Wednesday 5 June 2013

Aku dan Dia " SR "







Kegilaan aku terhadap novel hasil penulisan Siti Rosmizah "SR" membuatkan aku tak sabar-sabar untuk bertemu dengannya untuk kali kedua agak teruja sebenarnya bila dapat bertemu dengan penulis kegemaran kita kan .. begitulah dengan aku  hehehe..  Siti Rosmizah ni memang sporting,, baik dan tak sombong okay. aku paling suka bila bertemu dengan orang yang baik dan tak sombong dengan aku wahh lagilah  bertambah suka dan happy sangat2.

 Seperti biasa aku yang sememangnya tahu akan tarikh kehadiran SR di pesta buku selangor baru-baru ni , pura-pura tak tahu apa yer , hahah sebabnya kalau diajak en suami ke situ pastinya die tak mahu sebab orang telalu ramai ...... " aku sutradara terhebat " ahaks  dengan wajah yang memang tak tahu apa lah ni kan..." abang jom ke SCC Mall " lama kan tak jalan-jalan dekat tasik situ aku sudah memainkan peranan hehehe..... jangan marah yer en suami.  Kalau korang nak tahu bila sampai ajer di SCC Mall kelihatan orang yang ramai sangat tu en suami pun dah tahu perangai aku ni...... mama mesti tahu ada Pesta Buku ni kan.... hahaha.... alrite aku dah kantoi. 
Semuanya ini kerana aku mahu bertemu dengan SR . Terima kasih yer En suami kerana memahami minat isteri kamu ni.  

Bagi sesiapa yang tak kenal dengan SR ni ternyatalah korang semua bukanlah kaki novel ...atau pun bukalah pembaca novel yang sejati . Aku ni bangga sangat tau dapat jumpa die dan lagi dapat tandatangan die. kau ada? tak der kan hahaha...  Semua novel hasil penulisan SR aku takkan terlepas untuk memilikinya..  " Andai itu Takdirnya novel sulung nya mendapat sambutan hangat dah macam pisang goreng panas,, mantap dan sedih bangat aduhh  inilah SR kalau tulis novel semuanya mesti sedih tau. kalau baca novel die mesti menangis.. Karya SR tidak akan mengecewakan kita . Memang ohsemmmmmm! hehehee

Oklah citer banyak pun tak gunakan.. kalau nk dapatkan novel SR ni korang pergi ajer dekat popular tu semua ada...  yang tak der cuma tandatangan SR ajer.... aku ader  kau ada? tak der kan , yess !!!  Kini Novel terbaru SR Curi-Curi Cinta ..  macam-macam perasan ada masa baca citer ni . .. aku tengah fikir nak citer dekat korang atau tak kisah gadis bernama Intan  Raihaina dan hero kita Dani ... ( curi-curi cinta) 

Permulaan baca novel ni mak ai sakit hati bagai dengan perangai si Intan watak utama dalam novel ni.  Gedik, Ego, Sombong, Angkuh Derhaka semua cukup pakej. Kalau dapat kawan macam ni meluat aku . Intan ni bukan anak orang kaya tapi berlagak dan berpura-pura seperti anak orang kaya dan berlagak bagus .. Geram sangat-sangat kalau baca part ni. Tak tahan betul dengan Intan ni

Dani hero dalam watak ini , meluatnya die dengan perangai gedik Intan ni.. ooh kalau korang nak tahu Dani ni anak orang kaya okay.. handsomenya tak tahu ler nak citer . ... ececeh kalau baca novel ni memanglah imagine macam handsome kan .... Andy Lau pelakon Hongkong tu pun tak sekacak Dani tau . Dani ni pulak memang dah ada buah hati, nak dijadikan cerita rupanya Iza ini sepupu Intan.   Wahh Intan rasa dia lagi cantik dan lagi layak kalau berdamping dengan Dani yang kaya raya dan anak jutawan tu dan bukannya Iza yang tak reti berfesyen, simple dan agak kolot bagi Intan. humphhhh! so Intan apa lagi mulakan strategi untuk memikat Dani .  Korang rasa  Dani nak melayan si Intan tu tak??? .... kalau nak tahu kenalah beli hahaha.. jangan marah yer ....  oopss nak beritahu sikit jer lagi nanti pertengahan ceritanya  arghhh migrain aku kejap ...  Dani pulak yang membuatkan kita rasa sakit hati, benci dan geram  dan betapa kejamnya sikap Dani terhadap Intan ....hm... tak tahulah aku dah sebak ni ....korang bacalah sendiri nanti huhuhu ... dengan sikap dia yang Ego mengalahkan tempat.... dalam hati sayang tapi tak nak mengaku .... sabar jerlah dengan sikap Dani ni.. .

