Tuesday, 19 November 2013

Al- Fatihah



Bismillahirrahmanirrahim…





Kita ulang al-Fatihah sebanyak 17 kali dalam solat wajib lima kali sehari. Al-Fatihah sebaik-baik doa, tetapi kita jarang-jarang ambil tahu akan makna yang tersirat dan tersurat disebalik ayat Ummul Kitab ini. Tahukah kita bahawa al-Fatihah adalah ‘penyembuh’ hati, pedoman bagi segala kecerdasan bagi hati dan fikiran, bekalan untuk mencapai cita-cita dan harapan serta ungkapan rasa syukur atas segala hasil dan pencapaian.
  1. Bismillahirrahmannirrahim (Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang)
  2. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam.
  3. Yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
  4. Yang memiliki hari pembalasan.
  5. Hanya Engkau yang kami sembah dan mohon perlindungan.
  6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
  7. Jalan yang Engkau berikan nikmat, bukan jalan yang dimurkai, bukan pula jalan yang sesat.
  8. Amin (Kabulkanlah).
Al-Fatihah ada tujuh ayat.
Antaranya ialah:
1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat atau jadi baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak. Ertinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu benar-benar menghayati al-Quran; yang intipatinya ada dalam tujuh ayat al-Fatihah itu, sehingga ia benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka dalam seminggu itu dia boleh selamat. Kalau al-Fatihah tidak berperanan pada dirinya dalam seminggu, maka akan kena laknatlah dia. Huru-hara, haru-biru dan celakalah hidupnya.
2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badan
Dalam seminggu itu sama ada manusia jadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang; yang mana sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua; ke semua tujuh anggota ini terlibat atau digunakan. Kalau agama lain, mereka menyembah ‘sesuatu’ tidak melibatkan semua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua anggota terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan.
Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:
  • Kepala – ini termasuklah anggota-anggota yang ada di kepala seperti mata, mulut, telinga, lidah dan lain-lain. Kegunaan kepala pula ada bermacam-macam jenis.
  • Dua tangan – ia juga banyak peranannya. Ia boleh berbuat baik atau berbuat jahat, boleh bunuh orang, boleh selamatkan atau celakakan orang.
  • Kedua-dua lutut
  • Kedua-dua tapak kaki
Dalam sembahyang, anggota-anggota sujud itu merupakan tujuh anggota penting tubuh manusia. Semuanya terlibat dalam solat. Dalam doa Iftitah kita menyebut, “Hidupku dan matiku adalah untuk Allah.” Ertinya semua anggota yang penting dalam diri kita ini secara tidak langsung sudah kita ikrarkan bahawa kita serahkan pada Allah. Ertinya kita akan menggunakannya ke jalan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki. Oleh itu kalau kita sedari dan hayati, apa yang disebut dalam bacaan melibatkan juga anggota dalam perbuatan. 3. Tujuh ayat berkait dengan tujuh Neraka dan tujuh Syurga
Al-Fatihah ada tujuh ayat. Kalau intipati Quran dapat dihayati atau tidak dapat dihayati, itu yang akan menentukan nasib seseorang nanti sama ada Neraka yang tujuh atau Syurga yang tujuh. Semua ditentukan oleh intipati al-Fatihah. Kalau al-Fatihah berperanan dalam hidupnya, dia akan dapat salah satu dari tujuh peringkat Syurga. Kalau tidak dapat dihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk salah satu dari tujuh peringkat Neraka.
4. Tujuh ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi
Di langit ada macam-macam makhluk Tuhan yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Demikian juga dengan tujuh lapis bumi yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Ramai ahli sains yang membuat kajian sudah mengesahkannya tetapi ia setakat hubungan yang lahir.
Sebenarnya ia bukan sekadar hubungan yang lahir sahaja. Manusia bukan hanya berhubung dengan matahari, bulan dan bintang sahaja. Tidak juga hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan, binatang, tanaman dan seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan makhluk yang ghaib seperti malaikat.
Malaikat juga menentukan hidup manusia. Kenapa? Sebab ia juga tumpang mendoakan manusia pada Tuhan dan ia juga boleh tumpang melaknat manusia. Tetapi hal yang ghaib ini ahli sains tidak dapat kesan. Mereka hanya mampu kesan yang lahir seperti hubungan matahari dengan manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan kehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu.
Padahal malaikat ikut campur tangan dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat dengan izin Tuhan. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan kerana kederhakaan manusia. Perkara yang ghaib ini ahli rohani sahaja yang boleh kesan tetapi saintis tidak boleh kesan.
Selain malaikat, jin-jin juga ada hubungan dengan hidup manusia. Ini tidak dapat dikesan oleh ahli sains, tetapi boleh dikesan oleh ahli-ahli rohani. Apa maksud jin-jin juga terlibat? Jin itu hidupnya ditumpangkan dengan manusia. Dia bergaul dengan manusia. Oleh sebab itu, apa bahasa manusia itulah bahasa jin. Kalau di Malaysia menggunakan bahasa Melayu, jin pun bercakap dalam bahasa Melayu. Di Indonesia, jin bercakap bahasa Indonesia. Kalaulah di Malaysia ada jin yang berbahasa Indonesia, bermakna jin itu berasal dari Indonesia. Jin di negara Arab berbahasa Arab. Jadi jin tumpang bahasa manusia itu untuk menunjukkan manusia lebih mulia dari jin.
Selain itu, jin juga tumpang belajar dengan manusia. Firman Allah di dalam al-Quran:
Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan al-Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata, ‘Diamlah kamu (untuk mendengarkannya).’ Ketika pembacaan itu selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan.” (Surah Al Ahqaf ayat 29)
Mujurlah kita tidak nampak jin sebab kita tidak akan sanggup hendak melihatnya. Begitu juga soal makan. Jin kafir makan tulang-tulang haiwan yang disembelih oleh orang kafir. Jin Islam pula tumpang makan tulang-tulang binatang yang disembelih oleh orang Islam. Oleh sebab itu berhati-hatilah apabila membuang tulang. Buanglah pada tempatnya. Kalau tulang-tulang itu dibiarkan bersepah, jika ada jin yang datang untuk makan lalu terlanggar anak kita maka akan timbul masalah.
5. Tujuh ayat ini kalau kita jadikan panduan, ia boleh didik nafsu kita yang tujuh peringkat. Inilah hikmah terpenting dari jumlah ayat al-Fatihah yang tujuh itu. Makin kita hayati, makin kita dapat mendidik diri dan nafsu kita. Bila dikategorikan, nafsu manusia ada tujuh peringkat iaitu:
  1. Nafsu ammarah
  2. Nafsu lawwamah
  3. Nafsu mulhamah
  4. Nafsu mutmainnah
  5. Nafsu radhiah
  6. Nafsu mardhiah
  7. Nafsu kamil

