Thursday 21 November 2013

Rasa stress bila kena marah

Pertama kali sepanjang aku bekerja kena marah sebegini teruk dengan pelanggan, bila berhadapan dengan pelanggan yang panas baran, suka melenting dan marah- marah kita Moody ,,? mcm mana yer? Jujurnya aku kata terus mood kita yang happy jadi tak happykan.. muka yang manis terus jadi masam. But try to be normal tetap cool walaupun dalam hati panas sangat-sangat, apatah lagi bila kesalahan itu bukan dari kita. Memang sakit hati bila berhadapan dengan pelanggan yang berperangai sebegini, well mcm yang kita tahu customer is always rite. walaupun terang2 die salah dia dah marah kita tapi kita tetap tak boleh marah die betul tak? kenalah sabar... tarik nafas tenangkan diri.. walaupun dah macam nak nangis tapi tahan telinga jugaklah... apa nak buat bila berhadapan dengan customer tiba waktu penghantaran akan melibatkan orang ketiga , memang perkara sebegini kita tak boleh nak elak , tapi sebagai manusia bagi aku pelanggan tu tak perlulah nak melenting marah bagai betul tak? tak salah kalau kita saling hormat menghormati.  Dorang pun manusia biasa juga make mistake.  selepas di maki hamun aku boleh die suruh aku plak sekolahkan orang yang buat salah tu,, oh tidak aku bukan lah seteruk itu, bagi aku tak perlu cakap menengking2 nak tunjuk kuasa kita ,, kita cakap baik2 pun orang faham kan.. orang takkan hormat kita bila kita asyik nak marah2 dan tengking orang. senang kata tak perlulah nak sombong. takkan kemana kalau kita sombong dan berlagak. arghh awak pun makan gaji juga seperti saya. kita sama2 kerja carik rezeki .. so fikir2kanlah.

Sepertimana hati aku yang  calar hari ni dek kena maki hamun dengan customer, walaupun dah nak nangis nasib baik ada bos yang memahami, sekurang2nya tenang sikit rasa hati kan..  aku ni memang agak cenggeng sikit bila kena marah, sensitif dan memang cepat nak nangis tapi kuatkan hati sabar sabar dan sabar. Bila ingatkan yang kerja itu satu ibadah, maka terpujuk jugaklah hati ini.

so kalau stress di tempat kerja .. kenalah kawal emosi tu..  kena sentiasa ingat Allah dgn beristighfar, ambil wuduk bagi menyejukkan kembali emosi yg sedang panas, duduk diam2 dan pejam mata buat sementara waktu dan tarik nafas panjang2, lihat wajah dicermin ( hodoh kalau tengah marah sbb masam jer hehe ) so kenalah senyum ...

ok sampai disini dulu yer.. aku pun nak kena pergi sejukkan lagi hati aku yang masih lagi rasa panas hehe... Jom Senyumm (^___ ^ )