Friday, 16 August 2013

Mangsa belasahan suami dalam lif....

sejak pertama kali bersua
wajahmu terus melekat dijiwa
senyuman sentiasa dalam ingatanku
harus bagaimana aku melupakanmu andai
semua itu terlalu istimewa bagiku
renungan matamu yang redup itu
menusuk menikam ke kalbuku..
andai kau bisa membaca apa yang terpendam dijiwa ini
pastinya kau akan mengerti
ku juga punya rasa
yang pastinya bukan ku pinta akan rasa itu
dan aku pasti kau lebih tahu tentang rasa itu
rasa yang terpaksa ku simpn
hanya didalam hati
ku pujuk hati agar redha dan sbar dalam mengahdapi semua ini
semoga kau bahagia sayangku.
doaku selalu bersamamu.

Kenapa higga kini aku masih merinduinya? sedangkan ia telah jauh pergi meninggalkan aku? apa benar hanya aku yang merinduinya setiap hari... dan dia sepi tanpa sebarang berita ,,,,, haruskah aku terus dan terus merinduinya? tapi bagaimanakah utk aku singkirkan perasaan yang telah hadir ini, semakin ku cuba malah semakin hebat rinduku padanya . bodohkah aku ? kerana masih merinduinya?

hati ini memang sukar utk dimengertikan , istimewakah die dihatiku ? hatiku sering dilukai namun dia juga yang aku sayang dan rindukan.  sejak pertama kali aku menemuinya  aku sudah dapat merasakan rasa itu , dan kerana rasa itulah aku sukar utk melupakannya.

Thursday, 15 August 2013

aku perlu terima hakikat
aku perlu sedar
yang aku bukan sesiapa pada dirinya
aku juga perlu sedar
siapa diri aku sebenarnya
walaupun luka , pahit , sakit
semua itu perlu aku telan dan dianggap manis
walaupun terselit dicelah kerongkongku
Diruangan sepi ini, jari-jariku menari-nari meluahkan rasa isi hati, biarkan jari yang berbicara  mengikut kata hati.

Kenyataan perlu diterima,walaupun pahit walaupun sakit walaupun pedih harus aku telan jua apabila rasa itu datang mengetuk pintu hatiku, menganggu ketenteraman dijiwaku, aku resah dan gelisah , tatlkala rindu datang bertamu dihati.  Kekadang sengaja meyibukkan diri memujuk hati sendiri sekadar penyedap dihati. berbicara sepi tanpa suara hanya air mata peneman yang setia disisi saat hati ini memerlukannya.

Disaat kau pergi meninggalkan aku jauh dan semakin jauh, hari -hari yang ku lalui bersama dengan sebuah kerinduan yang tiada penghujungnya. sampai bila aku pun tak pasti, kau telah pergi dari hidupku tapi yang pasti kau masih melekat dihatiku dulu kini dan selamanya.

Sesungguhnya setiap detik yang berlalu akan meninggalkan kita dengan kenangan tidak kira kenangan pahit atau manis..kenangan itulah yang mendewasakan dan mematangkan kita dalam menghadapi liku-liku kehidupan, hanya kenangan itulah yang ada sebagai pengubat rindu dihatiku. Berat sungguh berat rasa hati saat kau pergi tapi apa kan daya, aku tahu kenapa dan mengapa? cuma hati ini begitu degil dan masih jua mengingatimu.  Maafkan aku sayang kerana masih gagal untuk melupakanmu......



Kadang kadang kelihatannya seperti ada
tapi tak ada
Kadang kadang terasa..
tapi bagai angin saja
Kadang kadang terasa ditapak tangan
tapi tak boleh menggenggamnya
kadang kadang terasa dibibir
tapi tak bisa berkata kata
kadang kadang bagai dicuping telinga..
tapi tak bisa memdengar
kadang kadang terasa dah memiliki..
tapi bukan Tuannya
Bergitulah hubungan kita sesama manusia
Kadang kadang ada
kadang kadang takda
Kita tak boleh dan tak mampu puaskan hati semua
Cukup andai rasa percaya dan terima seadanya
Hubungan sesama manusia umpana bermain layang layang
tidak boleh terlalu lepaskan dan tidak juga boleh terlalu menarik talinya
sesekali kita perlu biarkan ia mengikut udara
dan sesekali pula kita perlu tarik perlahan lahan agar ia tak jatuh menjumam tiba tiba
kerna siapa pun kita hatta seorang raja
kita TIDAK sempurna

Assalamualaikum dan  salam Jumaat 


Walau dimana aku berada
Suaramu selalu berlegar di telinga
Setiap waktu yang terluang
Wajahmu terbayang di ingatan
Alangkah beratnya tanggungan ini
Resah gelisah merangkung diri
Kerana hidup tak pernah pasti
Keraguan menghantui
Tercabar keyakinan diri
Dengan segala kemungkinan

Kau di sana aku di sini
Entah bila akan bersua
Semoga dikau akan mengerti
Mengapa aku sering begin
i