Tuesday 16 December 2014

Think positif



Bismillahirrahmnirrahim.  Alhamdulillah dah masuk bulan December, dan kita ke penghujung akhir 2014, herm.. tak sangka cepat je masa berjalan… pastinya 2014 akan pergi meninggalkan kita tidak lama lagi , ada pahit ada manis sepanjang tahun 2014 . setiap orang mempunyai  kisah suka dan duka, begitu juga aku , Dalam mengharungi kehidupan yg serba mencabar dgn seribu satu dugaan , tidak pernah melepaskan seseorang muslim daripada tertimpa bala bencana, kesakitan adalah salah satu daripadanya . 

Around dua bulan yang lepas aku baru saja selesai menjalani dua pembedahan besar dalam hidup aku, Alhamdulillah aku beransur sembuh, walaupun aku tidak sekuat dan secergas dulu lagi, dan aku cepat letih serta  sakit pinggang, ini adalah kesan sampingan daripada rawatan yang aku terima. Aku tahu ia memakan masa yang lama utk sembuh seperti sedia kala. Dan hingga hari ni aku harus menerima rawatan susulan dari pihak hospital. Secara jujurnya aku tidak mahu menerima ubat yang diberikan oleh doctor, setiap injection yang diberikan keatas tumbuh badan aku , hanya aku yang dapat merasakan kesannya. Takkan ada yang pernah mengerti dan memahami apa yang aku alami. Aku tahu tiada ubat utk mencegah ia dari terus membesar didalam perut aku. Doctor hanya boleh mematikan ia hanya utk seketika, tapi sampai bila? Aku sendiri kekadang takut setiap kali memikirkannya dan aku sedar ini semua ujian dari Allah SWT.

Aku cuba berfikiran positif, cuba ingin melupakan, menjalani hidup seperti biasa  seolah-olah tiada apa yang berlaku, tapi hakikatnya minda aku sering kali memikirkannya, bagaimana aku harus melupakan begitu saja. Hati aku perlu tetap teguh dan jiwa harus tetap utuh, tidak boleh ada kata rapuh, jatuh atau bahkan lumpuh. Hidup terus berjalan, dan aku harus berusaha untuk menghadapinya dengan lebarnya senyuman.aku tahu hidup ini adalah rentetan cabaran yang tidak akan pernah berhenti. Ketika cabaran itu sukar, maka dia akan berkata, “Ini memang sukar tapi aku yakin dapat melakukannya.” nikmati sahaja hidup ini dengan selalu berusaha dan tidak putus asa kerana Allah adalah tempat berharap yang paling utama. 

aku akn terus berusaha dan berikhtiar dengan betul, menyandarkan hati pada Allah atas segala keputusan yang akan di hadapi. Redha dan pasrah. Semoga aku akan terus kuat dan tabah menghadapi semua ini  .selalu ingatkan diri sendiri agar jgn dilayan sangat sakit itu … kalau dilayan sakit tu akan bertambah teruk… senyum jgn kata apa2..(*_*) bila sakit jgn pernah merungut.. ingat Allah sayang hambaNya sebab itu kita diberikan kesakitan … hidup perlu diteruskan … jgn mengalah pd penyakit… selagi hidup kita harus teruskan perjuangan dan jgn lupa utk menikmati nikmat Allah… sakit perlu diubat bukan utk ditangisi. Jumpa doctor makan ubat jgn lupa utk memohon doa dariNya… . ^_^ …Think positif . InsyaAllah.

“ sakit itu kifarah dosakan? Maka kita perlu bersabar. InsyaAllah .
ada sesuatu yang menanti”  Assalamuailaikum..