SR dan air dan airmata tak pernah berpisah,  banyak pengajaran yang boleh diambil. bukan sekadar nukilan kosong, tentang realiti kehidupan, tentang sikap manusia yang tamak, yang angkuh, yang tak berpijak dibumi yang nyata. kisah pengorbanan seorang abang yang melindungi adiknya, kisah ibu yang buta yang makan setiap kata nista anak kesayangan dia, kisah anak yang taat kat ibunya sampai sanggup buat apa sahaja untuk membahagiakan ibu dia. ohmaiiii. menangis sebak jugaklahh. humphhh humphhh! korang baca sendiri okay.


P/S : satu jer yang buat aku bosan sikit jer ayat SR sama jer " abang sayang isteri abang ni " aduhh hahaha memanglah romantik bangat kan ...tapi kalau korang baca memang disetiap novel nya mesti ada ayat macam ni hehehe..... apa pun ia tetap terbaik .. I suka okay.






Aku & Teduhan Kasih



Teduhan Kasih .. sebuah Novel yang agak santai dan memang berat jugaklah kan kalau kena part sedih-sedih ni . Pastinya semua sudah maklum novel ini telah diadaptasikan menjadi sebuah drama, TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7malam. Heronya siapa lagi kan kan.... tak lain tak bukan hero pujaan aku ler.. Adi Putra hehehe.... So korang yang belum baca novel ni jangan lupa dapatkannya secepat mungkin kalau tak sabar nak tahu endingnya . 

Tak perlulah aku review tentang novel ni sebabnya aku rasa semuanya sudah sedia maklum akan kisah Teduhan Kasih ni.  Yerlah kisah antara dua orang sahabat baik iaitu Iffa dan Ayu. dan bagaimana persahabatan Iffa dikhianati apabila Ayu sahabat baik dan juga disayangi sepenuh jiwanya telah mengadakan hubungan percintaan dengan suaminya sendiri. Aduh korang kalau ditempat Iffa macam manalah kan.... dan Ryzal suami yang dicintai dan dikasihi sanggup berlaku curang dan menjalin cinta bersama Ayu. hm..... sedih kan.... kesian Iffa. . dah la sejak dari kecil lagi didera oleh ibu tiri dan kak longnya  dia tak ubah seperti orang gaji dan sampah di mata mereka .. :-(  part ni aku memang lah meleleh air mata melihatnya ... dalam waktu yang sama geramnya aku dekat mak tiri dan kak long Iffa ni.. Dendam yang tiada kesudahan .

Apapun didalam setiap cerita ending nya mestilah bahagia kan, dan ada hikmah disetiap apa yang telah terjadi heheh disini nanti Iffa akan bertemu Ehsan tau ( Adi Putra ) kehadiaran Adam, si kecil penghubung rasa cinta antara mama dan papanya ( Ehsan) Adam sememangnya ‘watak utama’ yang paling comel! Ehsan kan sayang sangat dengan Adam, mana dia mahu lepaskan anaknya itu kerana Adam jugalah, mereka berdua berkahwin. Dan Ehsan, apakah benar hanya Adam sebabnya, bukan kerana sudah jatuh hati pada Iffa? Jeng jeng jeng... ( tak mau citer banyak2 kan nanti korang tak suspen lak hahaa) 

  Kebahgiaan itu pasti milik iffa juga suatu hari nanti. Orang yang mempuanyai hati tidak baik seperti Ayu, kak long dan mak tirinya pasti akan mendapat balasannya nanti . Tunggu dan lihat . Eh Ryzal pun akan dapat juga balasannya juga apa akan terjadi pada Ryzal nanti... part tu korang kenalah tunggu . 


P/S : Hujan rintik-rintik, air bergelombang. Adam sangat cantik papa sangat sayang. Hujan rintik-rintik, tumbuh daun lalang. Mama sangat cantik...papa sangat sayang... Ehsan 
( romantiknya dapat suami sebaik, semanja dan sekacak Ehsan bertuah Iffa  ) hehehe so sweet...




MEH SANDAR PADA AKU ...


"Meh Sandar Pada Aku merupakah salah satu novel kegemaran ku. Mula-mula baca pun aku dah tersenyum sorang diri. dan aku tak pernah jemu pun membacanya .. dah 4 kali aku membacanya ulang dan terus ulang .. rasa tak perlu lah makan jamu atau apa -apa lagi kalau nak rasa awek muda .. korang bacalah novel ni heheh.. pastinya setiap kali aku baca novel ni .. boleh tersenyum dan ketawa sorang-sorang, best lah citer ni .. bagi peminat novel kalau pergi kedai buku tengok novel ni ambik jer takkan rugi tau.... walaupun tajuk agak pelik kan.. hehe.. mcm tu lah dengan aku mula-mula fikir gak citer apa lah ni kan..  " Meh Sandar Pada Aku " heheh..  jgn tengok cover jer tau yang penting jalan ceritanya.... aku boleh kasi lima ***** 5/5

Novel ini berkisarkan tentang Afnan Tasneem dan Dr Syed Nadzhan hubungan antara seorang penyelia dan pelajar praktikal. Daripada seorang penyelia bertukar kepada adik beradik tiri dan akhirnya suami isteri. Inilah kelainan didalam cerita ini.. best kan.. 

Agaknya macam mana lah kan dorang ni boleh berkahwin sedangkan Dr Syed ni seorang yang tegas , sombong , spesis lelaki terancam ,garang dan boleh dikategorikan lelaki yang anti perempuan kerana telah ditinggalkan oleh ibunya ketika die berumur setahun. Dr Syed selalu mengelak daripada bercinta dengan perempuan dan semua staff Dr Syed adalah lelaki ,  Tasneem seorang pelajar perempuan praktikal yang jujur ceria dan sedikit lurus bendul telah diterima oleh Dr Syed ...  ( macam manalah kan Tasneem ni boleh terlepas dan diterima oleh Dr syed ?) 

Di sanalah bermulanya detik pertemuan antara  Tasneem  dan Dr Syed, seorang penyelia yang garang dan lagak bagus hanya pandai memberi arahan sahaja dan selalu memarahai dan  membuli Tasneem.

Korang tahu tak dalam diam-diam Dr Syed telah menaruh hati kepada Tasneem . Kehadiran Adam Naufal anak didik kepada Dr Syed yang selalu menjadi penyelamat Tasneem dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan Dr Syed  yang mula terasa kehadiran Tasneem didalam hatinya mula rasa tergugat. Perasaan itu tidak terhenti disitu sahaja apabila mama Tasneem telah berkahwin dengan papa Dr Syed, dan akhirnya mereka telah ditakdirkan untuk duduk serumah dan telah bertukar menjadi adik beradik tiri. 

Part yang paling aku suka bila Tasneem dan Dr Syed tinggal sebumbung, mana taknya pecah perut aku membacanya, Tasneem oh Tasneem kenapa lah kau ni lurus bendul sangat erk? hehehe Tasneem memang mencari nahas betul dengan Dr Syed ni mana taknya , beraninya die menulis nota kepada Dr Syed aka abang tirinya siap dengan hadis bagai.. korang tahu tak nota apa yang ditulis oleh Tasneem ni hahaha... itulah kan si Tasneem ni telah salah sangka terhadap abang tirinya .. disangka Dr Syed ni gay..yerlah kan lelaki handsome, bekerjaya tapi masih tidak berminat dengan mana- mana perempuan. Konon nya Tasneem ni nak menyedarkan Dr Syed lah kan.. haha meletup Dr syed membaca isi kandungan nota yang diberikan oleh Tasneem tu ..tahu pulak takut yer Tasneem ... tutup pintu rapat2 diam terus dalam bilik..bila mendengar jeritan yang amat kuat dari bilik Dr Syed membara hati Dr Syed ketika itu .. siap kau Tasneem esok di pejabat tahulah nasib kau kan .. rasanya jadi apa lah kan dekat Tasneem di pejabat keesokan harinya.. heheh.. ooppss  nak cerita ker tak nak erk? Si Tasneem yang lurus bendul ni memang tau selalu sangat mencuit hati kita..  agaknya die dimarahi oleh Dr Syed tak atau ada perkara lain yang berlaku ?

Sebenarnya kisah antara Tasneem dan Dr Syed ni panjang lagi tau jujurnya korang tak kan  rugi kalau membelinya sebab kisah nya memang ada suka dan duka.. ..   aku memang suka kisah- kisah yang berkisar lucu sebegini kalau asyik sedih jer tak best lah jugakan.. hehe.. tapi yang dukanya korang tahu tak apa ? hm.. mama Tasneem meninggal dunia bersama papa Dr Syed ketika berada diJepun . bagaimanalah kan nasib Tasneem selepas itu.. ia dihina oleh saudara mara Dr Syed.. sedihnya..

 Eh mesti korang tertanya-tanya apakah yang terjadi kepada Adam Naufal..  hm.. Adam Naufal dah tinggal sejarah dah pun heheh.. Tasneem harus menerima kenyataan bahawa die telah dipermainkan oleh Adam selama ni.. nasib baik ada abang tiri yang baik dan ambil berat walaupun kekadang menyakitkan hati ........ Syed Emir sepupu kepada Dr Syed Nadzhan juga telah menaruh hati kepada Tasneem dan telah melamar Tasneem sebelum mama dan papa nya meninggal dunia. Papa Dr Syed telah bersetuju untuk menjodohkan Syed Emir dengan Tasneem...kita hanya merancang tuhan menentukan segalanya jodoh Tasneem dengan abang tirinya Dr Syed. melepaslah Syed Emir . kesiannn ... 

 Bagaimanalah kan hubungan Tasneem dan Dr Syed selepas menjadi suami isteri? haha part ni memang best gelak guling- guling aku membacanya.. seperti kita tahu Tasneem seorang gadis yang jujur dan lurus bendul lepas kahwin pun die masih lagi lurus bendul hahahaa... 
 antara babak-babak yang mencuit hati aku 
" abang sibuk ker? kalau tak sibuk letak ajer ipad tu sekejap. 
cakap ajerlah. bukannya tak dengar " Syed Nadzhan membalasnya dengan rasa malas.
"akhirnya Ipadnya diletakkan disisi katil sebelum turut bersila mengadap Tasneem.
" macam ni apa kata kita buat eksperimen?"
Eksperimen? Eksperimen apa malam-malam buta ni "ada-ada sajalah budak Tasneem ni kan hehehe
" Pandang mata"? 
 "Haah" Macam ni?" Syed Nadzhan menurut. Dagu ditongkat dengan tangan. 
Ya betul dah tu . Tasneem pula beria-ia mebulatkan lagi matanya sambil berkerut dahi seribu. 
tak rasa apa-apa pun rungutnya
"rasa apa"? Syed Nadzhan menyoal kehairanan.. Eksperimen apa pulak ni .. tak pernah dibuat orang.. 
Aaa tak apa tak apa kita cuba buat lagi sekali bebola matanya kembali merenung mata Syed Nadzhan, dan masih juga sama tak der rasa apa-apa pun hehehe...  

Sebenarnya budak Tasneem ni kenapa yer .. apa lah yang hendak dibuat olehnya.. sebenarnya rasa apa yang dicari oleh Tasneem ni..?? 

Kisah rumahtangga Tasneem dan Dr Syed penuh dengan suka dan duka..lupa nk cerita dekat korang mengenai Aleesya sepupu kepada Dr Syed yang sedari kecil lagi sentiasa menyukai dan sentiasa mengekori kemana ajer Dr Syed pergi cinta mati lah Dr Aleesya ni dekat Dr Syed.. dan Aleeysa ni pernah menjadi tunang kepada Dr Syed tau. tapi semuanya telah diputuskan oleh Dr Syed kerana die memang tidak pernah mencintai Aleesya.. dan cinta kasih sayang nya hanya kepada Tasneem ... dia bertunang dengan Aleesya pun atas paksaan arwah papanya. 

So korang yang memang kaki novel , aku suggest bolehlah beli novel ni .. memang best... tunggu apa lagi.. kalau nak tahu lebih-lebih kenalah beli .. hehehe

P/S : Encik Penyelia yang baik hati lagi budiman, sudilah krianya encik mengambil saya jadi pelajar praktikal di bawah seliaan encik. saya berazam dan berjanji akan menjalankan tanggugjawab saya sebagai pelajar tanpa berbelah bagai.  Taat dan setia saya hanya kepada encik. Janji itu pasti.. yang benar : Afnan Tasneem"

SERA - Di badai asmara




kau insan misteri
penuh rahsia cinta
ku lemas dalam arena
meredah nestapa
sukarnya menguasai bahasa cinta kita
berilah kepastian sebuah cinta


Aku dan Makeup


Kenapa wanita suka bersolek ? tak rasa membazir ker ? hmm perlu ker make up tebal-tebal ?
Eh hello Mr , zaman sekarang ni bukan perempuan jer suka make up  malah kaum lelaki pun suka make up juga tau..

Tahukah anda  :-
  •  Wanita adalah mahluk selalu suka kebersihan
  •   Wanita selau suka dengan keindahan
  •   Wanita selalu ingin tampil menawan
  •  Wanita selalu ingin dikagumi dan disanjung
  •  Wanita selalu ingin diperhatikan/ dapat perhatian 
 Jujurnya aku memang jarang mengenakan alat make up di muka.. tapi itu tidak bermakna aku ni tak suka make up hehee... cuma kekadang tu aku rasa tak sempat nak make up . Cukuplah memadai bagi aku mengenakan sedikit bedak dan lipstik. Asalkan en suami tak merungut dah ler... Pada pendapat aku kan kan... kecantikan biarlah kita berkongsi dengan orang yang paling penting dalam hidup kita dalam erti kata lain en suami . Dalam islam pun ada jer bagitau begitu kan. So tak perlulah aku jelaskan dengan lebih detail lagi pastinya korang lebih faham dan lebih tahu hehehe...
Sebagai seorang wanita berusahalah untuk tampil cantik kerana itu merupakan perkara yang bagus demi menaikan semangat dan lebih kofident. tapi kan pastikan sebelum menggenakan alat solek itu better tahu cara menggunakannya agar ia tidak kelihatan seperti cik Hantu hahah...... jgn marah okay...
 



Makan vs Mengantuk

Assalamuailaikum...

Selamat tenghahari .. keadaan waktu sekarang nampak bantal ajer.. mata tak mampu nak buka hehe tapi still boleh manaip dekat sini tau. Sebenarnya rasa mengantuk ni bukannya disebabkan kurang tidur ajer  kekadang disebab kan oleh keadaan persekitaran kita juga ... dan ada juga faktor- faktor lain yang meyebabkan mata tak larat nak buka . aduhai mata , tenghari lepas makan ajer nk tidur juga tak kiralah dirumah ataupun dipejabat.

Betul ker , orang kata kalau kita sering rasa mengantuk diwaktu-waktu sekarang adalah disebabkan badan kita kekurangan air, kita kena minum air separuh dari berat badan kita .. hm adehh kalau macam tu selalulah kita pergi tandas kan hahah. . oh okay serius sikit jgn marah yer ini fakta bukan auta okay.

Secara umumnya kita memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air atau satu liter air sehari, berbeza megikuti aktiviti yang dilakukan dan cuaca tempat tinggal . Air adalah unsur penting dalam badan.  Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelumas dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kalau musim panas mestilah kita rasa nak sangat minum air yang banyak banyak banyak kan kan kan.... kita akan cepat rasa dahaga. Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini terjadi lewat. Biasanya apabila kita merasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cangkir cairan tubuh. Kehilangan ini dapat menimbulkan berbagai implikasi. 

Secara jujurnya saya memang kurang minum air. agaknya sebab itulah puncanya saya sering rasa mengantuk bila tengahari jer lepas makan saya dah tak larat nak membuka kelopak mata ini aduhai.... air ... air .. air..... 


P/S : Biasanya kalau rasa mengantuk sangat saya akan pegang batang pen dan main-mainkan batang pen ataupun saya makan asam ( buah mempelam muda )  - jgn amalkan selalu okay. sebaiknya minumlah air banyak-banyak. ..dan pastikan air cukup didalam badan kita ...