Playboy itu suami aku ( PISA)





PISA .. salah satu koleksi novel aku yang terbaik dan banyak kali aku baca cerita ni. tak pernah bosan.   Yang menyedihkan ialah bila ia dijadikan drama dan disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis di TV3 jadi tak best pulak. Jalan cerita masih sama cuma sebagai peminat novel rasa sedikit terkilan bila pelakon utama dalam cerita ini yang memegang watak  Mr King of Crocodile ( aka Adrian ) sendiri seperti KAYU dalam erti kata lain KAKU.  Arggh nasib baik lah kan lagu dalam drama ini best .
dah masuk minggu ke-2 rasanya drama Playboy Itu Suami Aku (PISA) ditayangkan tapi pada pemerhatian aku memang tak best langsung  baca novel lagi best dari  tengok cerita tu Muka lelaki tu tak playboy langsung. lembik dengan suara entah apa-apa ajer seperti perempuan pun ada gak.. kalau ikutkan dalam novel watak adrian tu mmg playboy , handsome dan juga arrogant , tapi dalam drama ni tak sama langsung memang mengecewakan lah. Stress. Hahahha..Playboy merengek "Mamiiii...Daddyyyy" Tak macholah Playboy !!  Ingatkan ia akan jadi bom, meletup, kedebabooommm! Seperti LUMA ( Love You Mr Arrogant ) (^_^) peace. 

Sinopsis :-
 Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje”

Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenali playboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.

Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.

Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.

Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.

Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.

Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?

Menyembuhkan hati yg hiba

Cara menyembuhkan hati yang sedang hiba

1. Membaca Al- Quran
Al-Quran adalah ubat yang sangat mustajab kepada manusia bagi menghilangkan perasaan hiba dan segala penyakit hati dan jasad. Setiap orang yang membaca Al-Quran akan menjadi tenang dan Allah akan memberikannya jalan keluar atas segala kesulitan yang dihadapi olehnya

2. Sentiasa berzikir
Untuk menghilangkan perasaan hiba yang dialami oleh seseorang, maka hendaklah ia sentiasa berzikir menyebut nama Allah. Perasaan hiba ini berlaku apabila hati seseorang itu terluka. Untuk merawat hati yang terlupa memerlukan suatu kaedah yang rohaniah dan tidak boleh menggunakan ubat-ubatan farmasi atau klinik. Zikir adalah ubat yang sangat mustajab dan sangat mempengaruhi hati seseorang yang selalu berzikir.

3.Mengerjakan Solat
 Solat merupakan ibadah yang paling penting di dalam Islam, tanpa mendirikan solat! ibadah lain juga turut ditolak. Jadi kita sebagai umat Islam, jangan sesekali mensia-siakan amanah yang diperintahkan Allah ini pada setiap hari dan waktu, walaupun sibuk dengan tugasan harian, namun solat sesekali tidak pernah ditinggalkan.
 Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama”.(Riwayat Baihaqi)

4. Bersangka baik pada orang
 Sikap berbaik sangka ada banyak kebaikannya di antara diri kita dan orang lain. Orang yang berbaik sangka sentiasa mudah untuk menerima orang lain di dalam kehidupannya walaupun orang tersebut tidak mempunyai apa-apa pertalian darah darinya. Walaupun begitu, dia menganggap orang lain seperti saudaranya yang dekat dan sentiasa mudah untuk membantu dan menjalinkan hubungan sosial dengan orang lain. Malah inilah perkara yang dianjurkan oleh Islam, kerana setiap umat Islam itu adalah bersaudara. Ibarat tangan kanan dicubit tangan kiri juga turut merasai kesakitannya.

