Thursday 6 June 2013

JALAN-JALAN CARI MAKAN @ WESTERN CUISINE RESTAURANT PUTRA PERDANA PUCHONG










Assalamuailaikum... Salam Pagi Jumaat yang Indah ...Hari Jumaat penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah,  Semoga kita semua diberikan kesihatan , kesejahteraan dan kebaikan InsyaAllah

Alkisahnya hari ni kita nk update pasal makanan lak ...heheh bagi kawan-kawan yang tinggal area Puchong yang teringin nak makan western food, okay  skarang ni tak payah lah susah payah nak terbang ke Shah Alam, Subang atau mana-mana lah yang jauh .. kalau malam minggu okaylah nk pergi makan tempat jauh-jauh tapi kalau hari kerja bukan ker agak kepenatan.  

Saya pun baru jer tahu kewujudan restoran yag berdekatan dengan rumah saya, itu pun setelah saya search dalam googles sebab tak larat nk pergi Shah Alam huhu...  Ku sangkakan satu Putra Perdana ini telah ku tahu selok beloknya rupanya tidak... hinggakan ada restoran western food pun saya tak tahu. kalau korang nak tahu restoran ini terletak di Putra Perdana Puchong.  Bagi sesiapa yang tinggal di Puchong Perdana... Puchong Intan.. Puchong Utama  Cyber Jaya bolehlah cuba western food yang terdapat direstoran ni ..  (WESTERN CUISINE RESTAURANT ) sedap memang sedap . Harga juga berpatutan.. dan yang pasti kenyang. lebih baik daripada makan di Nandos hahah... .oopps sorry yer sebetulnya saya memang tak suka Nandos agaknya makanan Nandos tak bersesuaian dengan tekak saya .. apa pun semuanya terpulang pada selera masing-masing kan kan kan......
Sekali sekala bertukar selera dari tomyam ke western food apa salahnya.  Nak cerita banyak- banyak tak payahlah kan.. kalau nak tahu rasanya bolehlah cuba sendiri. Belum cuba belum tahu . Rasa itu rahsia. hehehe..... 

P/S : Untuk kawan baik saya kau tengok jerlah... nasib engkaulah siapa suruh tak der selera nak makan. orang makin berisi kau pulak tinggal tulang... cer tiru macam  I ni.. makan dan makan.... hehehe


Doraemon comel . Nobita lembik . Sizuka cantik . Sunio sengau . Giant gemuk . Tapi mereka tetap berkawan . Rupa tak penting . Hati penting ... :)
Apa pun korang tetap kawan terbaik.betul tak?