Hai all,
Kali ini aku just cerita mengenai toyol yang suka mengambil duit. Acctually toyol ni banyak sangat dkt kampung aku, alkisahnya toyol yg dekat kpg aku ni adalah org yg membelanya. Peliknya tuan yg membela toyol ni sikit pun x der perasaan malu ker apa ker kan... sebabnya org yg bela toyol dekat kampung aku ni boleh ajer beritahu kt org die membela toyol dan yang lain2 tu sebabnya die nk selamatkan kampung daripada diganggu oleh toyol dan seangkatan dengannya. Toyol, Pelesit atau hantu raya yang tak bertuan semuanya die akan ambik utk dibela . Astagfirullahazim. takut dengar kan.
Kalau korang nk tahu kt kampung aku area rumah aku sekarang ni toyol tengah mengamuk, semua duit hilang., hari-hari plak tu adehh... kekadang sampaikan anak - anak buah aku yg masih bersekolah lagi pun dh jadi takut mana tak nya duit dorang yang dorang simpan pun boleh hilang. Jangankan kata mereka kalau aku pun takut.
Aku yang membesar di kampung kan, memang bab toyol, pelesit, hantu raya ni kan mesti ada dlm kampung kita dari kita kecik sampailah kita besar dh kawin dan ada anak cerita toyol ni tak habis-habis , mana taknya tuan pun masih ada kan.. seriusly aku ni memang penakut.. dari kecik kalau dengar riuh rendah benda-benda cam ni memanglah dlm rumah tu nk ke dpar semua mesti berteman . skrg ni sib baiklah aku jauh sikit hahah jarang balik kampung tapi itulah dengar jer cerita dari sana mulalah bula roma aku ni semacam ajer.... nak cakap talipon pun dh jadi takut bukan apa takut toyol tu dengar apa yg aku bualkan.. itulah aku takut sampai macam tu .
Walau apa pun harus kita ingat Allah itu ada, dan sejujurnya aku sedih dan kasihan sekali pada orang-orang yang suka membela ni .. hm...harap2 mereka cepat sedar dan kembali ke jalan Allah dan jauhkanlah apa yg dilarang oleh Allah . sesungguhnya hanya Allah yg patut kita sembah dan bukannnya benda lain , jauhkan sifat malas dan hasad dengki dan jgnlah nk cepat jadi kaya hingga sanggup melakukan perkara yg dilarang oleh Allah. Jika ditinjau dari sisi agama Islam bahawa berhubungan untuk meminta tolong dari toyol yang bearsal dari bangsa jin kafir adalah satu perbuatan syirik dan sangat tidak mungkin membawa kebaikan bagi manusia bahkan akan membawa kepada keburukan dan kebinasaan dunia dan akhirat.
Wallahu'alam
ciri-ciri pemilik toyol yg aku dptkan dalam cik googles.
·
Pemilik toyol mempunyai isteri
yang gemuk dengan payudara yang besar.
·
Berjalan dengan tangan di
belakang seperti menggendong sesuatu.
·
Suami isteri pemilik toyol
memiliki sifat peribadi yang berlainan dengan masyarakat umum seperti pendiam
namun menonjolkan kebatilan secara tiba-tiba.
·
Rumahnya yang dahulunya ramai
penghuni tetapi sunyi secara mendadak.
-
Sering mendiamkan diri dalam masa
yang lama bila berada di rumah orang kaya.
Petua mengelak kecurian dari si Toyol
1-Letakkan kacang hijau atau duit 10sen di luar tempat simpanan. Insyaallah, dia akan leka bermain dengan benda tu hingga lupa tugas mencurinya.
2-Simpang duit di dalam uncang yang bertali. Dikatakan, toyol ni takut nak ambik sebab risau boleh tercekik.
3-Sertakan bersama Daun Jelatang Gajah. Dikatakan, daun ini amat ditakuti Toyol dan pembela pelesit.
4-Membaca ayatul qursi setiap kali menyimpan duit dan pohon pada Allah agar harta dijaga.
1-Letakkan kacang hijau atau duit 10sen di luar tempat simpanan. Insyaallah, dia akan leka bermain dengan benda tu hingga lupa tugas mencurinya.
2-Simpang duit di dalam uncang yang bertali. Dikatakan, toyol ni takut nak ambik sebab risau boleh tercekik.
3-Sertakan bersama Daun Jelatang Gajah. Dikatakan, daun ini amat ditakuti Toyol dan pembela pelesit.
4-Membaca ayatul qursi setiap kali menyimpan duit dan pohon pada Allah agar harta dijaga.
No comments:
Post a Comment