Benci vs Cinta

Cintailah orang yang kau cintai sekadarnya saja. Siapa tahu, pada suatu hari kelak, ia akan berbalik menjadi orang yang kau benci. Dan, bencilah orang yang kau benci sekadarnya saja. Siapa tahu, pada suatu hari kelak, ia akan menjadi orang yang kau cintai.
Love the person you love minimally. Who knows, someday, he will turn out to be the person you hate. And, hate those who hate you minimally. Who knows, someday, he will become the person you loved.

Pencil

A pencil maker told the pencil 5 important lessons just before putting it in the box :
  1. Everything you do will always leave a mark .
  2. You can always correct the mistakes you make.
  3. What is important is what is inside of you.
  4. in life , you will undergo painful sharpenings, which will only make you better.
  5. to be the best pencil, you must allow yourself to be held and guided by the hand that holds you.
We all need to be constantly sharpened.  This parable may encourage you to know that you are a special person, with unique God-given talents and abilities.  Only you can fulfill the purpose which you were born to accomplish.  Never allow yourself to get discouraged and think that your life is insignificant and cannot be changed and, like the pencil, always remember that the most important part of who you are, is what's inside of you and then allow yourself to be guided by the hand of God.
p/s: good advise

Cik Blur dan Encik Ikhlas

Koleksi Novelku
AKU? Tak tahulah apa yang tak kena. Ada saja salah aku di mata dia. Kalau sehari tak marah aku, gamaknya dia tidak serupa orang. Nak kata aku tak cantik, di dalam ofis ini ada lagi yang tak cantik. Sudahnya aku berhenti kerja saja.
“Helo, dah pukul berapa ni? Tak reti nak masuk pejabat? Ingat ni syarikat tok nenek awak ke?”– Encik Ikhlas
“Encik pekak ke? Kalau encik pekak saya cakap lagi sekali. Dengan rasminya saya dah berhenti kerja, berkuat kuasa hari ini.” – Kasih Khalisha
Selepas aku berhenti kerja, amannya aku rasakan hidupku ini. Tapi… tiba-tiba aje dia muncul kembali.
“Apa encik buat kat sini?”
“Eh! Saya yang sepatutnya tanya soalan tu. Kenapa Kasih ada di rumah saya ni?”
“Rumah encik? Ini rumah encik?”
“Yalah. Ini rumah saya! Takkan rumah beruang pula!”
Aduh! Aduh! Aku rasa kepala aku dah pening. Dah rasa berat sebelah. Rumah dia? Rumah lelaki tanpa perasaan ni? Argh! Kenapa boleh jadi seperti ini? Kenapa dunia ni kecil sangat?
Bagaimana aku hendak menghadapi kenyataan bahawa lelaki yang selama ini terkenal dengan garangnya, tiba-tiba saja berubah karakter di hadapanku?
“Hmmm, susah juga nak memenuhi ciri-ciri lelaki pilihan Kasih. Siapalah yang agak bertuah tu, kan?”
“Siapa tahu, kan. Pasti ada seorang lelaki untuk saya.”
“Kalau tak ada, ambillah saya. Saya pun masih kosong.”
Ya, setiap satu itu pasti ada hikmahnya. Adakah perpisahan yang dulu akan menemukan aku dengan seseorang yang lebih baik? Atau sebaliknya? Argh! Sungguh, sedikit sebanyak kehadiran Encik Ikhlas membuatkan aku buntu untuk berfikir.

P/S : Sesiapa belum beli jgn lupa dapatkan hari ni ... cerita yang amat santai sekali

Kisah Profesor dan Si pengayuh sampan

Satu hari seorang professor ingin menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan. Di tengah-tengah sungai, professor bertanya: “Kau pandai menulis dan membaca?”
“Tidak. Saya  buta huruf.” Jawab si pengayuh sampan.
“Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup.”
Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi: “Kamu ada membuat simpanan wang di bank?”
“Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja. Macam mana nak simpan duit.”
“Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.”
Sampan terus bergerak. Sampai di tengah sungai. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir mahu tenggelam.
Si pengayuh sampan bertanya kepada professor: “Tuan, apakah tuan pandai berenang?”
“Err…errr, saya tidak tahu laaa.” Jawab professor dalam keadaan panik.
“Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!”
.
Apa pengajaran dari cerita ini ?:

Tuhan tidak mencipta manusia itu bodoh. Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksanaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum. Jangan rasa hina diri sebaliknya binalah keyakinan diri. Allah ciptakan setiap manusia untuk berjaya