zafirah sukar bertolak ansur. Zafirah sering ditegur jika berlaku perselisihan faham. Lama-kelamaan, Zafirah cemburu dengan Delisha yang dilayan seperti anak emas oleh ibu bapa dan juga neneknya, Maryam.
Sesudah memasuki usia dewasa, Zafirah yang juga anak sulung terpaksa melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang penulis novel. Dia memikul tanggungjawab menguruskan syarikat ayahnya yang mempunyai masalah kewangan. Jurang antara Zafirah dan Delisha semakin jauh apabila Delisha mula rapat dengan Rafiq.
Zafirah pernah menolak cinta Rafiq ketika di universiti dan sibuk dengan kerja di syarikat ayahnya. Zafirah cemburu apabila cinta Rafiq beralih kepada Delisha tetapi dia akur. Zafirah bertunang dengan Fitri. Zafirah semakin mendapat kepercayaan atas sifat tanggungjawabnya sebagai anak sulung yang komited pada perniagaan keluarganya. Ia menyebabkan Zafirah jarang meluangkan masa bersama Fitri. Fitri pula mendapat tugasan syarikat bersama Delisha di luar Kuala Lumpur.
Lama-kelamaan, Fitri tertarik dengan personaliti Delisha yang periang dan mereka bercinta. Akhirnya, Fitri putus tunang dengan Zafirah kerana mahu berkahwin dengan Delisha. Zafirah memberitahu Saadiah, dia reda ditakdirkan tidak bertemu jodoh dengan Fitri tetapi tidak mungkin berbaik lagi dengan Delisha.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment