Sunday 27 April 2014

~Hanya Tinggal Kenangan~


Aku cuba menjadi tabah..
Aku cuba menjadi kuat..
Walaupun dalam hatiku menangis..
Bukan mudah untukku menerima dugaan ini..
Tapi aku akan tetap cuba menghadapinya..
Walaupun perit, walaupun sakit untuk aku telan..

Sesungguhnya aku redha dengan ketentuan Ilahi..
Meskipun perpisahan telah tercipta antaranya
Ingatan terhadapnya tetap segar dalam ingatanku..

Aku pasrah..
Takdir telah menentukan bahawa  begini akhirnya
Bertemu dan berpisah..
Terima kasih kerana sudi menyayangiku..

Walaupun sebentar cuma.....

Ya Allah..
Terima kasih kerana memberi aku peluang untuk mengenalinya..
Terima kasih kerana memberi aku peluang mencipta KENANGAN bersamanya..

KENANGAN antara kita akan ku semadikan dalam lubuk hatiku yang paling dalam..